Tuesday, December 30, 2008

Bukan hariku...

Ari ni ada test jpj untuk lesen moto.

Dengan rasa yang amat cuak,Miss Tinta pun hadir dengan menaiki proton waja milik cikgu driving school tuh.

Takdir yang telah ditentukan bahawa kereta yg I naik pagi tu telah menghentam sebuah motosikal..

Ouhh.sangat ksihan melihat pak cik tua melambung terhempas di atas cermin hadapan waja.

Semestinya sangat2 sakit.

Tinta yang duduk di seat depan tergamam.

Jerit tak.Nangis pun tak.

Cuma mata terbeliak buat beberapa saat.

Perasaan time neh tak dapat nak gambarkan sebab 1st time tengok org melambung depn mata sendiri.

Selalu kan tengok dalam drama je.

Bila I da sedar dari tergagam, tengok2 kaca dah penuh atas badan I.

Pastu kami semua keluar dari kereta, tengok2 kereta punyalah teruk macam kena langgar ngan lori.

Bumper tercabut,cermin depan memang kompem2 la pecah.Enjin xtaw la cmne tapi dari luaran serius la.

I plak mcm mane?

I xde pape cuma luka2 sebab kaca yang melimpah atas badan.

Pakcik 2 plak luka2 kecil kat luar.Dalamn maybe teruk.Yela kan.Sampai melambung hempap cermin.Paling kurang gegaran.

Ish3.Bahaya sungguh jalanraya neh.

I yang nak g test ni plak diambil oleh pihak driving school.

Sampai2 je trus ready nak test.

Ya Allah..Dengan tangan yang terketar2 ni cmne Tinta nak buat dengan sempurna..

Naik je titi trus xley kawal moto n pe lagi tayar moto pun jtuh.

Maka kesimpulannya, Miss Tinta kena amek test lagi sekali next week.

Apa2 pun, hari ni hari yg xkan Tinta lupakan..

Buat semua,hati2 ok.

Monday, December 29, 2008

Dipangkuanku..


Ini kali pertama Miss Tinta memangku bayi yang baru beberapa hari melihat dunia.Agak teruja.ehe.Wajah2 dibawah ni sempat dirakamkan buat tatapan semua.

Tido jela dia..

Dah nguek2 dia kena kaco..hehe

Mungkin dia sedang berfikir siapa agaknya yg tengah dok pegang dia neh..

ooo...tengok camera ekk.gud girl=P

Pas bungkus dia..lena la puteri kecil ni..

Time ni I kaco dia..hehe..atas arahan ibu baby okay.

Pas da ciapkan dia yg baru pas mandi tuh,I pun melenakan si kecil..

Tenang je tgk dia..ummm

Be a good girl sayang..=P

Sunday, December 28, 2008

S.A.H.A.B.A.T.

Bagi anda apa erti seorang sahabat?

Pastinya kita menilai sahabat sebagai insan yang sentiasa bersama kita tika tertawa mahupun menangis.

Sukar untuk kita bertemu dengan seorang sahabat.

Benarlah kata pujangga,mencari sahabat umpama mencari sebutir mutiara di celahan pepasir pantai.

Ikatan persahabatan yang dimulakan dengan salam perkenalan pastinya diharapkan berakhir dengan pisahan nyawa.

Namun,tika sahabat melukai hati, mendendami diri,apakah bibir masih mampu mengukir senyuman.

Tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Untuk menjadi seorang sahabat,keikhlasan yang utama.

Namun ia tak semudah yang disangka kerana keikhlasan umpama semut hitam di atas batu di malam yang kelam..kehadirannya sukar untuk ditatap..

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT SEKALIAN

Hati Kita

Kadang2 kita sendiri xkan faham perasaan kita sendiri..Ada marah, sedih, gembira..Ada masa menangis adalah cara untuk buat kita kembali tenang..Ada masa kita rasa nak menjerit sekuat hati. Kadang2 rasa nak gelak kat diri sendiri. Perkara kecik n remeh pun nak diperbesarkan. Ada benarnya pendapat orang yang mengatakan bahawa mengubah pendirian diri sendiri lebih mudah untuk mengubah pendirian orang lain. Mungkin sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, kita pasti disakiti walaupun tidak pernah menyakiti.Kita pasti dibenci walau tidak pernah membenci. Apapun yang kita lakukan pasti ada cacatnya dimata segelintir insan.Biarlah hati kecil ini menangis demi mengukir sekuntum senyuman.Tiada yang lebih berharga daripada sebuah kebahagiaan.
-tangisan hati Tinta-

SABROSA!!

Ini merupakan aktiviti yang paling bohsan nak buat.Jawab tag.Neway I jwb gak la kan sebab yang mengetag I neh intan payung I..Kang majuk sape yang susah??I gak kan.
#1 describe 10 things about the person who tagged you.

1. En hamzah aka sabrosa

2. 'Adik' for his family

3. Gegerd alesha n ticha adalah kesayangan beliau

4. Bergelumang dengan dunia sukan ::futsal,bola padang,badminton::

5. Baru berkecimpung dalam dunia nyanyian dipusat2 karaoke di serata negeri

6. Sangat membingitkan apabila beliau mula membebel

7. Telah menyimpan azam untuk membesarkan badan namun masih gagal

8. Ble da benci seseorang memang susahla nak baek balik

9. Penyayang n ada ciri2 seorang ayah gitu

10. Love me =P heeee


#2 - Now u have to describe 10 things about urself

1. single mingle

2. but not available

3. diam

4. ske memerhati perlakuan orang sekeliling

5. membenci apa yang dibenci tapi tak pernah diluahkan

6. love to drink lots of water

7. susah untuk membenci orang

8. some people say Tinta garang tapi xtaw la

9. badan mcm gemok tapi berat xckup..adehh

10. menyayangi org yang mengetag neh..=P


#3 - At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names

::sape2 pun bleh jawab=P::
FOR SABROSA:THANK YOU!!!

Thursday, December 25, 2008

Kebahagiaanku bermula daripadamu..

BICARA INI BUAT INSAN TERISTIMEWA

Kerana dia aku tersenyum..

Kerana dia aku gembira..

Kerana dia aku bahagia..

Ketika aku mengalah, engkau semangatku..

Ketika aku sakit, engkau penawarku..

Ketika aku bersedih, engkau air mataku..

Ketika aku ketawa, engkau riangku..

Ketika kejauhan,

Masihku rasa hangat kasihmu..

Betapa kurindukan redup wajahmu..

Terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan..

Walau hatimu sering terluka dek kata2 ku,

tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian..

Ketika aku dalam kedukaan, kau mendakap penuh pengertian..

Disaat diriku kehampaan, kau setia mengajar ku erti kekuatan..

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya..

Bilaku kegagalan, tak kau biarkan aku terus kecewa dengan kata azimat..

Engkau nyalakan semangat restu dan doa kau iringkan..

Tak dapatku bayangkan hidupku tanpa engkau disisi..

Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati..


Terima Kasih Abah

Senyum seindah suria

SENYUM adalah perhiasan dunia
SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir..
SENYUM adalah jalan pintas bagi anda menyatakan perasaan anda..
SENYUM adalah satu sedekah..
SENYUM adalah jambatan persahabatan..
SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan..
SENYUM harus ada ketulusan
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan


Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja memerlukan pergerakan 40 otot untuk bekerja..BAYANGKANLAH!!

Pujangga menyebut..
"SENYUMan itu kelopak dan tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya"

Wednesday, December 24, 2008

ME + HIM = HAPPINESS

In life we will relise that the people we meet have a purpose.
Some were put there to test us..
Some would teach us..
Some would bring out the better if not the best in us..
Some may even cause pain and heartache but one must learn to move on.
So pray for the people who can't treat us right and thank God for those who love back and see our worth.
For my love..I still remember the three words that you ask me to keep in mind..
LOYALTY..HONESTLY..SINCERELY..
Words that can make our loves never end.


ME

HIM

STICK TOGETHER

Kelahiran yang dinanti

Semalam 12 Disember 2008 merupakan momen terindah dalam alam perkahwinan mak sedara Miss Tinta..Penantian selama hampir 4 tahun berakhir apabila mendengar tangisan permata hati yang amat diingini..Kehadiran bayi perempuan seberat 3.2kg ini pastinya memberikan seribu rahmat kerana dia adalah anugerah tidak ternilai daripada-Nya..Kesakitan untuk melahirkan bayi ini telah dirasai oleh my aunty dari jam 5pg dan kami tetap setia menanti di luar labour room hingga jam 1.30ptg..Then nurse informkan yang mak ndak perlu dioperate berikutan keadaannya yang dah lama sakit n air ketuban yang dah mula kering..Untuk menyelamatkan kedua2 nyawa insan ini,proses untuk pembedahan disempurnakan..Kira2 1jam berlalu, lahirlah bayi yang dinanti..Inilah wajah puteri kepada Norhasnida n Mohd Shahrin..
mama baby masih xsedarkan diri kerana bius time bedah n dia just mamai2 gitu..N baby ni plak xtido2..Dia pusing sana pusing sini..So cute..Maybe dia agak terkejut dengan suasana baru yang penuh dengan manusia..

my abah ngah sapukan air zam2 dibibir si kecil

tengok tu..nganga2 baby neh nak mamam..lapa dia ekk

Didoakan semoga bayi ini menjadi seorang anak n wanita yang baik..Amiin..=P

Thursday, December 18, 2008

Tentang mereka

Entry neh ditulis lepas direquest oleh cik ainon @ nenon.Kali ni Miss Tinta nak berceloteh tentang kesemua insan ni yang berada disekiling Miss Tinta sepanjang perjuangan menjadi seorang guru.Before dat Tinta nak minta maaf la ekk kepada semua classmate kaum adam sebab tak sertakan cerita anda.Hehehe.Kaum hawa da la ekk.


Pic atas ni Ija n Syameem yang ayu berbaju batik maktab.Ija atau Farizah Abdul Samad adalah gadis yang paling tua dalam kalangan gadis2 pemulihan.Sebelum ni dia blaja kat matrik arau then sambung kat maktab.Agak tegas orangnya n terkenal dengan suara yang amat cute.Hehehe.Sampai suara dia yang dirakam dak2 laki jual jadi rongtone.Tokey dia en sabrosa.Hahaha.
Sharifah Syameem plak seorang yang sopan dan ayu gitu.Memiliki ciri2 gadis melayu.Dalam perkara tertentu dia agak tegas.Dekat je umahnya.Arau tapi tak penah lagila bertandang ke umah dia.Nice to meet her coz dia seorang pendengar yang baik.

Next pic menempatkan the request girl n atkah yang ayu berbaju owen.Ainon ni orang kg I.Taiping la kan.The cutest girl.Hahaha.Rosak bahasa.Dia ni memang cepat marah.Kiranya tak leh silap sket.Satu yang Miss Tinta ske tentang dia adalah helpfull.Senang sangat siapkan tugasan dengan dia.
Next girl is Atkah yang memegang jawatan PKK last semester n ciri2 seorang pemimpin terserlah waktu dia ni pegang jawatan.Tegas n berani suarakan pendapat.Muka dia cute kan.Time mandi kat sungai belakang SK Pos Perwor muka dia sangat2 tomey.Mulat je.hehehe.jgn mara taw.


Yang ayu dalam persalinan serba ungu ni adalah Zura yang lembut je kelakuannya.rasanya pic ni dia kat Kuala lipis menyertai pertandingan tilawah antara maktab.Sangat pakar dalam bidang masakan n dia la jadi ketua chef waktu masak makanan buka posa dulu.

Gurpreet kaur.She's very nice person.walaupun lebih muda dari kami semua tapi dia tetap mesra.Jawatan tetap buat dia adalah MENTERI KEWANGAN.Hahaha.Xtaw la nape depa ske lantik dia pegang jawatan tue.GK memang seorang rakan yang ske tolong org.Apa2 yang dia bleh tolong dia akan tolong.Owh.lupe lak.Dia ni berketurunan Punjabi.

Dari kiri Hajar,Seha,Faie,Aten,Atkah

Hajar, Seha n Aten memang rapat.Kemana pergi mesti bertiga.Hajar femes dengan matematik nya n hajar yang sempoi.Xtaw la nape tapi tula yang Miss Tinta tengok.Then,Seha seorang yang jarang marah tapi bila dia marah takut gak la.Faie plak memang agak matang.Kira dia macam ibu yang dok jge kami ni.hehe.So sweet.Cik Aten yang berbaju oren plak very cheerful n suka menyanyi.Geng2 nak nyanyi paad,wan n my abg(en sabrosa)

Kehadiran gadis2 ni membuatkan Miss Tinta sentiasa tersenyum.Thanx to all my frens yang sentiasa ada tika suka n tawa.Hope kita semua mencapai apa yang diimpikan.MMMMMMUUUAAAHH!!Love you all=P~

Tuesday, December 16, 2008

Pusing2 Negeri Perak

Seawal jam 8.00 pg family Miss Tinta da berciap2 untuk memulakan perjalanan ke Hutan Melintang..Misi perjalanan hari ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai tanaman pokok vanilla..Perjalanan terpaksa ditangguhkan kira2 setengah jam kerana adik kesayangan ni dok bertapa dalam bilik termenung tuh..Hahaha..So bila semua da ready kami pun bertolak..
Dalam perjalanan mama tukar plan nak singgah Sitiawan dulu..Nak tanya sal bela cacing plak..Aduss..Tanpa membantah abah pon OKAY je..Da sampai bandar Sitiawan kami kena cari plak Taman Sejati yang mana terletaknya pejabat usahawan melayu tu..pencarian mengambil masa 10 minit je..hehe..ingatkn susah sgt nak cari tempat ni..Mama n abah pun bertanya sepuas2nya n bila dah puas hati kami bergerak ke destinasi yang dituju..
Perjalanan ke Hutan Melintang mengambil masa kira2 1 jam dari Sitiawan tapi xterasa lama pun sebabnya sepanjang perjalanan kami dijamu dengan pemandangan yang sangat menenangkan jiwa (ayat ckg bm..hak2)..Bentangan sawah padi yang menhijau meredupkan mata..Ditambah pula dengan kawanan bangau yang berterbangan mencari makanan..Pemandangan juga dihiasi pesawah2 yang bertungkus lumus tunduk menyempurnakan tugas mereka..Insan yang tak mengenal erti lelah untuk mencari rezeki..
Tepat jam 11 pg kami tiba di kawasan yang dituju namun kelibat Jabatan Pertanian tang singgah di mata..Yang ada hanya nelayan2 yang b aru pulang dari mengaut hasil di laut..hairan juga Cik Tinta sebab nama tempat hutan tapi yang ada laut..Ermm..Lepas bertanya kepada penduduk di situ,barulah kami jumpa Pusat Pembangunan Komoditi Jabatan Pertanian Hutan Melintang..Di sini dapatlah mama m abah melihat sendiri rupa pokok vanilla ni..Lebih kurang jam 12 tgh kami pun bergerak ke Bagan Datoh plak.
Kat Bagan Datoh ni tak de tujuan pape pun..Abah je yang nak bawak kami melihat keadaan kawasan ni..miss Tinta memang kagum dengan abah sebab abah seolah2 tahu segala2nya..Apa je yang ditanya pasti menyusul dengan jawapan yang logik..Pas makan n solat kami singgah di jeti Bagan Datoh.Tika ni, keladi bunting sedang hanyut ke arah laut sebab air surut..menurut abah depa ni akan hanyut dalam masa 6 jam n lepas tue patah balik bila air pasang..Itula kitaran hidup si keladi bunting..
Destinasi kami yang terakhir adalah kampung abah yang terletak di Jeram Mengkuang, Bidor Perak..Umah ni adalah rumah peninggalan arwah tok n opah..Sekarang didiami oleh pak Teh sekeluarga..Di kg, abah n adik menghabiskan masa memancing di kolam belakang rumah manakala mama,akak n Tinta menghabiskan masa melayan Puteri Salju..hehehe..jam 7 pm kami pun bertolak pulang ke Taiping..
Inilah perjalanan sehari pusing2 negeri kelahiran Miss Tinta..penaat...

Sunday, December 14, 2008

merindu..

Kali ni Miss Tinta bukan nak menjiwang rindukan kesayangan yang nun jauh di utara..Kira2 tiga hari jejari Tinta tak dapat mengalunkan gerak tari menghiasi laman utama sesawang destinasidiri ini..Kecanggihan teknologi ciptaan manusia pastinya terselit kekurangan yang menyebabkan Miss Tinta terpaksa menanggung rindu terhadap laman kesayangan neh..agi ini kegembiraan muncul apabila talian yang menyambungkan dunia maya ini telah kembali pulih dan dengan ini segala kerinduan dapat dilepaskan..Inilah entry yang berjaya dihasilkan kesan daripada rasa rindu yang teranat rindu..Jari jemari kembali menari di atas petak2 aksara mencurahkan tinta2 kehidupan seorang manusia..

Tuesday, December 9, 2008

Kesabaran

Sometimes...
Allah breaks our spirit to save our soul,
He breaks our heart to make us whole,
He sends us pain so we can be stronger,
He sends us failure to make us humbler,
He sends us illness so we can take care of ourselves,
Sometimes...
God take everything away from us,
So we can learn the value of everything He gives us..
Allah is great.
Bicara Tinta ;
Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia yang juga bergelar hamba-Nya mempunyai hikmah disebaliknya.Usah kita menghamburkan kemarahan kepada Pencipta yang satu atas musibah yang menimpa.Ketahuilah bahawa Dia tidak akan memberi sekiranya makhluknya tidak dapat menerima.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
::didoakan semoga mangsa2 tanah runtuh dapat menerima dugaan ini dengan tabah...salam simpati::

Monday, December 8, 2008

Buat Anda

Buat semua pembaca,
SALAM AIDILADHA
tika ini..
takbir bersahutan disegenap muka bumi
korban disempurna tanda syukur kepadaNya
atas pemberian tidak terhingga
kepada kita, hambaNya..
moga saat ini menjadi titik permulaan yang baik untuk kita meneruskan hidup dengan kejernihan sebuah Islam.
**daripada Si Tinta**

Singkapan Sejarah..

Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat Haji di Mekah yang merupakan rukun Islam yang ke-5 dan menandalan bermulanya ibadat korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari bagi umat Islam untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah.

Selain itu, keistimewaan Aidil Adha dan hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib membacakan khutbah Hari Raya Aidil Adha sehingga sebelum matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-10 bulan Zulhijjah,bulan terakhir dalam kalendar Islam. Hari tersebut merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu kembali di Padang Arafah.

Thursday, December 4, 2008

Pengalaman Pertama

Kuih pertama yang kami bertiga buat adalah sarang semut.Nama macam geli je.Yela.Semut kan banyak n kemut2 je depa angkut benda2 manis.Tapi kuih ni cedap tau..

ni la bahan2 yang kami nak guna untuk suma jenis kuih

Tepat jam 3.30 petang mama da nak start projek julung2 kali neh.Haha.Kami pun siap2 suma bahan n letak satu tempat.Senang untuk kami capai je apa yang dia nak dalam resepi tu.Then bermulalah apa yang dirancang.
Miss Tinta yang semangat je pukul bahan2 tuh.Hehehe


Ni la rupa kuihnya..Kita bagi dia bulat2..Tembam cket..Pastu tabur choc rise atas dia..So simple.Ingatkan susah bebenor nak buat kuih neh..Hehehe.

Ciap suma mestila kena bakar.Lebih kurang 5-8 minit je masakla.Nyum2.Amatla sedap.Thanx to mama.=)
NEXT
Huhu..lepas siap jer sarang semut tu terus sediakan bahan untuk next resepi.Kulit buaya.Ni lagi satu.Dah xde kulit laen ke nak buat nama dia.Ermm..tahla.Miss Tinta pun tatau nape.saat jari jemari baru je nak memulakan langkah pertama, tangan Tinta dah hinggap pada tutup tin Planta.Adesh!!Sakit..

Ni la kawasan yng telah terhinggap dan terluka dek tutp tin tuh..hurmm..

Walau apa pun terjadi,Miss Tinta tak patah semangat pun..Hehehe.Projek ttap diteruskan cuma tergendala sebentar dek darah yang tak mahu plak benti2.

Deretan kuih yang sedang menunggu turn nak dibakar

Pembakaran sedang dijalankan..

mangsa kebakaran..HAHAHA

And lagi satu kejadian yang amat besar adalah Miss Tinta silap masuk tepung.Ayakk!!Sori mom.Tepung kek disangkanya tepung jagung..Hahaha.Akibatnya kulit buaya neh betul2 jadi macam kulit boya.Liat.Haha.Tapi orang2 kat umah ni kena abiskan jugak kuih ni.Arahan dari Tinta.Haha.

Inilaa pengalaman pertama Miss Tinta buat kuih raya tradisional ni.Harap2 tak kena reject.Huhu.Kita jumpa pada hari seterusnya.=P~

::MISI TAMAT PADA=9.30pm

Aidiladha

Selalunya hari raya korban orang tak buat kuih raya sangat kan tapi tahun ni mama decide nak buat kuih. Memandangkan Cik Tinta n adik cuti panjang,so mama tak melepaskan peluang untuk 'membuli' kami berdua di dalam dapur. Sebagai anak,kami menurut perintah. Hehe. Dah bertahun2 tak buat kuih seniri neh. Agak excited Miss Tinta kali ni. 4 jenis kuih menjadi pilihan Big Boss iaitu,
SARANG SEMUT
KULIT BUAYA
BELANG BERSARI
CHOCLATE COOKIES
Banyak kejadian2 yang tak diingini berlaku semasa proses neh. Laporan bagi setiap pembuatan kuih ni akan menyusul kemudian ekk. =P~

Tuesday, December 2, 2008

Just For You

if you ask for a fish,
i'll give you the ocean..

if you ask for a flower,
i'll give you the garden..

if you ask for a cloud,
i'll bring you the sky..

if you ask for a star,
i'll bring you the universe..

if you ask for a giggle,
i give you a smile..

if you ask for a finger,
i give you my hand..

if you ask for a horse,
i'll give you the herd..

if you ask for some sand,
i'll bring you the beach..

if you're asking my heart,
to late..it's already yours..=)

by Carlos Sotolongo

Monday, December 1, 2008

Heart

Cinta adalah kasih sayang seorang insan terhadap insan lain..Cinta lahir tanpa dipaksa..Kehidupan bercinta selalu digambarkan sebagai kehidupan yang penuh dengan warna-warni kebahagiaan dan keceriaan..Namun,disebalik gelak tawa pasti ada garis luka yang timbul..Lumrah sebuah ciptaan..Manusia dicipta dengan kekurangan dan setiap kekurangan memerlukan kelebihan untuk disempurnakan..Walau dijaga gerak langkah dan tutur bicara,ada juga kepingan hati yang terguris..Apabila terjadi semua ini,jangan menuding jari kepada kejadian sekeliling tetapi muhasabah diri adalah jalan terbaik..Hati nurani seorang wanita terlalu halus untuk disakiti..Hati nurani seorang lelaki terlalu utuh untuk diruntuhi..Hanya hati yang melalui percintaan yang akan memahami maksud sebenar cinta..Benda yang paling sukar dalam hidup seorang insan bukanlah mencari seseorang yang dicintai tetapi membuatkan insan yang dicintai mencintainya kembali..Pepatah Inggeris mengatakan bahawa mengucapkan I LOVE YOU hanya memakan masa selama 3 saat namun mengambil masa sepanjang hayat untuk membuktikannya..

BUAT INSAN YANG JAUH:: A part of you has grown in me..And so you see, it's you and me together forever and never apart, maybe in distance but never in heart..

Friday, November 28, 2008

Barbie Fairytopia

Pagi ni Miss Tinta layan kartun..hehehe...Alam Ria TV3 Kids,Barbie Fairytopia menjadi pilihan hati.Jalan cerita berkaitan dengan dunia pari-pari.Elina,pari2 yang tidak mempunyai sayap telah pergi ke sekolah pari2 untuk belajar menari dan mempelajari magik2 dalam dunia pari2.Namun,fairyland telah dikuasai oleh seekor pari2 jahat,Laverna.Leverna telah menahan kesemua pari2 yang mempunyai kalung yang dipercayai mempunyai kuasa tersendiri.Elina yang merupakan watak utama telah menyelamatkan kesemua pari2 tersebut dengan 'magic of the rainbow' yang terdapat dalam dirinya.Akhirnya,Elina dikurniakan sayap oleh ketua fairyland.
*Alesha,aunty nak tengok kartun sekali bley x cyg??*

Wednesday, November 26, 2008

letih...

Beberapa hari ni Si Tinta agak bizi menyertai 'pasukan' abah untuk menyiapkan projek penambahan rumah saya ni...Actually projek ni da lama mula tapi masih belum sempurna pembuatannya.Agak letih sebab ini kan kerja2 berat.Neway saya,adik n mama masih setia membantu.Ada hikmah disebalik semua ni.Memang saya akui banyak yang saya belajar daripada abah.Kata2 abah yang tak dapat saya lupa,
"hidup ni bukan kena isi dengan ilmu akademik je,ilmu tentang kehidupan pun kena tau jugak la.."
Ayat ini diungkapkan oleh abah masa saya tersalah pegang hammer.Huhu.Bagi abah,semua benda kita kena buat dengan sempurna walaupun benda tu nampak terlalu simple.Yela kan.Pegang jela camne pun hammer tu janji dapat ketuk.
Hari ni Si Tinta tak berapa sihat tapi saya kuatkan diri untuk membantu walaupun apa yang saya tolong tu petik jari je..ummm..Tahla nak cakap..Rasa seronok walaupun letih yang amat.Si Dia kata xyah la tolong hari ni tapi as usual saya mendegilkan diri..hehehe..Sebagai balasan diri sendiri yang tanggung la kan.
Percubaan untuk letak gambar2 dalam projek ni xberjaya la...So,next time je ekk.jumpa lagi semua=)

Award??

Ada sedikit kemusykilan dalam award neh..sama ada dianugerahkan or kegembiraan dikongsi bersama.Tq to kak su.Apa2 pun,kita rujuk tempat ni okay.

Monday, November 24, 2008

Miss Reben mengeTAG

Cibuk je la Miss Reben neh..Orang baru menjiwangkan diri dia dah menjalankan misi mengetag insan2 terpilih neh..haha..Bagi memenuhi permintaan,saya jawablah tag yang rasanya menjurus ke arah cinta ni.
1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda
  • wajah yang sedap mata memandang ~xnsem pun xpe~
  • baik tingkah laku
  • menghormati seorang wanita
  • bertindak melalui akal
  • menerima diri ini seadanya
  • mempunyai rancangan masa depan
  • n semestinya mendambakan lelaki yang menyayangi n mencintai saya dengan setulus hati
2. 7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
  • smoker
  • lazy
  • xbertanggungjawab
  • talam dua muka
  • playboy
  • egoistik
  • handsome tp bad manner *amatlah mencacatkan kehenseman muka tu*

3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati

  • gumbira yang teramat
  • rasa dilindungi
  • a little bit nervous
  • senyum sokmo
  • shy2 cat
  • rasa seperti dunia ni ana yang punya..haha
  • n lastly,mmmuah for him..hehehe

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

  • Jepun (nak pusing satu negara..bley x syg?)
  • Bali
  • Holland (tertarik dengan bunga2nya)
  • Paris
  • Labuan,Sabah ~xtau pe yg teringin sgt nak g sne~
  • Pulau Sipadan *tantek laut dia*
  • Cuti2 Malaysia ~I mean pusing satu msia.bley kan syg..hehe~

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

  • cincin pengikat diri
  • seangkatan sayang
  • haruman kebahagiaan
  • sekeping hati
  • sebuah cinta abadi
  • segalanya untuk dirinya

6. Tajuk lagu yang akan anda nyayikan untuk pasangan anda

Cinta Tiada Akhirnya -Jacklin Victor-

7. Rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 7 PERIHAL ini. wajib!!!! mereka perlu diberitahu akan hal ini.

my love ~sila2~ =)

jenglot =)

awek jenglot =)

yang lain2 nak buat,buat la..xrugi cuma penat!! =)

::untuk Miss Reben,siapa agak2nya lbey jiwang ekk??bia pembaca tentukannya..hehehe..

Sunday, November 23, 2008

Sukan / Sports / Ar-riadah

Saya terfikirkan tentang entry ini apabila menerima SMS daripada Si Dia.
"hby kua k.nak men bola.bye.mmuah."
Apa yang ingin saya coretkan mengenai tajuk ni.Erm...Banyak kajian yang menyatakan bahawa sukan baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.Fakta ini tidak dapat saya sangkalkan lagi.

Bagaimana pula dengan sesetengah pihak yang bersukan bukan semata-mata kerana kesihatan tetapi disebabkan oleh minat yang mendalam dalam bidang ini.Menurut Si Dia, penat setelah berhempas pulas di atas padang merupakan kepuasan yang diperoleh dan tidak dapat digambarkan dengan kata2.

Untuk pengetahuan pembaca2 sekalian, saya merupakan soeorang yang langsung tidak berminat dalam arena ini.Namun setelah menjejakkan kaki ke institut perguruan saya telah didedahkan dengan sukan dan ini sedikit sebanyak telah menggarap minat saya.Tapi saya jarang la nak mengakui bahawa saya suka sukan sebab Si Dia fanatik sukan.haha.sowie syg.

Semasa bermain bola tampar (semester 3 yg lalu) saya akui saya merasai kepuasan yang dimentionkan oleh Si Dia.Sejak saat itu, saya mula berfikiran positif terhadap sukan dan mungkin akan melapangkan waktu untuk bersukan dengan rela hati.

Mungkin itu saja bebelan saya mengenai sukan.Kepada Si Dia,thanx sebab banyak gak la bagi info tentang sukan2 ni.Happy day to all=)

p/s:Si Dia,tolang hati2 ye time main.Jaga diri.

Saturday, November 22, 2008

TAG

Alahai...kena tag la plak dengan cik abg sayang ni.Kite jawab je la kan.
1st question:TULIS 10 PERKARA TENTANG TAGGER
  1. nama dia Hamzah bin Abdul Mutalib
  2. dok minat laa si Sabrosa tu..layankan ajer..
  3. fan of hijau kuning
  4. confirm2 la minat bola tapi rasanya more to futsal
  5. orang Alor Star,Kedah
  6. paling tua dalam kelas Pemulihan (IP Perlis)..hehehe..jgn mare sayang
  7. agak tegas n garang orangnya..xbley salah sket
  8. manja kot..hehe.anak bongsu kan..
  9. mulutnya jarangla nak diam..dalam erti kata lain bising slaloo..haha
  10. dialah permata hatiku..=)inilah dia my tagger

2nd question: 10 PERKARA TENTANG ORG YANG DITAG

  1. cahaya kebahagiaan kami merupakan maksud kepada nama saya ~nama cari sendiri ok~
  2. mempunyai sebuah keluarga yang amat bahagia
  3. anak ke-5 daripada 6 adik beradik *2 abg kembar,2 kakak,1 adik lelaki*
  4. dalam penantian kehadiran 2 org anak buah..insyaallah..
  5. pendatang baru di alam blogging
  6. tag pertama yang diterima
  7. seorang yang pendiam (diam la kot)
  8. lebih suka memendam daripada meluahkan
  9. menyayangi bidang keguruan *future teacher..hehehe..*
  10. kepada tagger,thanx!!

me..=)

Friday, November 21, 2008

Kisah Pagi Jumaat


DIBULI
Seawal jam 9.30 pg,adik meminta p'tolongan untuk mengemas brg2 yg dibawa dari hostel.Sebagai kakak yg mithali(heee) saya pun dgn baik hati tolong budak neh..Tapi itulah manusia, bagi betis nak peha.Setengah jam yg pertama memang saya mengemas dgn dia tapi lepas tu lesap ntah ke mana.Hampeh.Terkontang-kanting saya kemas brg yg bertimbun macam gunung tu.Nasib baikla akakmu ini seorang yang AMAT BAIK..!!
Yang paling bestnye adik kesayangan saya ni, suma brg dah siap disusun kat tepi baru dia muncul.Wah3..macam magik plak kan.Apabila dia menunjukkan diri dihadapan saya, mulut ni memulakan bebelannnya.hahaha.Padan muka.Tinggal orang lagi.Jauh disudut hati saya tak kisah pun kemas sorang2.Lagipun dia la satu2nya adik yang saya ada.My everything and semua kasih sayang sebagai kakak nak bagi kat sape lagi kalau tak kat budak ni.Ummmm.
i love u adik

~hasil usaha saya..hehehe~


IDENTITI MUSLIM

Semasa mengemas brg2 tu, saya terbaca sekeping kertas yang tertulis biodata seorang Muslim.Saya agak tertarik dengan isi kandungan kertas ini dan ingin saya kongsikan bersama anda.

  1. Nama : makhluk terbaik
  2. Jenis : manusia
  3. Asal : tanah
  4. Suku : anak Adam
  5. Jawatan : pengabdi
  6. Alamat : bola dunia
  7. Stesen yg ditinggalkan : kg dunia
  8. Destinasi : kg akhirat
  9. Jam kebangkitan : Wallahu a'lam

Sebagai hamba-Nya, kita perlu saling ingat mengingati sesama sendiri.Semoga kita mendapat mengetahui status kita yang dipandang mulia disisi Allah.

Thursday, November 20, 2008

BERCUTI???

Tika entry ini ditulis saya dan insan-insan tersayang baru sahaja pulang dari menjamu makan malam di Restoran Siti Tomyam yang menyajikan makanan ala thai.Antara menu yang menjadi pilihan adalah:
  • tomyam ayam ~tapi pelayan salah amek order maka sampaila tomyam campur ke meja kami..xpela ek..layaan~
  • ayam masak halia ~kegemaran mama~
  • sayur campur
  • puyuh goreng disertakan bersama bawang n sedikit sayur ~jenis sayur xdapat dikenalpasti..haha~
  • telur bungkus

Kalau dilihat kembali tajuk entry ni,rasanya seperti tiada kaitan antara hidup dan mati tapi layankan ajer..sebenarnya apa yang ditulis seperti di atas hanya untuk menggambarkan bahawa saya teramatlah KENYANGnya..hehehe..

Berbalik kepada point utama saya.selepas menyelesaikan semua masakan-masakan enak tersebut,kami sekeluarga berkunjung ke rumah mak ndak yang merupakan adik kepada mama.niat dihati ingin melihat keadaan salah seorang sepupu saya yang sedang berjuang di 'medan peperangan' SPM namun niat terpaksa bertukar..bukan sebab tak jadi ke sana tetapi sebab 'insan' yang nak dikunjungi telah keluar melihat keadaan anak-anaknya..haha.setelah ditemu bual, my cousin ni dah mula bela arnab beberapa ekor.ish2.rajin.budak ni.tengah exam plak tu.

Saya rasa macam dah menyimpang lagi sekali ni.OK2.Dalam masa lebih kurang sejam setengah bersembang,mak ndak menyuarakan idea untuk membawa keluarga bercuti di Sungai Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai,Perak.Walaupun disitu merupakan tempat asal abah namun itulah kali pertama saya mendengar akan kewujudannya.hehe.tak pakar sangat peta negeri kelahiran ni.Balik je umah saya pun memulakan misi untuk mencari malumat berkaitan Sungai Klah Hot Spring ni.Bunyi macam dah menerujakan.Saya sertakan beberapa gambar kawasan percutian ini yang saya perolehi daripada internet.

Secara kesimpulannya,saya amat setuju jika kami sekeluarga merancang untuk ke tempat ini.apa2 pun, kita nantikan keputusan majlis tertinggi keluarga..hehehe..daa..=)











Tinta Buatmu...

03.08.07 merupakan tarikh perkenalan kita sebagai rakan seperjuangan dalam meneruskan usaha untuk menjadi warga pendidik yang sempurna. Hanya senyuman yang menjadi talian pertama kita berhubung. Tiada kata mahupun tawa. Segala lelah penat dilalui bersama rakan-rakan yang lain dalam pasukan pemulihan yang selalu dianggap golongan yang 'istimewa'.

Celoteh ini bukanlah untuk menceritakan tugas-tugas yang kita lakukan tetapi adalah untuk mantan KK yang telah berusaha gigih bagi memastikan setiap perjalanan kelas berjalan lancar. Hamzah bin Abdul Mutalib nama diberi. Seseorang yang bertanggungjawab dalam kelas. Mungkin juga ini disebabkan faktor usianya yang lebih daripada kami semua..hehe. Mungkin dia merasakan bahawa dia perlu bertanggungjawab untuk menjaga 'adik-adiknya' ini. Hari ini 20.11.08, genaplah 21 usia 'abang' kami ini. For him,tingkatkan kematangan demi masa depan yang belum pasti cerah atau mendungnya..

Ya Allah,
kurniakanlah keredhaan,keampunan dan kasih sayangMu kepadanya
berikan kepadanya ketenangan jiwa yang tak putus2
lemparkan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan
keseronokan melihat wajahMu dan bertemudenganMu tanpa halangan
limpahkan kepadanya kebahgiaan dan kejayaan
di dunia dan akhirat
AMIIN..

Wednesday, November 19, 2008

Segalanya Bermula

mempunyai blog sendiri adalah impian yang sudah lama saya pendamkan..disaat ini segalanya direalisasikan..saya singkapkan sedikit sebanyak mengenai permulaan minat nak berblogging ni..


~1st blog yang saya lewati adalah blog sis suhana yang merupakan akak kepada salah seorang bakal cikgu pemulihan di IP Perlis.dia juga merupakan isteri dan ibu kepada seorang puteri yang comel dan agak demok badannya.hehe.sejak dari saat tersebut, melewati diamilikku.blogspot.com menjadi agenda utama dalam diari hidup saya..membaca setiap perjalanan hidup kak su membuatkan saya mula tertarik untuk sama-sama berkongsi cerita di alam internet ini.


~2nd blog yang diperkenalkan kepada saya juga merupakan adik beradik classmate saya.SI REBEN MERAH menjadi pengenalan diri kepada Iyra Mutalib.blog ini juga menarik perhatian saya untuk terus mengikuti kisah hidupnya yang penuh dengan warna-warna keceriaan.


~seterusnya blog DUNIA KHAYALAN yang merupakan blog rakan pendidik yang memperkenalkan dirinya sebagai jenglot.agak seram tika mendengar panggilan ini namun setelah 3 semester bersama, ternyata dirinya tak seram langsung.hahaha.kepada jenglot,thanx sebab hang juga telah mempengaruhi aku untuk berblogging bersama-sama warga jenglot.haha.


~dan selepas 3 blog ini, saya mengunjungi hampir kesemua blog yang saya kenal pemiliknya.dan sebelum tinta kehidupan mengalunkan tarinya, saya menjenguk 1 lagi blog iaitu mysabrosa.blogspot.com


~AKHIRNYA, terciptalah destinasidiri.blogspot.com