Lepas habis sekolah Jumaat lepas saya terus berlepas pulang ke Taiping tercinta. Perasaan yang dah tak dapat diungkapkan sebab terlalu tertekan dengan bebanan tugas praktikum. Letih, benci, menyampah semua ada. Ok dah. Tak nak cerita pasal praktikum yang tak best tu.
Jumaat lepak2 rumah je sebab sampai rumah pun dah malam. Kidnap Iman dulu kat rumah dia then balik dinner KFC :) Jam 3 pagi family abg dan sampai dari Melaka. Sabtu plan ke Ipoh untuk tempah cadar untuk kenduri kakak saya nanti. So plan asal nak bertolak pagi la..tapi bila dah ramai-ramai xdenya pagi. Tengahari jugak baru bertolak dari Taiping. Kami naik Innova abah. Mama abah tak ikut sebab ada hal lain.
Check in Jusco Ipoh sebelum pergi rumah Pak Ngah kat Klebang..dah jumpa racing car ni harusss tiga2 orang masuk dalam..terbang rm1..haha
Masing-masing dah lapar..dine in Kenny Rogers..makan sampai lebam.
Sesi mengorder..kakak dan abg amin tengah pilih2 dish.
Big baby and mama..tengah tunggu makanan.
Kak zie..iman..aisyah..semua tengah lapar tunggu makanan..
Makanan dah sampai..serang!!! Abg dan..Aqil..fizan :)
Budak comel yang kuat makan..makan tak berhenti sampai perut dah sengkak baru nk nangis2..haha
Iman dengan spek mama..time ni dah bertolak ke rumah Pak Ngah sebab yang kenal dengan tauke tempah cadar tu merekalah..hehe..lepas tu terus ke kedai cadar, then bergerak ke Greentown Mall tengok2 kain langsir. Lepas tu singgah solat then pulang ke Taiping.
Sekian saja cerita jalan-jalan kami seharian :)
Bersama keluarga adalah terapi yang terbaik..I love my Family so much!!!
No comments:
Post a Comment