Ya Allah, ya Qaadialhaajat, ya Rafia’ddarajat,
Tiada sesuatu urusan itu mudah,
Melainkan Engkau jadikannya mudah,
Engkau yang menjadikan
Kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki,
Mudahkanlah urusannya ya Allah.
Ya Allah,
Kurniakannya kefahaman para Nabi,
Hafazan para Rasul,
Dan ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu,
Kurniakannya kesihatan yang baik.
Ya Allah,
Sejahterakanlah tubuh badannya,
Sejahterakanlah pendengarannya,
Sejahterakanlah penglihatannya..Amin.
Esok adik tersayang (gambar tengah) akan be
rtempur dalam dewan peperiksaan.
Target 9A dalam PMR tahun ni.
Kak ana doakan yang terbaik untuk fizan.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang berusaha.
~love you~
3 comments:
insya-Allah...
smpaikan slm z pd die...
Allah akn mbantu hamba-Nya yg berusaha...
*tringat lak mse nk PMR dlu taun 2004...
thanx zack..doa kita pun membantu.
~kenangan dolu2 memang xley dilupakan..huhuhu..indah~
aminn..hope adik dapat jawab elok2 k..
Post a Comment