Tuesday, December 16, 2008

Pusing2 Negeri Perak

Seawal jam 8.00 pg family Miss Tinta da berciap2 untuk memulakan perjalanan ke Hutan Melintang..Misi perjalanan hari ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai tanaman pokok vanilla..Perjalanan terpaksa ditangguhkan kira2 setengah jam kerana adik kesayangan ni dok bertapa dalam bilik termenung tuh..Hahaha..So bila semua da ready kami pun bertolak..
Dalam perjalanan mama tukar plan nak singgah Sitiawan dulu..Nak tanya sal bela cacing plak..Aduss..Tanpa membantah abah pon OKAY je..Da sampai bandar Sitiawan kami kena cari plak Taman Sejati yang mana terletaknya pejabat usahawan melayu tu..pencarian mengambil masa 10 minit je..hehe..ingatkn susah sgt nak cari tempat ni..Mama n abah pun bertanya sepuas2nya n bila dah puas hati kami bergerak ke destinasi yang dituju..
Perjalanan ke Hutan Melintang mengambil masa kira2 1 jam dari Sitiawan tapi xterasa lama pun sebabnya sepanjang perjalanan kami dijamu dengan pemandangan yang sangat menenangkan jiwa (ayat ckg bm..hak2)..Bentangan sawah padi yang menhijau meredupkan mata..Ditambah pula dengan kawanan bangau yang berterbangan mencari makanan..Pemandangan juga dihiasi pesawah2 yang bertungkus lumus tunduk menyempurnakan tugas mereka..Insan yang tak mengenal erti lelah untuk mencari rezeki..
Tepat jam 11 pg kami tiba di kawasan yang dituju namun kelibat Jabatan Pertanian tang singgah di mata..Yang ada hanya nelayan2 yang b aru pulang dari mengaut hasil di laut..hairan juga Cik Tinta sebab nama tempat hutan tapi yang ada laut..Ermm..Lepas bertanya kepada penduduk di situ,barulah kami jumpa Pusat Pembangunan Komoditi Jabatan Pertanian Hutan Melintang..Di sini dapatlah mama m abah melihat sendiri rupa pokok vanilla ni..Lebih kurang jam 12 tgh kami pun bergerak ke Bagan Datoh plak.
Kat Bagan Datoh ni tak de tujuan pape pun..Abah je yang nak bawak kami melihat keadaan kawasan ni..miss Tinta memang kagum dengan abah sebab abah seolah2 tahu segala2nya..Apa je yang ditanya pasti menyusul dengan jawapan yang logik..Pas makan n solat kami singgah di jeti Bagan Datoh.Tika ni, keladi bunting sedang hanyut ke arah laut sebab air surut..menurut abah depa ni akan hanyut dalam masa 6 jam n lepas tue patah balik bila air pasang..Itula kitaran hidup si keladi bunting..
Destinasi kami yang terakhir adalah kampung abah yang terletak di Jeram Mengkuang, Bidor Perak..Umah ni adalah rumah peninggalan arwah tok n opah..Sekarang didiami oleh pak Teh sekeluarga..Di kg, abah n adik menghabiskan masa memancing di kolam belakang rumah manakala mama,akak n Tinta menghabiskan masa melayan Puteri Salju..hehehe..jam 7 pm kami pun bertolak pulang ke Taiping..
Inilah perjalanan sehari pusing2 negeri kelahiran Miss Tinta..penaat...

4 comments:

sabrosa said...

isk2..jalan sakan dia no0o0..hehe..nati bawak kami sekali tau..hee

chEntA said...

bestnyer jln2..~
terisi mse lapang ek??

Tinta Ana said...

sapa nak ikut cpt2 book tmpt..huhu

*SiRibenMerah said...

amboihh..
cikgu Tinta tulis karangan Pengalaman cuti skolah ke??
hehehehe =P~