Friday, November 28, 2008

Barbie Fairytopia

Pagi ni Miss Tinta layan kartun..hehehe...Alam Ria TV3 Kids,Barbie Fairytopia menjadi pilihan hati.Jalan cerita berkaitan dengan dunia pari-pari.Elina,pari2 yang tidak mempunyai sayap telah pergi ke sekolah pari2 untuk belajar menari dan mempelajari magik2 dalam dunia pari2.Namun,fairyland telah dikuasai oleh seekor pari2 jahat,Laverna.Leverna telah menahan kesemua pari2 yang mempunyai kalung yang dipercayai mempunyai kuasa tersendiri.Elina yang merupakan watak utama telah menyelamatkan kesemua pari2 tersebut dengan 'magic of the rainbow' yang terdapat dalam dirinya.Akhirnya,Elina dikurniakan sayap oleh ketua fairyland.
*Alesha,aunty nak tengok kartun sekali bley x cyg??*

Wednesday, November 26, 2008

letih...

Beberapa hari ni Si Tinta agak bizi menyertai 'pasukan' abah untuk menyiapkan projek penambahan rumah saya ni...Actually projek ni da lama mula tapi masih belum sempurna pembuatannya.Agak letih sebab ini kan kerja2 berat.Neway saya,adik n mama masih setia membantu.Ada hikmah disebalik semua ni.Memang saya akui banyak yang saya belajar daripada abah.Kata2 abah yang tak dapat saya lupa,
"hidup ni bukan kena isi dengan ilmu akademik je,ilmu tentang kehidupan pun kena tau jugak la.."
Ayat ini diungkapkan oleh abah masa saya tersalah pegang hammer.Huhu.Bagi abah,semua benda kita kena buat dengan sempurna walaupun benda tu nampak terlalu simple.Yela kan.Pegang jela camne pun hammer tu janji dapat ketuk.
Hari ni Si Tinta tak berapa sihat tapi saya kuatkan diri untuk membantu walaupun apa yang saya tolong tu petik jari je..ummm..Tahla nak cakap..Rasa seronok walaupun letih yang amat.Si Dia kata xyah la tolong hari ni tapi as usual saya mendegilkan diri..hehehe..Sebagai balasan diri sendiri yang tanggung la kan.
Percubaan untuk letak gambar2 dalam projek ni xberjaya la...So,next time je ekk.jumpa lagi semua=)

Award??

Ada sedikit kemusykilan dalam award neh..sama ada dianugerahkan or kegembiraan dikongsi bersama.Tq to kak su.Apa2 pun,kita rujuk tempat ni okay.

Monday, November 24, 2008

Miss Reben mengeTAG

Cibuk je la Miss Reben neh..Orang baru menjiwangkan diri dia dah menjalankan misi mengetag insan2 terpilih neh..haha..Bagi memenuhi permintaan,saya jawablah tag yang rasanya menjurus ke arah cinta ni.
1. 7 Ciri Wanita/Lelaki Idaman Anda
  • wajah yang sedap mata memandang ~xnsem pun xpe~
  • baik tingkah laku
  • menghormati seorang wanita
  • bertindak melalui akal
  • menerima diri ini seadanya
  • mempunyai rancangan masa depan
  • n semestinya mendambakan lelaki yang menyayangi n mencintai saya dengan setulus hati
2. 7 Wanita/Lelaki yang tak pernah anda minati sepanjang hidup
  • smoker
  • lazy
  • xbertanggungjawab
  • talam dua muka
  • playboy
  • egoistik
  • handsome tp bad manner *amatlah mencacatkan kehenseman muka tu*

3. 7 Perasaan anda sekiranya keluar dengan orang yang diminati

  • gumbira yang teramat
  • rasa dilindungi
  • a little bit nervous
  • senyum sokmo
  • shy2 cat
  • rasa seperti dunia ni ana yang punya..haha
  • n lastly,mmmuah for him..hehehe

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

  • Jepun (nak pusing satu negara..bley x syg?)
  • Bali
  • Holland (tertarik dengan bunga2nya)
  • Paris
  • Labuan,Sabah ~xtau pe yg teringin sgt nak g sne~
  • Pulau Sipadan *tantek laut dia*
  • Cuti2 Malaysia ~I mean pusing satu msia.bley kan syg..hehe~

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang akan anda hadiahkan kepada si dia

  • cincin pengikat diri
  • seangkatan sayang
  • haruman kebahagiaan
  • sekeping hati
  • sebuah cinta abadi
  • segalanya untuk dirinya

6. Tajuk lagu yang akan anda nyayikan untuk pasangan anda

Cinta Tiada Akhirnya -Jacklin Victor-

7. Rakan yang anda tag dan mahu mereka buat 7 PERIHAL ini. wajib!!!! mereka perlu diberitahu akan hal ini.

my love ~sila2~ =)

jenglot =)

awek jenglot =)

yang lain2 nak buat,buat la..xrugi cuma penat!! =)

::untuk Miss Reben,siapa agak2nya lbey jiwang ekk??bia pembaca tentukannya..hehehe..

Sunday, November 23, 2008

Sukan / Sports / Ar-riadah

Saya terfikirkan tentang entry ini apabila menerima SMS daripada Si Dia.
"hby kua k.nak men bola.bye.mmuah."
Apa yang ingin saya coretkan mengenai tajuk ni.Erm...Banyak kajian yang menyatakan bahawa sukan baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.Fakta ini tidak dapat saya sangkalkan lagi.

Bagaimana pula dengan sesetengah pihak yang bersukan bukan semata-mata kerana kesihatan tetapi disebabkan oleh minat yang mendalam dalam bidang ini.Menurut Si Dia, penat setelah berhempas pulas di atas padang merupakan kepuasan yang diperoleh dan tidak dapat digambarkan dengan kata2.

Untuk pengetahuan pembaca2 sekalian, saya merupakan soeorang yang langsung tidak berminat dalam arena ini.Namun setelah menjejakkan kaki ke institut perguruan saya telah didedahkan dengan sukan dan ini sedikit sebanyak telah menggarap minat saya.Tapi saya jarang la nak mengakui bahawa saya suka sukan sebab Si Dia fanatik sukan.haha.sowie syg.

Semasa bermain bola tampar (semester 3 yg lalu) saya akui saya merasai kepuasan yang dimentionkan oleh Si Dia.Sejak saat itu, saya mula berfikiran positif terhadap sukan dan mungkin akan melapangkan waktu untuk bersukan dengan rela hati.

Mungkin itu saja bebelan saya mengenai sukan.Kepada Si Dia,thanx sebab banyak gak la bagi info tentang sukan2 ni.Happy day to all=)

p/s:Si Dia,tolang hati2 ye time main.Jaga diri.

Saturday, November 22, 2008

TAG

Alahai...kena tag la plak dengan cik abg sayang ni.Kite jawab je la kan.
1st question:TULIS 10 PERKARA TENTANG TAGGER
  1. nama dia Hamzah bin Abdul Mutalib
  2. dok minat laa si Sabrosa tu..layankan ajer..
  3. fan of hijau kuning
  4. confirm2 la minat bola tapi rasanya more to futsal
  5. orang Alor Star,Kedah
  6. paling tua dalam kelas Pemulihan (IP Perlis)..hehehe..jgn mare sayang
  7. agak tegas n garang orangnya..xbley salah sket
  8. manja kot..hehe.anak bongsu kan..
  9. mulutnya jarangla nak diam..dalam erti kata lain bising slaloo..haha
  10. dialah permata hatiku..=)inilah dia my tagger

2nd question: 10 PERKARA TENTANG ORG YANG DITAG

  1. cahaya kebahagiaan kami merupakan maksud kepada nama saya ~nama cari sendiri ok~
  2. mempunyai sebuah keluarga yang amat bahagia
  3. anak ke-5 daripada 6 adik beradik *2 abg kembar,2 kakak,1 adik lelaki*
  4. dalam penantian kehadiran 2 org anak buah..insyaallah..
  5. pendatang baru di alam blogging
  6. tag pertama yang diterima
  7. seorang yang pendiam (diam la kot)
  8. lebih suka memendam daripada meluahkan
  9. menyayangi bidang keguruan *future teacher..hehehe..*
  10. kepada tagger,thanx!!

me..=)

Friday, November 21, 2008

Kisah Pagi Jumaat


DIBULI
Seawal jam 9.30 pg,adik meminta p'tolongan untuk mengemas brg2 yg dibawa dari hostel.Sebagai kakak yg mithali(heee) saya pun dgn baik hati tolong budak neh..Tapi itulah manusia, bagi betis nak peha.Setengah jam yg pertama memang saya mengemas dgn dia tapi lepas tu lesap ntah ke mana.Hampeh.Terkontang-kanting saya kemas brg yg bertimbun macam gunung tu.Nasib baikla akakmu ini seorang yang AMAT BAIK..!!
Yang paling bestnye adik kesayangan saya ni, suma brg dah siap disusun kat tepi baru dia muncul.Wah3..macam magik plak kan.Apabila dia menunjukkan diri dihadapan saya, mulut ni memulakan bebelannnya.hahaha.Padan muka.Tinggal orang lagi.Jauh disudut hati saya tak kisah pun kemas sorang2.Lagipun dia la satu2nya adik yang saya ada.My everything and semua kasih sayang sebagai kakak nak bagi kat sape lagi kalau tak kat budak ni.Ummmm.
i love u adik

~hasil usaha saya..hehehe~


IDENTITI MUSLIM

Semasa mengemas brg2 tu, saya terbaca sekeping kertas yang tertulis biodata seorang Muslim.Saya agak tertarik dengan isi kandungan kertas ini dan ingin saya kongsikan bersama anda.

  1. Nama : makhluk terbaik
  2. Jenis : manusia
  3. Asal : tanah
  4. Suku : anak Adam
  5. Jawatan : pengabdi
  6. Alamat : bola dunia
  7. Stesen yg ditinggalkan : kg dunia
  8. Destinasi : kg akhirat
  9. Jam kebangkitan : Wallahu a'lam

Sebagai hamba-Nya, kita perlu saling ingat mengingati sesama sendiri.Semoga kita mendapat mengetahui status kita yang dipandang mulia disisi Allah.

Thursday, November 20, 2008

BERCUTI???

Tika entry ini ditulis saya dan insan-insan tersayang baru sahaja pulang dari menjamu makan malam di Restoran Siti Tomyam yang menyajikan makanan ala thai.Antara menu yang menjadi pilihan adalah:
  • tomyam ayam ~tapi pelayan salah amek order maka sampaila tomyam campur ke meja kami..xpela ek..layaan~
  • ayam masak halia ~kegemaran mama~
  • sayur campur
  • puyuh goreng disertakan bersama bawang n sedikit sayur ~jenis sayur xdapat dikenalpasti..haha~
  • telur bungkus

Kalau dilihat kembali tajuk entry ni,rasanya seperti tiada kaitan antara hidup dan mati tapi layankan ajer..sebenarnya apa yang ditulis seperti di atas hanya untuk menggambarkan bahawa saya teramatlah KENYANGnya..hehehe..

Berbalik kepada point utama saya.selepas menyelesaikan semua masakan-masakan enak tersebut,kami sekeluarga berkunjung ke rumah mak ndak yang merupakan adik kepada mama.niat dihati ingin melihat keadaan salah seorang sepupu saya yang sedang berjuang di 'medan peperangan' SPM namun niat terpaksa bertukar..bukan sebab tak jadi ke sana tetapi sebab 'insan' yang nak dikunjungi telah keluar melihat keadaan anak-anaknya..haha.setelah ditemu bual, my cousin ni dah mula bela arnab beberapa ekor.ish2.rajin.budak ni.tengah exam plak tu.

Saya rasa macam dah menyimpang lagi sekali ni.OK2.Dalam masa lebih kurang sejam setengah bersembang,mak ndak menyuarakan idea untuk membawa keluarga bercuti di Sungai Klah Hot Spring yang terletak di Sungkai,Perak.Walaupun disitu merupakan tempat asal abah namun itulah kali pertama saya mendengar akan kewujudannya.hehe.tak pakar sangat peta negeri kelahiran ni.Balik je umah saya pun memulakan misi untuk mencari malumat berkaitan Sungai Klah Hot Spring ni.Bunyi macam dah menerujakan.Saya sertakan beberapa gambar kawasan percutian ini yang saya perolehi daripada internet.

Secara kesimpulannya,saya amat setuju jika kami sekeluarga merancang untuk ke tempat ini.apa2 pun, kita nantikan keputusan majlis tertinggi keluarga..hehehe..daa..=)











Tinta Buatmu...

03.08.07 merupakan tarikh perkenalan kita sebagai rakan seperjuangan dalam meneruskan usaha untuk menjadi warga pendidik yang sempurna. Hanya senyuman yang menjadi talian pertama kita berhubung. Tiada kata mahupun tawa. Segala lelah penat dilalui bersama rakan-rakan yang lain dalam pasukan pemulihan yang selalu dianggap golongan yang 'istimewa'.

Celoteh ini bukanlah untuk menceritakan tugas-tugas yang kita lakukan tetapi adalah untuk mantan KK yang telah berusaha gigih bagi memastikan setiap perjalanan kelas berjalan lancar. Hamzah bin Abdul Mutalib nama diberi. Seseorang yang bertanggungjawab dalam kelas. Mungkin juga ini disebabkan faktor usianya yang lebih daripada kami semua..hehe. Mungkin dia merasakan bahawa dia perlu bertanggungjawab untuk menjaga 'adik-adiknya' ini. Hari ini 20.11.08, genaplah 21 usia 'abang' kami ini. For him,tingkatkan kematangan demi masa depan yang belum pasti cerah atau mendungnya..

Ya Allah,
kurniakanlah keredhaan,keampunan dan kasih sayangMu kepadanya
berikan kepadanya ketenangan jiwa yang tak putus2
lemparkan ketabahan hati dalam menempuh perjuangan
keseronokan melihat wajahMu dan bertemudenganMu tanpa halangan
limpahkan kepadanya kebahgiaan dan kejayaan
di dunia dan akhirat
AMIIN..

Wednesday, November 19, 2008

Segalanya Bermula

mempunyai blog sendiri adalah impian yang sudah lama saya pendamkan..disaat ini segalanya direalisasikan..saya singkapkan sedikit sebanyak mengenai permulaan minat nak berblogging ni..


~1st blog yang saya lewati adalah blog sis suhana yang merupakan akak kepada salah seorang bakal cikgu pemulihan di IP Perlis.dia juga merupakan isteri dan ibu kepada seorang puteri yang comel dan agak demok badannya.hehe.sejak dari saat tersebut, melewati diamilikku.blogspot.com menjadi agenda utama dalam diari hidup saya..membaca setiap perjalanan hidup kak su membuatkan saya mula tertarik untuk sama-sama berkongsi cerita di alam internet ini.


~2nd blog yang diperkenalkan kepada saya juga merupakan adik beradik classmate saya.SI REBEN MERAH menjadi pengenalan diri kepada Iyra Mutalib.blog ini juga menarik perhatian saya untuk terus mengikuti kisah hidupnya yang penuh dengan warna-warna keceriaan.


~seterusnya blog DUNIA KHAYALAN yang merupakan blog rakan pendidik yang memperkenalkan dirinya sebagai jenglot.agak seram tika mendengar panggilan ini namun setelah 3 semester bersama, ternyata dirinya tak seram langsung.hahaha.kepada jenglot,thanx sebab hang juga telah mempengaruhi aku untuk berblogging bersama-sama warga jenglot.haha.


~dan selepas 3 blog ini, saya mengunjungi hampir kesemua blog yang saya kenal pemiliknya.dan sebelum tinta kehidupan mengalunkan tarinya, saya menjenguk 1 lagi blog iaitu mysabrosa.blogspot.com


~AKHIRNYA, terciptalah destinasidiri.blogspot.com