Thursday, December 25, 2008

Kebahagiaanku bermula daripadamu..

BICARA INI BUAT INSAN TERISTIMEWA

Kerana dia aku tersenyum..

Kerana dia aku gembira..

Kerana dia aku bahagia..

Ketika aku mengalah, engkau semangatku..

Ketika aku sakit, engkau penawarku..

Ketika aku bersedih, engkau air mataku..

Ketika aku ketawa, engkau riangku..

Ketika kejauhan,

Masihku rasa hangat kasihmu..

Betapa kurindukan redup wajahmu..

Terbayang ketenangan yang selalu kau pemerkan..

Walau hatimu sering terluka dek kata2 ku,

tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian..

Ketika aku dalam kedukaan, kau mendakap penuh pengertian..

Disaat diriku kehampaan, kau setia mengajar ku erti kekuatan..

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya..

Bilaku kegagalan, tak kau biarkan aku terus kecewa dengan kata azimat..

Engkau nyalakan semangat restu dan doa kau iringkan..

Tak dapatku bayangkan hidupku tanpa engkau disisi..

Semua kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati..


Terima Kasih Abah

5 comments:

sabrosa said...

hehhe...sayang abah dia no0o0o...bagus2..anak mithali..

chEntA said...

sO sweet!!~

Diamilikku said...

oowhhh abah..
ingatkan sabrosa tadi..
nasib baik abah...

ALUNAN TINTA said...

sabrosa=P
bf bley cari len.abah xdak dah..haha

chenta=P
well..xkan nak expose sabrosa je kan.hak2

diamilikku=P
xkan nak tulih pasai adik akak je..hehe

sabrosa said...

hahahhahhahah..ok..