Thursday, November 20, 2008

Tinta Buatmu...

03.08.07 merupakan tarikh perkenalan kita sebagai rakan seperjuangan dalam meneruskan usaha untuk menjadi warga pendidik yang sempurna. Hanya senyuman yang menjadi talian pertama kita berhubung. Tiada kata mahupun tawa. Segala lelah penat dilalui bersama rakan-rakan yang lain dalam pasukan pemulihan yang selalu dianggap golongan yang 'istimewa'.

Celoteh ini bukanlah untuk menceritakan tugas-tugas yang kita lakukan tetapi adalah untuk mantan KK yang telah berusaha gigih bagi memastikan setiap perjalanan kelas berjalan lancar. Hamzah bin Abdul Mutalib nama diberi. Seseorang yang bertanggungjawab dalam kelas. Mungkin juga ini disebabkan faktor usianya yang lebih daripada kami semua..hehe. Mungkin dia merasakan bahawa dia perlu bertanggungjawab untuk menjaga 'adik-adiknya' ini. Hari ini 20.11.08, genaplah 21 usia 'abang' kami ini. For him,tingkatkan kematangan demi masa depan yang belum pasti cerah atau mendungnya..

Ya Allah,
kurniakanlah keredhaan,keampunan dan kasih sayangMu kepadanya
berikan kepadanya ketenangan jiwa yang tak putus2
lemparkan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan
keseronokan melihat wajahMu dan bertemudenganMu tanpa halangan
limpahkan kepadanya kebahgiaan dan kejayaan
di dunia dan akhirat
AMIIN..

6 comments:

Diamilikku said...

baguslah..
ada special entry untuk ehem ehem kan...

ALUNAN TINTA said...

kena mrh sebab expose dia as a classmate je..huhu

sabrosa said...

huuhuu..tau pon

ALUNAN TINTA said...

oit sabrosa,
org ckp akak la,bukn abg.

sabrosa said...

hahahaa...xkira2

*SiRibenMerah said...

so sweet =P~