Monday, April 16, 2012

Cucu kesayangan Tok Abah

Weekend lepas saya balik Taiping.
Sampai pun dah maghrib tapi sempat lagi culik Imanku sayang~
Dah settle dinner apa semua, tok abah dia bawak keluar bola baseball.
Haishh..bila pulak abah bila bola ni???
Sekali dah plan nak bagi cucu kesayangannya main boling!!
Layankan ajeee budak kecik pot pet pot pet ni main.

video

Semak samun

Seperti biasa weekend saya bermula sekitar jam 9 pagi :)
Cuti kannn..harusslahh tidur dengan aman..hehe
Semalam (sabtu) dah sms orang mesin rumput suruh datang.
Oleh sebab petang sabtu hujan lebat, dia kata datang pagi ahad.
Ok jerr untuk kami.
Pagi ahad lepad dah mesin depan belakang, saya sambung tido :)
Petang baru kumpul2 rumput, then bakar.
Barulah nampak rupa rumah.
:)

 Kawasan depan dah clear.
Senang hati tengok.

Mangsa kebakaran :)

Sekian sahaja weekend saya yang tenang.
*peace*

Tuesday, April 10, 2012

DAULAT TUANKU!!

Esok cuti sempena pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agung Sultan Abdul Halim. Makanya seluruh rakyat jelata mendoakan kesejahteraan Tuanku sebagai payung negara. Daulat Tuanku!!


Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.
:)

Monday, April 9, 2012

Sesi menghabiskan baucer fasa 1

Hamek kau tajuk punya panjang. Tajuk dah merangkumi segala isi cerita.hahaha.. So petang tadi keluar untuk sesi mengshoping barang2 dengan baucer buku 1 malaysia yang diterima minggu lepas. Kami pergi ke kedai komputer untuk shoping2. Kenapa tak pegi kedai buku??? Kome jawab la sendiri yee..hehehe

 Cordless Glasser mouse..dah lama teringin nak beli tp harganya boleh tahan..Tengok2 tadi jumpa yang rm33..terus sambar. Warna tetap biru pilihan dihati..hehe. Lain-lain pilihan kaler adalah hijau, hitam dan oren.

Ini pulak untuk mama..pendrive mama hilang jadi saya belikan satu untuk mama. Cari yang 16gb ada yang jenis kecik je..takut mama xsuka pulak. So beli yang 8gb, rm23. Sreen cleaning pulak rm2 sahaja :)

Lain-lain barang beg laptop dan keyboard protector. Semua barang-barang yang diperlukan. Baki baucer masih ada rm100 :)

Sunday, April 8, 2012

Jalan-jalan Ipoh

Lepas habis sekolah Jumaat lepas saya terus berlepas pulang ke Taiping tercinta. Perasaan yang dah tak dapat diungkapkan sebab terlalu tertekan dengan bebanan tugas praktikum. Letih, benci, menyampah semua ada. Ok dah. Tak nak cerita pasal praktikum yang tak best tu.

Jumaat lepak2 rumah je sebab sampai rumah pun dah malam. Kidnap Iman dulu kat rumah dia then balik dinner KFC :) Jam 3 pagi family abg dan sampai dari Melaka. Sabtu plan ke Ipoh untuk tempah cadar untuk kenduri kakak saya nanti. So plan asal nak bertolak pagi la..tapi bila dah ramai-ramai xdenya pagi. Tengahari jugak baru bertolak dari Taiping. Kami naik Innova abah. Mama abah tak ikut sebab ada hal lain.

 Check in Jusco Ipoh sebelum pergi rumah Pak Ngah kat Klebang..dah jumpa racing car ni harusss tiga2 orang masuk dalam..terbang rm1..haha

 Masing-masing dah lapar..dine in Kenny Rogers..makan sampai lebam.

 Sesi mengorder..kakak dan abg amin tengah pilih2 dish.

 Big baby and mama..tengah tunggu makanan.

 Kak zie..iman..aisyah..semua tengah lapar tunggu makanan..

 Makanan dah sampai..serang!!! Abg dan..Aqil..fizan :)

 Budak comel yang kuat makan..makan tak berhenti sampai perut dah sengkak baru nk nangis2..haha

Iman dengan spek mama..time ni dah bertolak ke rumah Pak Ngah sebab yang kenal dengan tauke tempah cadar tu merekalah..hehe..lepas tu terus ke kedai cadar, then bergerak ke Greentown Mall tengok2 kain langsir. Lepas tu singgah solat then pulang ke Taiping.

Sekian saja cerita jalan-jalan kami seharian :)

Bersama keluarga adalah terapi yang terbaik..I love my Family so much!!!

Wednesday, April 4, 2012

Praktikum adalah lapangan untuk belajar..

Masih dalam mood praktikum. Ada lagi 3 minggu untuk kami habiskan sesi berpraktikum. Sejujurnya, saya terlalu letih dengan praktikum kali ini. Praktikum adalah lapangan untuk guru pelatih mempelajari sesuatu yang akan berlaku dalam dunia pendidikan yang sebenar. Tapi tak bermakna guru-guru praktikum boleh dibuli dan dipijak sesuka hati. Ya benar..kami dambakan pengalaman dan ilmu yang mereka ada namun itu bukan sebab untuk kami ditindas.

Counting weeks and days...

Kami yang tak pernah beraerobik sekarang dah cekap aerobik..sebabnya dah 3 kali kena handle aerobik..haihh la praktikum..

...

Majlis Pelancaran Bulan Matematik

Saya tersangat sibuk prepare untuk majlis pelancaran ni. Sampaikan cuti sabtu ahad pun tak terasa sebabnya pagi petang berada di sekolah. Weekend lepas juga ada perkhemahan unit uniform kontinjen negeri Perlis yang akan ke peringkat kebangsaan. Saya dan rakan praktikum diminta untuk mengendalikan senamrobik di awal pagi. Makanya, seawal jan 7 pg kami dah tercongok dekat sekolah.

Guru Besar tengah merasmikan majlis..tarik reben yang disediakan untuk bukak langsir. Pastu nampaklaa dua balang kat belakang langsir tu.

Then GB perlu titiskan pewarna ke dalam balang air sebagai simbolik untuk murid-murid anggarkan isipadu air tersebut.


AJK siaraya merangkap pembantu kami..kalau xdak depa ni xmeriah suasana praktikum kami :)

The person behind The Scene. Sejujurnya, saya bangga dapat cik siti cantik molek ni as a partner. Proud to be with her. Sangat bangga sebab kami berjaya mengharungi dugaan Praktikum Fasa III. Majlis diakhiri dengan montaj yang dibuat oleh saya sendiri. Ini juga satu benda yang sangat membanggakan. Xpernah2 dok buat montaj ni tp alhamdulillah semua berjalan lancar.

Proud to be my self :)