Sunday, November 23, 2008

Sukan / Sports / Ar-riadah

Saya terfikirkan tentang entry ini apabila menerima SMS daripada Si Dia.
"hby kua k.nak men bola.bye.mmuah."
Apa yang ingin saya coretkan mengenai tajuk ni.Erm...Banyak kajian yang menyatakan bahawa sukan baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.Fakta ini tidak dapat saya sangkalkan lagi.

Bagaimana pula dengan sesetengah pihak yang bersukan bukan semata-mata kerana kesihatan tetapi disebabkan oleh minat yang mendalam dalam bidang ini.Menurut Si Dia, penat setelah berhempas pulas di atas padang merupakan kepuasan yang diperoleh dan tidak dapat digambarkan dengan kata2.

Untuk pengetahuan pembaca2 sekalian, saya merupakan soeorang yang langsung tidak berminat dalam arena ini.Namun setelah menjejakkan kaki ke institut perguruan saya telah didedahkan dengan sukan dan ini sedikit sebanyak telah menggarap minat saya.Tapi saya jarang la nak mengakui bahawa saya suka sukan sebab Si Dia fanatik sukan.haha.sowie syg.

Semasa bermain bola tampar (semester 3 yg lalu) saya akui saya merasai kepuasan yang dimentionkan oleh Si Dia.Sejak saat itu, saya mula berfikiran positif terhadap sukan dan mungkin akan melapangkan waktu untuk bersukan dengan rela hati.

Mungkin itu saja bebelan saya mengenai sukan.Kepada Si Dia,thanx sebab banyak gak la bagi info tentang sukan2 ni.Happy day to all=)

p/s:Si Dia,tolang hati2 ye time main.Jaga diri.

4 comments:

Diamilikku said...

minat lah sesuatu kerana lahir dari hati sendiri...jika tidak mahu menyesal dikemudian hari

ALUNAN TINTA said...

ye..thanx akak.

| Se'UgLy JeNgLot | said...

aku fikirkan awek mane la td..huahaha!

Zarpeno said...

sukan adalah satiu kebestan.carilah kebestan dalam sukan