Mood sekarang dalam perasaan yang bercampur baur lepas baca link ni..
Bila baca cerita adik ni..terlintas dihati saya yang kita sebagai hamba Allah hanya meminjam nyawa daripada Allah..
Bila-bila masa Dia boleh mengambil semula apa yang telah dipinjam..
Sebagai manusia kita hanya perlu bersedia..
Namun persoalan yang wujud dibenak saya..dah bersediakah kita untuk melangkah ke dunia yang kekal abadi itu..
Sudah cukupkah bekalan yang kita akan bawa..
Yakinkah kita untuk menjawab pertanyaan di alam kubur kelak..
Ya Allah..
Kau bimbinglah aku dan saudara-saudara ku untuk sentiasa berada dilandasan-Mu..
Kau berikan kami kesempatan untuk merasai nur hidayah-Mu..
Jauhkanlah kami dari segala yang menyesatkan..
Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami meminta-minta..
Hanya kepada Engkau kami berserah diri..
Amin..
Saidina Abu Bakar pernah berkata semasa Baginda Rasulullah wafat, "Andai kamu mencintai manusia, maka ia akan meninggalkan kamu. Andai kamu mencintai Penciptanya (Allah), Sesungguhnya Allah adalah kekal abadi."
No comments:
Post a Comment