Wednesday, June 26, 2013

It's not easy okay..

Masih dalam mood meng'settle'kan urusan untuk ke Sarawak. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yesss..ayat tu memang makan dalammm..

Lepas tahu result posting, tiap-tiap hari WAJIB keluar ke sana ke sini. Yela kan..minggu depan dah nak terbang. Bukan hujung minggu tapi hari Isnin!!! Masa memang sangat mencemburui saya sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah malam. Lepas tu tidur, bangun pagi esok ada lagi benda tak settle.

Semalam pergi Pejabat Imigresen untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad atau orang panggil passport biru. Nasib baik pegawai semua ramah tamah dan murah dengan senyuman. Lepas sejam, saya pun dapatla memegang DPT pertama dalam hidup. (sungguh ku tak sangka rezekiku sejauh ini..haha)

Hari ni pulak pergi cari barang keperluan untuk bawak ke sana. Semua beli yang kecik-kecik je. Nak terbang kan..so tak boleh besar-besar. Nanti berat..hehehe 
(sangat anxiety sebab 1st time naik flight..hahahaha)

Ingatkan dah settle la semua urusan. Sekali petang tadi dapat surat yang kena faks balik ke KPM. Oh my........ Maknanya, esok kena keluar lagi!!! Ok la..jumpa lagi lain kali. Kalau rajin ada la update lagi. Kalau tak rajin, update LIVE FROM SARAWAK laaa jawabnya.hehehe

See ya!!
:)

2 comments:

*SiRibenMerah said...

bawak yang simple dulu.. nnt g sana baru tgk situasi keperluan apa.. mostly kalo dpt town area takde masalah..
tapi kalo dpt yg jauh2 tuh.. kat sarawak kena beli siap2 la sblum pegi that area..
i wish you all the best.. nak baca cerita cikgu dari sarawak nnt.
ouh ye.. sila mkn roti gardenia puas2.. kat sana tak ada ye.

Tinta Ana said...

haha..serius xdak gardenia? adoii..xpe2..pengalaman semua tu.