Thursday, November 20, 2008

BERCUTI???

Tika entry ini ditulis saya dan insan-insan tersayang baru sahaja pulang dari menjamu makan malam di Restoran Siti Tomyam yang menyajikan makanan ala thai.Antara menu yang menjadi pilihan adalah:
  • tomyam ayam ~tapi pelayan salah amek order maka sampaila tomyam campur ke meja kami..xpela ek..layaan~
  • ayam masak halia ~kegemaran mama~
  • sayur campur
  • puyuh goreng disertakan bersama bawang n sedikit sayur ~jenis sayur xdapat dikenalpasti..haha~
  • telur bungkus

Kalau dilihat kembali tajuk entry ni,rasanya seperti tiada kaitan antara hidup dan mati tapi layankan ajer..sebenarnya apa yang ditulis seperti di atas hanya untuk menggambarkan bahawa saya teramatlah KENYANGnya..hehehe..

Berbalik kepada point utama saya.selepas menyelesaikan semua masakan-masakan enak tersebut,kami sekeluarga berkunjung ke rumah mak ndak yang merupakan adik kepada mama.niat dihati ingin melihat keadaan salah seorang sepupu saya yang sedang berjuang di 'medan peperangan' SPM namun niat terpaksa bertukar..bukan sebab tak jadi ke sana tetapi sebab 'insan' yang nak dikunjungi telah keluar melihat keadaan anak-anaknya..haha.setelah ditemu bual, my cousin ni dah mula bela arnab beberapa ekor.ish2.rajin.budak ni.tengah exam plak tu.

Saya rasa macam dah menyimpang lagi sekali ni.OK2.Dalam masa lebih kurang sejam setengah bersembang,mak ndak menyuarakan idea untuk membawa keluarga bercuti di Sungai Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai,Perak.Walaupun disitu merupakan tempat asal abah namun itulah kali pertama saya mendengar akan kewujudannya.hehe.tak pakar sangat peta negeri kelahiran ni.Balik je umah saya pun memulakan misi untuk mencari malumat berkaitan Sungai Klah Hot Spring ni.Bunyi macam dah menerujakan.Saya sertakan beberapa gambar kawasan percutian ini yang saya perolehi daripada internet.

Secara kesimpulannya,saya amat setuju jika kami sekeluarga merancang untuk ke tempat ini.apa2 pun, kita nantikan keputusan majlis tertinggi keluarga..hehehe..daa..=)











6 comments:

+ mika + said...

wah~wah~wah...

tomyam is my feberet...

p/s can i put ur link in mine? trimas

Tinta Ana said...

to + mika +,
hehehe..cdap woo.tomyam tue..
nak rasa dtg taiping la..huhu
*im glad u wanna put me as a link*=)

+ mika + said...

dear...sorry sesangat...ur comment kt my blog x sempant nak baca dh terdelete td...huhuhu...

Tinta Ana said...

huhu..xpape..xsngaja kn..
neway ltak je sy as a link.xkish pun=)

sabrosa said...

hoho...p la bcuti..have fun wif ur family..

Tinta Ana said...

en sabrosa,xkompem lagi la nak bcuti ke x..