Monday, June 28, 2010

Ana yang dapat..yeeyy!!

Tajuk entry ini adalah dialog2 kurang asam my classmate yang seronok bila undian untuk Penolong Ketua Kelas (PKK) dapat kat saya.
Adoooiii..tanggungjawab besar ni.
Untuk semester 4 ni, turn Mohd Azam akan mengetuai Pemulihan Group dan dibantu oleh Cik Nurul Farhana.
Tah gurl mana yang depa pilih untuk penolong  pun tak taw la.
Apa2 pun InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik untuk semua.
Untuk hari pertama ni, saya berjaya cancel kelas untuk petang ini.hahaha
Bukan la cancel terus tapi dah buat pagi tadi.
Kalau ikutkan jadual, kelas kami 3-5 pm : MTE 3107 Planning and Teaching Mathematics.
Oleh sebab PKK baru berdedikasi, dapat la anjak ke pagi.wakakaka 
*sila muntah*

..Ketua Kelas baru yang duduk di sebelah gurl baju biru..
..Penolong Ketua Kelas baru berdiri di belakang no 4 dari kiri..
*nak interframe jugak kedudukan I ..wakakaka..muntah lagi*

Buat kawan-kawanku..
Semester ni jangan nakal2 taw..
Kelas jangan ponteng2..
Group work jangan jadi sleeping partner..
Assignment jangan lambat hantar..
Conclusionnya..jangan buat hal ye semester ni..semester depan xpe.
KK and PKK garang okkay.

~pemerintahan diktator bermula~

Sunday, June 27, 2010

♥ Lambaian Kasih ♥

Sudah sampai waktunya..
Aku akan berjauhan dengan insan-insan yang sangat ku sayangi..


Bersama mereka..
Terubat rinduku pada cinta hati..
Sedihku terbang apabila aku melihat senyum tawa mereka..


Bersama mereka..
Tiada kata mengata..tiada dengki mendengki..
Hatiku tenang sentiasa..


Tak sanggup rasanya untuk berjauhan..
Namun kejayaan dalam hidup perlu aku gapai..
Moga aku kuat untuk menempuh rindu yang bakal menebal semula..
Doakan ana selamat di bumi Perlis..

~bubye Taiping~

♥ Utusan Buat Mereka ♥

Buat cinta hatiku..
I'm heading to you my dear..
After 3 weeks bercuti dengan family..I'll be back to my boyfie and all my lovely frens..


Utusan ini bukan hanya untuk si dia, tapi untuk semua warga IPG Perlis especially Pemulihan's Group.
I miss all of you okkay..hahahaha.
Moga kita bersemangat untuk memulakan semester baru.

...memujuk hati yang sedih nak tinggalkan family...

Saturday, June 26, 2010

Aimna Online Store Giveaway

My Sister lagi sekali mengadakan Giveaway (GA).
And kali ni masih berkaitan dengan baby.
So, saya pertaruhkan gambar anak-anak kecil saya.
Untuk syarat-syarat penyertaan reader semua boley rujuk link ini.


Inilah gambar yang saya pertaruhkan.
Gambar Prince and princess saya di pagi Aidiladha 2009.
Si kakak seolah-olah tengah protect adik kecik dia.
Tengokla muka si adik..macam tikus ketakutan je.hehehehe
That's all for this cute picture.
(sorry..achik ana xdak pix babies with CD..hehe)

5 orang yang di tag :
..Zara..
..semua yang baca entry ini..

~the end~

All about ..tinta kehidupan..

 Saya dapat another award from miss Zara.
Zara adalah cinta hati my classmate Syazwan Yazid.
Hanya mengenali beliau dalam dunia maya.
Start with blogger and ukhwah dieratkan di facebook.
Moga ikatan ini kekal selamanya.


So..I have to answer a few questions.

APA NAMA BLOG ANDA & KENAPA LETAK NAMA TU?
..tinta kehidupan..
Blog ni adalah coretan tentang kehidupan saya..all about my life.

APA NAMA URL BLOG ANDA & DARI MANA DATANGNYA NAMA TU?
..destinasidiri..
melambangkan arah tuju hidup saya sebagai hamba-Nya dan anak kepada dua insan istimewa.

APA METHOD DALAM PENULISAN ANDA?
..segalanya..

PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG? SEBAB MUSABABNYA.
..tak pernah..
i really love my blog

PERNAH AHLI KELUARGA BACA BLOG ANDA?
..of course..
my 1st bro n dua2 kakak saya ada blog sendiri

APA PERASAAN ANDA BILA ORANG KATA BLOG ANDA BURUK SEDANGKAN ADA YANG KATA CANTIK?
hahaha..saya xkisah pun orang nak kata pe..janji hidup saya bahagia.

BILA BLOG ANDA DIBERANAKKAN?
..19 November 2008..
before tarikh ni pun saya dah mengikuti beberapa blog sampai rasa nak ada blog sendiri..and lahirkan tinta kehidupan..

SIAPA ORANG PERTAMA YANG TAHU ANDA ADA BLOG?
..my dear Sabrosa..

APA PERASAAN ANDA BILA ORANG MENGATAKAN TENTANG BLOG ANDA DI SEKOLAH?
..erm..seronok ada malu pun ada..hahaha

SEPULUH ORANG SETERUSNYA YANG NAK DI TAGGED.
..mama iman..
..kak dilah..
..mr sabrosa..
..kak fara..
..yatcie..
..anatii..
..za..
..fratika..
..kak noah..
..farhad..

~selamat menjawab~

Tuesday, June 22, 2010

SI KECIK TERPERANGKAP!!



Achik ana..tolong Iman ni..
Tolong la..
Iman tak boleh keluar ni..
Tolong..tolong..


Ish...nak tolong ke x ni..
Duduk la kejap.
Ummmm..
Dok tangkap2 gambar plak..
Tolong la Iman dulu..


Baik aku amek apa2 dulu.
Boring ahh tunggu orang tak tolong pun.
Main lagi bagusss.


Weeekk..
Iman nak main dalam ni.
Taknak tolong pun xpe.huhuhu


-berita terbaru : The 5th baby will come out early next year =) -

Monday, June 21, 2010

Father's Day di Kulim

Hari untuk semua abah..ayah..bapa..papa..daddy diseluruh dunia tiba lagi.
Saya juga tak ketinggalan nak wish Selamat Hari Bapa buat Abah tersayang.
Sorry ye semua..entry ni lambat sehari.
Why father's day kami di Kulim???
Agak2 kami celebrate kat Kulim ke.
No..no..no..

Sebenarnya kami satu family ke Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) untuk hari pendaftaran pelajar baru.
One of my cousin (anak Maktam I) dapat poli ni.
Dia ajak kami semua g sekali la.
Abah on je.
Layanla gambar2 kami di PTSB.


- banner ofkos la ada nak sambut junior kan-

My Abah tengah menyembang dengan rumate my cousin.
Dia ni orang Kuala Lipis.
Tengok kepada barang2 dia, nampak macam pengemas orangnya.
Bagus..bagus..bagus..

Ni plak environment drpd koridor depan bilik my cousin.

- tempat pendaftaran -

Saya dah xlarat nak menaip.
Letih sangat rasanya.hehehehe.
JUmpa lagi semua.

:: happy father's day buat semua ayah ::

Thursday, June 17, 2010

♥ Sweet Little Princess ♥

Malam semalam around 9:30 pm abang dan n family gerak balik Melaka.
And ofkos la sayu je bubye si kecik Aisyah Aqilah yang dah besar n macam2 kerenah dia.
So sweet okkay.
I really miss her rite now.
Dok tengok pix2 dia sepanjang 5 days dia kat Taiping ni, saya senyum sorang2.
Ada video2 yang kelakar2..insyaAllah saya akan update kerenah Aisyah.
Bila masuk plak si adik (little Iman) lagi happening rumah.
Ish..ish..ish..seronok betul la.
One thing yang saya noticed about my pincess ni dia dah pandai posing depan kamera.
Bila sebut smile terus sengeh2 dia.
Badan pun lentok sana lentok sini.
Cutenya aksi dia.
Bawah ni one of her pix yang saya suka tengok.

Tenang je hati bila tengok wajah orang yang disayangi gembira macam ni.
I heart you little princess.

Wednesday, June 16, 2010

Pass with flying colours =)

Mr Sabrosa : "result dah kua..congrat."
Miss Tinta : "aik?? tengok kat mana? "
Mr Sabrosa : "web..paad gtaw."

Atas ni kandungan mesej me n my Mr Sabrosa.
Result exam semester 3 saya dah keluar.
Alhamdulillah saya dapat keputusan yang tidak dijangkakan.
Thanx to mama n abah yang banyak mendoakan ana.
Thanx to adik beradik yang banyak bagi sokongan untuk terus berjuang.
And thousand thank you to my love yang banyak membantu dalam pelajaran.
Congrats Mr Sabrosa yang juga berjaya dalam exam lepas.

..syukur dengan berita gembira ini..

Monday, June 14, 2010

Giveaway "Cayang Ibu"

Kali ni saya ditag oleh kak sue plak.
Tapi tag ni bukan jawab2 soalan da..tapi tag untuk join contest.
Dah alang2 saya ada mood nak update blog ni, saya pun join contest ni.
Untuk syarat-syarat penyertaan :

Gambar yang saya pertaruhkan untuk contest ini adalah gambar ini.

Gambar ni disnap di Laketown Bukit Merah.
Pix saya with my lil' Iman.
Anak sedara ke-2.
Nama penuh si kecik ni Ahmad Iman Bukhari bin Mohd Khairul Amin.
Panjang kan nama dia..hehehehehe
Muka Iman sikit punya teruja dalam gambar tu.
Actually time ni saya n Iman dok depan air pancut depan pintu masuk tu.
Dia nak pergi main dekat air tu la..tapi nak jalan sendiri xboleh lagi kann..tengok dari jauh jela..hehe..cian anak achik neh.
Caaayaaangg Iman..muaahh!!

Then kena tag 5 rakan :

Thanx to kak sue yang mengajak untuk join contest ni.
Layan..hehe~

Tag Huruf Pertama Pada Blog Anda

Again...
Saya ditag oleh Mama Iman.
Hari ni saja dah berapa banyak tag yang dia layan.
Then ofkos la dia mengetag orang.
Dan yang paling besnya apabila saya menjadi orang yang BERTUAH..adoiilaa..
Tapi kena merajinkan diri jugak la kan..haha

syarat 1 = mesti menggunakan huruf pertama dari nama blog anda
nama blog : Destinasidiri..so huruf "D".

syarat 2 = jawapan x boleh berulang
oraitt..eden torai..

1. nama anda :
Dik na..hahahhaha

2. perkataan 4 huruf :
Duit

3. nama budak laki :
Darwish

4. nama budak perempuan :
Daniya

5. pekerjaan :
Dukun

6. warna :
Dark blue

7. sesuatu yang anda pakai :
Dress

8. makanan :
Dadih

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Dynamo

10. tempat :
Dalam rumah

11. alasan bila terlewat :
Dah nak lewat nak buat macam mana..takdir..

12. sesuatu yang anda jeritkan
Diiiiiiaaaammmmm!!!!

13. tajuk filem :
Deadly Impact

14. minuman :
Double Chocolate

15. kumpulan muzik :
Dewa

16. haiwan :
Donkey

17. nama jalan :
Datuk Bandar

18. jenis kereta :
-tak jumpa keta hurud D-


Xnak tag sape2..kalau rajin jawab ye =)

Tag by Mama Iman

Rasanya macam dah lama sangat xjawab2 tag ni.hehe
Tapi since saya tengah bercuti sekarang ni, ada la sket masa nak layan blog tercinta.
As usual, kena jawab beberapa soalan.
Insya-Allah saya jawab dengan jujur.hehehe


1. Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
dekat TV ada citer pe ekk???

2. Apakah nama samaran you all ?
saya xdak nama samaran..terus terang je nama Ana.haha

3. Berikan 3 orang yang you all sayang ?
Mama
Abah
Family (kira 3 la ekk walaupun ramai..haha)

4. Panggilan untuk sidia?
Ehem..ehem..abang laa...ngeee (maluu) =P

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
Percutian di Jepun..mesti full set dengan baju2 Jepun..haha

6. Blog mana yang you all suka visit ?
Mr Sabrosa : mysabrosa.blogspot.com
Kak Suhana : diamilikku.blogspot.com
Mama Iman : mamasayangiman.blogspot.com
Zara : suhairaharshah.blogspot.com

7. Tag kan kepada 15 blogger you all
1) Mr Sabrosa
2) Kak Sue
3) Zara
4) Kak Dilah
5) Kak Iyra
6-15) Semua yang baca tag ni..kena jujur taw..hehe

~selamat menjawab~

Wednesday, June 9, 2010

PEN KANAN HEM : Hjh Nazirah bt Hassan

Tengahari rembang ni nak story pasal my mama.
Pagi tadi mama ada exam PTK si SMK Tengku Menteri.
Balik around 10 pagi.
Then g hantar mama g sekolah plak.
Dia bertugas plak.
Around jam 12.30 tgh g amek plak.
Sambil2 tu saya snap2 gambar bilik my beloved mom ni.
Layan pix~

Welcome to bilik Penolong Kanan HEM Sek Keb Pengkalan Aur.
Signboard menunjukkan PK HEM ada.hehe

Ni plak pix meja mama.
Penuh dengan gambar2 insan yang disayangi.
Family potrait time konvo..pix wedding anak2..pix anak gemok dia time baby dulu..pix pokok2 herba kesayangan mama..dan ofkos gambar tuan punya meja.hehe

Ni plak pix mama di ruangan sebelah kiri.
Penuh dengan susunan fail2 penting plus 2 kotak yang dibalut cantik.
Saya la yang balut tu.haha (tetap nak promote diri)
Belakang mama ada set komputer.
Hak milik kerajaan ye.

Pix atas ni ruangan sebelah kanan.
Juga full dengan fail2.

Haaa..hat ni atas drawer.
Mama susun cenderamata kenduri.
Memang banyak la.
Macam-macam ada..
Meh kita zoom sket apa benda tu.
.
.
.
.
.
.
Ni dia benda2 tu.


:: sekian untuk hari ini ::

Tuesday, June 8, 2010

ana...jesma...

Nape tiba2 sebut nama lecturer plak neh.
Rindukah???
Oopss..rindu jugak la tapi ni bukan nak cerita kes rindu.
Tapi kes eksperimen saya yang kedua untuk hari ini.
Kali ni xnak cuba pasal makanan dah.
Tapi masuk bab fesyen plak.hehehehehehehe
Saya saja je cuba try test skaf dua lapis.
Saja suka2 buang masa.
Try pakai dengan selendang panjang kepunyaan kak dilah.
Belit sana belit sini last2 jadi la macam gambar kat bawah ni.hehe

Malu ada..lawak pun ada.
Tapi pikir2 balik bukannya tanggalkan terus tudung saya kan.
Masih bertudung cuma gaya je lain sket.
Kalau berkenan bley la coba coba lagi lepas ni.haha

Owh..lupa plak nak story.
Pix kat sebelah tu la Puan Jesma my Remedial Education's lecturer.
Lecturer yang bergaya okkay.
Saya rasa dia antara orang yang terawal pakai skaf dua lapis ni.
Memang up to date la Pn Jes pasal fesyen2 ni.
Admire la kat dia bab fesyen.hehehe

~sapa yang rasa kelakar dengan gambar saya sila tutup mulut~

Mushroom Soup VS Garlic Bread

Minum petang tadi saya n kak dilah memulakan eksperimen terbaru.
Percubaan membuat Mushroom Soup dan Garlic Bread.
Resepi semua tengok kat program Ala Carte di NTV7.
Kalau nak taw boley cek web NTV7 la ekk.
Eksperimen dimulakan dengan aktiviti mencari bahan2 di Tesco Taiping.
Pusing sana pusing sini jumpa semua yang dikehendaki.

Balik rumah terus potong2 bahan.
Bahan yang kami guna simple je.
Batang saderi, cendawan butang + cendawan biasa. mix herbs dan serbuk pati ayam.
Serbuk pati ayam tu nak tambah2 perisa jela.
Bahan2 semua macam dalam pix kat atas tula.

Masa saya dok prepare untuk soup, kak dilah potong2 roti panjang yang keras tu.
Sebijik macam gambar kat atas.
Pastu kak dilah buat la bahan2 untuk sapu atas roti tu.
Dah siap sapu, bakar around 10-15 min.

Dan hasilnya adalah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TARAAAA =)


Seronok bercuti di rumah..boley try macam2 makanan.hehe.

Pagar baru kami =)

Pagi tadi gong geng gong geng bancuh simen untuk pasang pagar baru.
Dulu pagar besi besa jela.
Pastu pagar tu dah berkarat2 then tukar pagar baru plak.
Jenis botol2 ni.
Semua pasang sendiri.
Abah saya memang tak suka upah2 orang ni.
Kesempurnaan diutamakan.hehehe
So, inilah hasilnya.

Warna merah hati ni dipilih sebab sesuai dengan tiang2 + dinding rumah.
Yang simen bawah tu kena cat la nanti nak bagi cantik.

Ni plak gambar full botol2 yang dipasang.
Dua line je tapi ponat ooo..hehehe.
Tapi xla penat sangat sebenarnya.
Ramai buruh2 kasar kan.
Kejap jela kerja ni siap dengan jayanya.haha
Takat ni je story pasal pagar baru kami.
Jumpa lagi dengan cerita sambungan untuk hari ini.

~letih + puas~

Monday, June 7, 2010

Jomla tengok citer ni...

Nak tengok cite Lagenda Budak Setan neh..
Novel dia dah khatam lama dah tapi movie xdapat lagi..
Hmmmm..
Jomla tengok..


Saturday, June 5, 2010

For The Rest Of My Life

Saya sangat tersentuh dengan lagu ni.
Walaupun xdak sape2 pun tujukan lagu ni untuk saya tapi lirik lagu ni sangat menyentuh hati.
Layan...

Budak botak mandi-manda =)

Inilah wajah permata hati saya yang dah botak.
Ni semua gara2 Mama dia yang kata rambut budak kecik neh cepat sangat naik.
Terus dia amek shaver then suruh ayah Iman shave.
Tapi masa aktiviti membotakkan kepala ni saya ketiduran.hehe
So dapat tengok pix plus video jela.
Bawah ni pix budak ni masa dok shave kepala dia.
Sangat buas ini budak.


Petang tadi plak saya n mak njang dia macam besa nak bagi mandi budak ni.
Selalunya kejap je dia mandi.
Tapi kali ni dia dapat berendam dalam besen kecik ni terus happy dapat main2 air.
Tepuk2 air..merepek2 dalam bahasa Jerman..pastu gelak2 nak masuk buih dalam mulut.
Hush..bahaya2 tapi dengan kawalan 2 orang pengasuh yang dedikasi ni ok jela kan dia.
Xdela nak makan2 buih.
Actually ada video time mandi ni tapi sensored la plak budak ni kan.hehehe
So xley nak upload kat sini.
Just kenangan untuk family2 jela.hik2
Layanla pix permata hati saya ni.
I heart you baby!!

Iman : malula achik ana amek gamba...nyorok dalam besen la.

Iman : apa benda putih2 ni??? macam sedap je..rasa sket.
(terus appp masuk mulut buih2 tu)

~dia harta paling berharga~

Friday, June 4, 2010

My Prince Celebration

Nothing much for my little prince.
Just a simple celebration.
And i'm sure si budak kecik ni xpaham apa2 pun.
Tapi time potong kek behave je dia.
Terkejut kot apa benda yang tiut miut depan dia ni.hehe

:: Prince's birthday cake ::

May Allah bless you life.
I love you.

♥ My Prince's Birthday ♥

Ahmad Iman Bukhari..
Putera comel yang disayangi..
Insan kecil yang menceriakan hari..

Senyum mu mengukir senyuman..
Gelak ketawa mu kegembiraan kami..
Keletahmu membuat kami bahagia..

Buat putera hati achik,
Selamat Ulangtahun Pertama.
Moga dirimu membesar dengan akhlak yang sempurna.
I heart you.

Thursday, June 3, 2010

bila Ana sudah tua...

Diamilikku memang blog wajib yang saya jelajah.
Then entry 20 tahun akan datang..... sangat kelakar okkay.
Sambil2 try wireless baru kat rumah neh, saya pun merajinkan diri mencoba.
Nak tengok jugak la muka saya 20 years akan datang.
Gambar yang saya guna adalah seperti di bawah.

Dan hasil wajah 20 tahun akan datang adalah seperti di bawah.
Hahahahahhahahahhahaha.
Kelakar tak hengat.

Sapa2 yang rajin buat la.
Untuk menghiburkan diri aje.hehe

Last Day : Konvokesyen

Tugas terakhir untuk semester ni adalah urusetia konvokesyen.
Guru pelatih yang terlibat dengan konvo ni adalah KPLI and cikgu2 kursus dalam cuti (KDC).
Tahun ni kelas saya kena bahagian protokol.
Ada yang bawa bunga manggar, sireh junjung n bunga telur.
Kaum adam jadi usher iring2 tetamu neh.
Saya n one of my classmate kena iring lillte flower gurl.
Pix kat bawah ni me n adik Fitrah (cucu salah sorang lecturer).
Adik ni dipilih untuk bagi bunga kepada Raja Perempuan.
So, xnak cerita panjang2.
That's all for today.

me ♥ adik fitrah

aku ♥ dia

~mukaku masih burn~

Wednesday, June 2, 2010

♥ Perfect ♥

Everything is perfect.
Thank you dear.
- gambar sumbangan encik google -