Tuesday, August 31, 2010

Doakan Sarah Waheeda

Semalam saya dapat berita kawan saya eksiden.
Astaghfirullah..
Teruk juga keadaannya.
Saya mohon readers tolong doakan dia.


Pix ni masa dia di kecemasan Hospital Ipoh.
Sekarang masih di ICU.
Khabarnya tak ada patah2..cuma luka2.
Moga dia cepat sembuh.

Monday, August 30, 2010

Dah lama tak nyanyi..rinduuu...

Hari ni saya mula ber SBE di Sek Keb Pengakalan Aur.
As usual hari Isnin ada perhimpunan.
And ofkos ada nyanyi lagu2 wajib.
Salah satu daripadanya adalah lagu Negeri Perak.
owwhhh..rindunya..
Dah lama sangat tak nyanyi lagu ni.
Agak bersemangat saya nyanyi tadi.haha
Apa2 pun..layannn..

Sunday, August 29, 2010

Like father like son..

I've nothing to say..
Let the picture tell you everything..


♥ i love my family ♥

Ahmad Aqil bin Muhammad Zaidan

Salam readers..
Hari ni baru berkesempatan nak tempek gambar baby baru ni.
Baby boy lahir 22 Ogos lepas. 
5 hari lepas tu baru saya dapat jumpa ini budak.
Tu pun sebab saya SBE dekat Taiping.
Kalau x jumpa cuti raya la alamatnya.
Seperti tajuk yang terpampang kat atas tue, my bro pilih a cute name untuk cute baby boy ni.
So, inilah dia putera Abang Dan n Kak Zie.
Adik kepada si kecik Aisyah Aqilah.


Gambar kat bawah ni plak lepas Aqil dicukur oleh Tok Abah.
Trade mark adik beradik ni adalah mulut puyu.
Kalau tak percaya tengok gambar Aisyah dan Aqil kat bawah ni.
Muncung je mulut tu and comel!!

= Ahmad Aqil =

= Aisyah Aqilah =

Hehe..sama kan.
Memang trade mark beradik2 depa kot.haha

~welcome Aqil~

Thursday, August 26, 2010

..detiknya hampir tiba..

Saya update blog dalam kelas EDU 3105..hehe
Lecturer kata semua dah xdak mood nak kuliah.
So dia bagi permission nak buat apa2 pun dalam kelas ni.hahaha
Mood saya macam mana plak???
Ofkos la happy plus excited nak balik rumah.
Dah lama ooo saya tak menjengah rumah terchenta.
Rasa happy nak balik ni dari tidur malam tadi lagi.
Sampai termimpi-mimpi la.
Ish..ish..ish..punyala excited.hehe
Tak nak cakap panjang2.
Bubye.

Oooo balik kampung..oooo balik kampung..oooo balik kampung..
Hati girang..


Wednesday, August 25, 2010

♥ ℒℴvℯ yℴu ♥

..my newborn baby..
..sorry kualiti gambar xelok..
..kamera fon my sis je..
..my sis kata xdan nak hamek kamera ke apa..
..budak tecit ni dah keluar..
..its ok sis..
..esok insyaAllah achik ana dah balik..
..bolehla tengok puas2 budak neh..
..segeram-geram saya dengan budak baru keluar ni, geram lagi saya dengan Si Kecik Aisyah n Iman..
..ooo..dah teror ekk sekarang..
,,dah pandai jelajah satu rumah..
..da pandai pakat2 main berdua..
..ish..bikin achik xtenteram taw stay kat perlis..
..rasa macam nak bina maktab perlis dekat taiping je..
..hahahahaha..
..ok la..
..xnak berleter panjang2 sebab ada lagi keja nak kena settle before balik esok..
..see you tomorrow cayangku..

~dah 15 hari berpuasa..cepatnya masa berlalu~

Monday, August 23, 2010

Sikit je saya makan...

Baru settle berbuka puasa..
Saya heran sangat kenapa saya makan sikit sangat sekarang ni.
Menu berbuka tadi kotiow sup soto..
Baru 2 3 suap saya dah full..
Hurmm..
Kenapa ye..

WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY

WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY by
http://wardahwardrobe.blogspot.com


Saya follow blog ini dengan nama Tinta
Slogan saya untuk giveaway ini :
saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana kecantikan seorang muslimah terserlah dengannya.

Saya nak tag :
1. Miss Chenta
2. Miss Zara
3. Miss Coklat

:: the end ::

moment with newborn baby contest

Contest by Alyyani Anuar.


Rasa nak join contest ni sebab dalam mood dapat anak buah baru..hehe
Jadi saya pertaruhkan ketiga-tiga gambar anak buah saya.
Latest anak buah xdak gambar lagi jadi xley nak hantar pix dia.hehe
Kalau nak anak sendiri memang teman xada la ye Puan juri..hehehehehe

GAMBAR 1


Nama : Aisyah Aqilah binti Muhammad Zaidan
Tarikh Lahir : 25 januari 2009
Berat : 2.5 kg
Umur semasa gambar diambil : 2 hari (26 Januari 2009)
Nama ibu saudara : Nurul Farhana binti Abdul Manaf
Email ibu saudara : nurul6054@yahoo.com.my
Detik gambar diambil : Tahap keterujaan saya maksimum time neh sebab first time dapat anak buah. Sampaikan budak ni dah kena bedung pun saya bukak then bedung balik.hehehe.Tu yang semangat je snap gambar ni. I heart you princess~

GAMBAR 2


Nama : Ahmad Iman Bukhari bin Mohd Khairul Amin
Tarikh Lahir : 4 Jun 2009
Berat :  3.1kg
Umur semasa gambar diambil : 4 jam 50 minit
Nama ibu saudara : Nurul Farhana binti Abdul Manaf
Email ibu saudara : nurul6054@yahoo.com.my
Detik gambar diambil : Masa gambar diambil, si kecik Iman tengah diserbu oleh ahli keluarga. Iman n Mama Iman masih lagi warded time ni. Iman macam sedap je dalam pelukan mamanya..mungkin dia masih rasa seperti berada dalam perut mama tapi sebenarnya Iman dah pun menjenguk dunia beberapa jam yang lepas. Iman sangat comel masa ni. Geyamm!!

GAMBAR 3


Nama : Muhammad Muaz bin Muhammad Zaidun
Tarikh Lahir : 03 November 2009
Umur semasa gambar diambil : 40 minit
Nama ibu saudara : Nurul Farhana binti Abdul Manaf
Email ibu saudara : nurul6054@yahoo.com.my
Detik gambar diambil : Gambar ni saya ambil from my bro. Saya tiada ditempat kejadian. Harap maklum. Tapi saya sayu je tengok gambar ni. Seolah-olah anak saya ni letih bertarung untuk menjenguk dunia. Achik Ana doakan kesejahteraan hidup Muaz ye sayang. Love you~

;;maaf ye puan juri..saya semangat neh..habis saya letak semua anak2 buah.hehehe..

::the end::

22.08.10 I New Baby Boy

Salam ramadhan buat semua..
Dah lama sangat tak update blog ni.
Sibuknya saya ni mengalahkan menteri.
So hari ni saya ambil kesempatan update jugak kesayangan saya ni.
Sebab utama saya nak update adalah kerana lahirnya anak buah saya yang ke-4.
Baby boy yang putih gebu (menurut Mama Iman) ni lahir around jam 2 petang semalam.
Tapi saya masih tak tengok sekeping gambar pun.
So I letak gambar Mr Google jela ekk.hehe


To my new baby boy,
You bring us happiness in Ramadhan and becoming Syawal.
Achik ana can't wait to give you big hug and thousands of kisses..
Wait for me this thursday.

To Abang Dan & Kak Zie,
Congratulation on your new baby.
May Allah bless your future undertaking.

p/s : saya akan pulang Khamis ni..menjalani PBS 4 hari then sambung cuti raya..yippie!!

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu ya Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan lagi..
Moga aku memperoleh sejuta rahmat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
Ya Allah..berikan aku kesempatan untuk bertaubat..
Berikan aku ruang untuk menikmati nikmat agama-Mu..
Sinarkan aku dengan cahaya Islam..
Salurkan kekuatan ke dalam tubuhku untuk menjalani ibadat kepada-Mu..
Amin..


..insyaAllah weekend ni pulang ke Taiping..
..dapatla jumpa budak botak ni..
..rindu sangat dengan keluarga di taiping..
..tunggu ana ye..
.. =) ..

Saturday, August 7, 2010

Sabar ye hati..

Berkata-kata memang mudah..
Jadi saya dah xnak berkata-kata..
Saya memilih jalan untuk diam..
Diam bukan tanda kalah..
Tapi diam untuk memberi ruang..
Diam untuk memberikan waktu buat hati menjadi tenang..
Diam itu indah sebenarnya..

..sabarlah wahai hati..
..kadang-kadang insan lain xdapat memahami apa yang kita rasa..
..hati insan lain xsama dengan hati kita..
..perkataan insan lain xsesuai dengan perkataan kita..
..jangan sedih hatiku..
..kita tahu apa yang kita lakukan..
..kita buat bukan kerana em
..kita berfikir bukan dengan nafsu dan emosi..
..kita meminta bantuan-Nya..
..hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik..
..sabarlah hatiku..

Kata seorang pendeta..
Apologizing doesn't mean that you are wrong and the other is right, it means that you value your relationship more than your ego..
Tapi insan lain xfaham erti maaf itu..
Hurmm..
Terima kasih sahabat atas segalanya..

Kau sahabat kau teman...

Saya mulakan karangan saya kalimah indah menenangkan jiwa..
Hari ini bukan saya nak sampaikan ceramah agama tapi sekadar meluahkan apa yang dirasa oleh seorang perempuan kerdil.
Saya dah mengecewakan beberapa orang yang bergelar teman..
Apa kisahnya biarlah menjadi rahsia..
Jauh disudut hati memang sukar nak buat keputusan ini..
Ketahuilah wahai sahabat..ana tak sekejam itu..
Rambut sama hitam hati lain2..
Dan kerana pepatah itu ana berfikir entah untuk ke berapa kali..
Ana dah penat untuk berfikir sehinggalah keputusan termeterai malam tadi..
Keputusan ini bukan kerana membenci ye sahabatku..
Ana tak membenci kalian tapi keselesaan kita ana utamakan..
Seribu kemaafan ana pohon dari sahabat2 semua..
Demi hubungan yang bernama kawan..ana takkan tinggalkan kalian begitu saja..
Kesusahan yang kalian rasa dulu..ana juga merasai..
Jika kalian letih..ana juga letih..
Ana tak mahu kerana perkara ini kita renggang..
Sekali lagi seribu kemafaan dipohon..
Moga Allah memberkati urusan kita..
Amin..

Friday, August 6, 2010

Terima kasih mak & ayah =)

Saya baru je pulang dari Program BIG.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
Cuma ada masalah masa nak balik tadi.
Apa2 pun thanx to Mak n Ayah yang sudi hantar kami balik maktab tadi.
Pakcik Indrus n Makcik Rosni xbagi okkay kami panggil pakcik n makcik.
Panggil mak n ayah..hehe
Xpasal2 ada parents lagi.
Cakap2 pasal parents ni..saya rindu sangat dengan Mama n Abah..
Lama xbalik rumah..
Hmmm..
Okkay la..
Back to the topic..
Mak n ayah beri layanan yang cukup baik.
Kalau bab makan memang xyah cakap laa...
Bila jamu makan je, mesti nak suruh kami perabih semua yang ada.
Tapi i'm sorry..
Saya xmakan banyak..
Makan sket dah penuh perut.
Tapi yang herannya..lunch tengahari tadi saya sangat berselera..
Makan nasi lauk ketam masak lemak..
Perghhh..memang menjilat jari ahh.
Keperluan asas kami pun dijaga dengan baik..
Satu bilik dok 2 orang..
Saya bersama Reen..dan Suhaila bersama Aisyah.
Rumah saya 4 orang ye.
Macam2 yang saya dapat sepanjang 3 hari kat sana.
And lagi skali saya dapat pengalaman menjadi pengacar majlis.

Ok..that's all for today..
Letih yang teramat sangat..
Daa..

Wednesday, August 4, 2010

BIG Fasa IV

Seperti semester2 lepas..
Kami kena menjalani Program Bina Insan Guru.
Untuk BIG Fasa 4, kami perlu menjalani Program Anak Angkat yang telah dirancang akan dijalankan di Felda Mata Air, Perlis.
Insya-Allah kami akan bertolak jam 3 petang ni..
Doakan perjalanan kami selamat dan moga program ini dirahmati-Nya.
Tentatif untuk petang nanti adalah Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada keluarga angkat.
Peserta-peserta program masih tak tahu adik beradik angkat dia sebabnya mak n ayah angkat sendiri yang akan cabut undi untuk memilih anak masing2.
So, petang ni baru tahu saya akan partner dengan sape.
Yang pastinya..saudara angkat saya adalah seorang perempuan..hehe
Ok la..nak kena g amek beg dekat mr sabrosa..
Sejak beg galas saya hilang ni..dok kira pinjam beg galas orang jela..huhuhu
Silent for a few days.
~Take care readers~


bila Dia menjemput kita....

Mood sekarang dalam perasaan yang bercampur baur lepas baca link ni..

Bila baca cerita adik ni..terlintas dihati saya yang kita sebagai hamba Allah hanya meminjam nyawa daripada Allah..
Bila-bila masa Dia boleh mengambil semula apa yang telah dipinjam..
Sebagai manusia kita hanya perlu bersedia..
Namun persoalan yang wujud dibenak saya..dah bersediakah kita untuk melangkah ke dunia yang kekal abadi itu..
Sudah cukupkah bekalan yang kita akan bawa..
Yakinkah kita untuk menjawab pertanyaan di alam kubur kelak..

Ya Allah..
Kau bimbinglah aku dan saudara-saudara ku untuk sentiasa berada dilandasan-Mu..
Kau berikan kami kesempatan untuk merasai nur hidayah-Mu..
Jauhkanlah kami dari segala yang menyesatkan..
Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami meminta-minta..
Hanya kepada Engkau kami berserah diri..
Amin..

Saidina Abu Bakar pernah berkata semasa Baginda Rasulullah wafat, "Andai kamu mencintai manusia, maka ia akan meninggalkan kamu. Andai kamu mencintai Penciptanya (Allah), Sesungguhnya Allah adalah kekal abadi." 

Tuesday, August 3, 2010

Best ke cloth pad ni?

Hari ni nak sembang hal kewanitaan sket.
Saya terus terpikirkan tentang cloth pad ni bila baca ni blog MAMA IMAN
Ada sape2 tahu or pernah try cloth pad????
I am wondering tentang cloth pad ni.
Kepada sesiapa yang tak tahu, cloth pad ni adalah tuala wanita yang boleh diguna semula.
Kira macam cloth diapers baby tue.
Dah pakai boleh basuh and pakai semula.
Contoh cloth pad macam pix kat bawah ni.


Kalau kira2 perbelanjaan memang jimat la sebab dia boleh basuh tapi ada jugak keraguannya.
Ish..ada sape2 yang tahu more information tentang cloth pad ni x?

..pad herba saya dah try and memang best..cloth pad ni macam nak try je..