Saturday, October 31, 2009

I need peace in my life

Semakin hari semakin sesak dengan ragam manusia.
Manusia yang tidak dapat difahami isi hati mereka.
Manusia yang tidak tahu menilai.
Manusia yang tersekat ditakuk yang sama.
Manusia yang tiada pendirian.
Manusia yang sangat lemah membuat keputusan.
Hari-hariku juga terganggu dengan ragam manusia yang tidak puas melihat kebahagiaan insan lain.
Manusia yang mempunyai dua wajah yang berbeza.
Manusia yang terseksa apabila melihat senyuman bahagia.
Manusia yang berdiri dibelakang tembok besar yang dianggap sebagai benteng.
Namun..benteng sebesar mana pun tidak dapat menongkah kebenaran.
Saya perlukan secebis ketenangan.
Hanya secebis yang kupinta.
Saya letih dan sangat letih dengan keadaan ini.
Saya perlukan Dia yang maha memahami.
Saya perlukan mereka yang menyayangiku.
Saya perlukan dia yang sentiasa disisiku.
~berikanku ketenangan itu~

~specially from him~

Sweet 20 for myself.
Entry ini permintaan dari si dia tersayang buat tatapan insan diluat sana.
Saya sayang semua~

::hadiah dari si dia::

::masih dalam kotak::

::zoom lagi::

::pix hadiah with pemakainya::

Thanx a lot my dear..
Peringatan bahawa masa itu emas..
Jangan sia-siakan setiap saat yang berlalu..

I think about the little things that make life great
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling
~i love him~

Friday, October 30, 2009

Beratku turun lagi..hurmm..

(pix ketika bersendirian di tasik IPGM Perlis)

Dilema berat badan berkurangan.
Before ni 50kg..
Turun 48kg (berat ideal untuk saya)..
Turun 45kg..
Then 44kg..
Timbang lagi 43kg..
And latest weight 40kg..(baru timbang pagi semalam)
Sangat2 tidak sihat.
Macam mana nak buat ni........???????
Ada orang kata kalau jadi 30kg lebey saya akan kena dengan dia.
Hurmm..
Saya xdak selera makan sekarang..
Macam mana nak naik balik.
Tolongla saya.............

Thursday, October 29, 2009

K770i..Masalah lagi..hurmm..

Salam buat semua.
Dah lama xbuat entry baru.
Semuanya gara-gara internet plus kerja2 yang sangat banyak.
Minggu exam pun dak dekat sangat neh.
But now saya dibelenggu lagi satu bebanan.
K770i saya meragam lagi..hadoiii..
Before ni problem keypad + lagi button tertanggal.
Bila dah tukar housing, timbul plak masalah lain.
Keypad ofkos la keras + ketat + susah nak taip.
Button untuk sound pun xley tekan.
Hurmm..
Janganla rosak time2 sesak macam ni..

Saturday, October 24, 2009

Ku seru namamu

Be with me as fast as you can please......

Wednesday, October 21, 2009

Percubaan Pertama Picasa

First time edit gambar guna Picasa.
Not bad.
Bley main2 colour pix.

Perjuangan masih belum tamat!!

Masih dalam pencarian...
Dimanakah kau...
Aku ingin kamu...
Muncullah wahai RUMAH SEWA..
Hadooiii..=(

Sunday, October 18, 2009

Sejuta Terima Kasih BuatMu

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih atas kurniaan insan-insan yang terlalu menyayangiku.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besar kasihMu.
Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ya Muhaimin...
Pimpinlah tangan hambaMu ini.
Pimpinlah hati hambaMu ini.
Pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.
~Amin Ya Rabbul Alamin.~

Friday, October 16, 2009

Saya di Taiping

Ketenangan melanda diriku bila menjejakkan kaki di rumah.
Alhamdulillah perjalanan selamat walaupun kenderaan agak banyak sepanjang jalan.
Semua balik beraya kot.
Oopss..no..no..no.
Balik bercuti ya not beraya.
Bangun tidur pagi ni terus dengar suara mama tersayang.
Dia dah siap2 nak pergi pasar.
After mandi n breakfast baru la interview2 nak masak pe rini.
Menu utama adalah ketam.
Woowww!!!
Dah lama tak makan ketam.
Yummiieee.
I love you mama n abah.

~ketam rebus..nyum2~

~udang goreng tepung special(resipi sendiri)~

~sup belut..baik utk kesihatan buat im sorry saya tak suka~

.:.seronoknya makanan kat rumah

Thursday, October 15, 2009

Sireh pulang ke gagang...

Hari ini aku pulang ke rumah terchenta.
Nantikan kepulanganku..hik3.
Poyos je.
Tapi saya sangat merindui rumah n isi dalam rumah.
Especially my molat2 Iman.
Doakan perjalanan kami semua selamat.

gambar hiasan

~mula merindui si dia~

Tuesday, October 13, 2009

Nite di Sungai Kechor

Last nite ada dinner for GERKO semester ni.
Bertempat di MU around 8 pm.
No pix untuk jamuan tue.
After settle jamuan, driver KBX 211 kata nak g kuala perlis.
Jenjalan katanya tetapi macam xberapa nak sempat coz da kul 9 lebey.
So, si driver membuat keputusan untuk kE...
TAMAN REKREASI SUNGAI KECHOR.
Kami seramai 5 orang dengan bangganya bermain seperti zaman kanak-kanak.
Ada dua playground n kami memilih playground yang agak jauh dari screen tv.
Tengah2 main ada la dua ekor lalat jantan yang dari mana tah dok tanya macam2.
Bila kami jalan dia ikut.
Ekeleh..pe kes mamat ni.
Nasib baik ada hero sorang dalam kami 5 orang neh.
Kalo x harus la angkat kaki untuk pulang.
Seram jugak weih~
Layan pix la ekk.

~kanak-kanak ribena..meem n ainon~

~kanak-kanak muka sebek~

~4 happy gurls~

~gurls again~

~us~

::kualiti gambar agak kurang kerana malam::

Sunday, October 11, 2009

MMS = Rindu

My sister MMS gambar ni semalam.
Ouuhh..rindu sama kamu..

Praktis nak solat..good boy =)

Achik ana..chumel x kaki Iman? *saya geyamm*

=>cuti depavali achik ana moi2 Iman okkay<=

SUARASA AIDILFITRI 2009

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 2009 PERINGKAT IPGM PERLIS.
Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dewan Indera Kayangan
Tema : Suarasa Aidilfitri

Majlis ini merupakan kali pertama diadakan di maktab perlis.
Not bad actually.
Tetap meriah dengan lagu-lagu raya.
Memang rasa macam raya pertama plak.
Hehehe.
Antara menu yang ada laksa, soto, mi goreng, dadih, kek coklat+++
Yang sempat saya makan adalah laksa n roti jala je.
Tue pun tak sempat nak habiskan roti jala sebab classmate ajak bergambar.
Ouuchh.macam artis plak kan.hehehe
Gambar2 tak collect lagi.
So saya letak two pix only okkay.
~selamat hari raya semua~

.:. me, ainon n meem .:.

.:. couple of the day.ahaks.:.

==>hari ini saya raya puasa ganti + puasa 6..hehehehe<==

Friday, October 9, 2009

Update diri di Perlis~

Minggu ni agak lapang hidup saya.

Assignment semua dah submit.

Cuma ada UAK math yang baru lepas tapi xnak komen apa2 tentang ujian tue.

Setakat hari ini masih lagi buhsan.

Hari2 dipenuhi dengan main game + muvie + tido yang panjang.

Tiada sebarang aktiviti luar lagi.

Hari rabu lepas je keluar bukak posa with my sabrosa + classmate.

After solat maghrib bersuka ria di playground dulu.

Peraturan playground berkata :
1. Hanya kanak-kanak di bawah 12 tahun yang dibenarkan main.

Tapi semua itu diabaikan~

Planning hari sabtu=>beraya rumah Syameem
Planning hari ahad=>enjoice~

Tuesday, October 6, 2009

Doa untuk adik terchenta~

Ya Allah, ya Qaadialhaajat, ya Rafia’ddarajat,
Tiada sesuatu urusan itu mudah,
Melainkan Engkau jadikannya mudah,
Engkau yang menjadikan
Kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki,
Mudahkanlah urusannya ya Allah.
Ya Allah,
Kurniakannya kefahaman para Nabi,
Hafazan para Rasul,
Dan ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu,
Kurniakannya kesihatan yang baik.
Ya Allah,
Sejahterakanlah tubuh badannya,
Sejahterakanlah pendengarannya,
Sejahterakanlah penglihatannya..Amin.

Esok adik tersayang (gambar tengah) akan be
rtempur dalam dewan peperiksaan.
Target 9A dalam PMR tahun ni.
Kak ana doakan yang terbaik untuk fizan.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang berusaha.
~love you~

Ini rasaku..

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentukan Tuhan
(aiman-cinta terakhir)

Cinta itu..
Menyayangi dan disayangi.
Mengasihi dan dikasihi.
Memerlukan dan diperlukan.
Memahami dan difahami.
Memberi dan diberi.

Jauhkan semua itu..hurmm~

Sunday, October 4, 2009

<3 Aisyah - Iman <3


AISYAH AQILAH
Puteri pertama yang hadir.
Menyinari hidup umie n abah.
Sinar kasih buatmu sayang menceriakan kami semua.
Membesarlah dengan penuh keayuan seorang wanita.
Achik ana sayang aisyah.

AHMAD IMAN BUKHARI
Putera pengikat kasih mama n ayah.
Setiap senyummu membuatku bahagia.
Doaku agar dirimu sentiasa dibawah lindungan.
Teruskan langkahmu sebagai insan teristimewa dihati kami semua.
Sayang buat Imanku.

Kedua2 baby saya ada ciri-ciri yang berbeza.
Aisyah lebih kuat berbanding Iman.
Iman pula lebih mesra dengan senyuman berbanding Aisyah.
Tetapi, dua2 telah menambat hatiku.

Salam sayang buat cintaku..