Thursday, January 1, 2009

Nafas baru

2009
Didoakan semoga langkahan kita ke tahun baru ini membawa seribu kebaikan.Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Si Tinta sehingga ia tidak dapat disingkapkan satu persatu ke alam maya ini.Walau apapun, setiap kejadian mencorakkan hari2 Si Tinta dengan gelak tawa dan tak kurang juga dengan lelehan air mata.Peristiwa2 yang menjadikan diri ini semakin mengenali erti kehidupan di dunia yang penuh dengan ragam manusia.

Buat keluarga tersayang..
semoga ikatan kekeluargaan yang terikat utuh ini tak goyah dilanda angin kemarahan manusia.Bersamalah kita mengharumkan momen2 bahagia bersama ditahun baru.


Sayangku..
Kehadiranmu membawa seribu kuntuman senyuman dalam kehidupanku.Hanya dirimu yang dapat menjadi dinding kekuatan buatku untuk bersemuka dengan 'insan2' didunia kita sebagai bakal guru.Semoga kasih bersemai subur ditahun baru.

Rakan2 seperjuangan..
Tanpa anda disisi hidup sebagai bakal guru tidak berseri.Andalah keriangaku.Dek gelak tawa serta telatah manja andalah yang mengukir kenangan indah yang tak dapat dilupakan.Bersaalah kita menempuh cabaran ditahun baru..
Warna-warni kehidupan ini akan terus diukir sehingga nafas tidak lagi memasuki rongga Si Tinta.Kenangan 2008 telah tersemat indah didalam kotak ingatakku.
Selamat datang 2009.

7 comments:

Zarpeno said...

wahwah kim salam kat sayangku..miahaha

Tinta Ana said...

uikk.nak kim slm ekk.ok2.hehe

Tinta Ana said...

sabrosa=P
zarpeno kim slm.hhaha

chEntA said...

new year to tinta also!!~

sabrosa said...

w'salam..kirim salam balik kat zarpeno..hahha..heppy new year my dear..

Tinta Ana said...

sabrosa=P
ish.p la jumpa dia seniri kata kim slm.haha

*SiRibenMerah said...

happy new year :)