Wednesday, November 26, 2008

letih...

Beberapa hari ni Si Tinta agak bizi menyertai 'pasukan' abah untuk menyiapkan projek penambahan rumah saya ni...Actually projek ni da lama mula tapi masih belum sempurna pembuatannya.Agak letih sebab ini kan kerja2 berat.Neway saya,adik n mama masih setia membantu.Ada hikmah disebalik semua ni.Memang saya akui banyak yang saya belajar daripada abah.Kata2 abah yang tak dapat saya lupa,
"hidup ni bukan kena isi dengan ilmu akademik je,ilmu tentang kehidupan pun kena tau jugak la.."
Ayat ini diungkapkan oleh abah masa saya tersalah pegang hammer.Huhu.Bagi abah,semua benda kita kena buat dengan sempurna walaupun benda tu nampak terlalu simple.Yela kan.Pegang jela camne pun hammer tu janji dapat ketuk.
Hari ni Si Tinta tak berapa sihat tapi saya kuatkan diri untuk membantu walaupun apa yang saya tolong tu petik jari je..ummm..Tahla nak cakap..Rasa seronok walaupun letih yang amat.Si Dia kata xyah la tolong hari ni tapi as usual saya mendegilkan diri..hehehe..Sebagai balasan diri sendiri yang tanggung la kan.
Percubaan untuk letak gambar2 dalam projek ni xberjaya la...So,next time je ekk.jumpa lagi semua=)

9 comments:

sabrosa said...

tau pon...dalam erti kata lain..KETEGAQ!!

| Se'UgLy JeNgLot | said...

KETEGAQ tp okla tu...

vanillachoc said...

bukan ketegaq la..
kuat smgt..
hikhik~

*SiRibenMerah said...

hehe..
x pe dik.. tuh da ada ciri2 mommy ticha je.. macam handy mandy je kann.. hahaha.. ok2.. selamat bertukang.. jaga diri..=P

ALUNAN TINTA said...

ketegaq pun ada org sayaaang..=)

sabrosa said...

sapa la yang sayang dia tu..ish2..

ALUNAN TINTA said...

uikk..sabrosa tya sapa sayang..i suruh org len sayang t...

sabrosa said...

hehehe..jgn la...org gurau2 ja la..ish2

Leenoh said...

Ilmu sangat luas, sangat banyak yang kena kita pelajari, memang betul bukan akademik sahaja, kan kehidupan kita pun terpaksa melalui dua alam, dunia dan akhirat, dunia hanya tempat persinggahan utk mencari bekalan sahaja. Namun begitu ilmu yang perlu dipelajari utk dunia pun sangat banyak dan berbagai bidang.

Dalam pada itu ilmu itu pula perlu dikuasai dari segi teori, amali dan penghayatan, kalau tidak, boleh bercakap tetapi tidak pandai bikin.
Ilmu akhirat pun begitu juga perlu menguasai dalam semua segi tersebut supaya dapat dihayati setiap saat di dalam kehidupan dan perjalanan ke akhirat.

wallahu aklam bissowab. wassalam.