Wednesday, June 5, 2013

Jalan-jalan Melaka : 26 & 27 Mei 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan lafaz yang sungguh mulia saya mulakan celoteh saya. Cuti sekolah kali ni dimulakan dengan perjalanan ke selatan. Tak berapa selatan la. Melaka.hehe. Tujuan asalnya adalah untuk ke hari konvokesyen saya di PICC, Putrajaya. Oleh sebab konvo hari selasa, makanya marilah kita berjimba-jimba dengan keluarga dulu. Hari sabtu 25 Mei 2013 saya dah gerak dulu naik bas ke Shah Alam. Stay rumah classmate satu malam sebab pagi ahad ada raptai di PICC. 

Pagi ahad family bertolak dari Taiping dan singgah di PICC ambil saya yang baru je settle raptai + pendaftaran konvo + ambil jubah konvo. Lepas tu terus gerak ke Melaka. Sampai rumah Abang Dan lebih kurang jam 5.30 petang. Abang Dan terus suggest pergi makan seafood di Sungai Udang. Kiranya tempat wajib pergi la kalau family saya datang melaka.

26 Mei 2013
Antara makanan yang diorder. Udang butter garlic (super sedap), sotong goreng tepung. Yang lain, ikan bakar, ikan bakar pedas, ketam masak apa tah (lupa sudah), otak-otak. Memang kenyanggggg :)

Mama, Abah, Kak Zie (wife Abang Dan).
Ni baru peringkat permulaan nak menyerang makanan. Perut pun memang tengah lapar.hehehe

Dah settle makan budak-budak dah lost control.hahaha. Ni Tok Abah tengah cuba melayan cucu-cucu sehabis baik. I yang dekat belakang tu senget2 mengejar budak-budak ni.hadoii..mana tak kurus Mak Cik uolsss ni.

Dah hampir selesai. Family kakak bertolak dari Taiping lewat sikit. Sampai-sampai je terus ngapp.

Suasana dalam kereta bila mana mood budak-budak semua di tahap gembira. Haa..bermesra-mesraan korang eh dalam kereta Tok Abah ni. 

Tok Abah & Tok Mama bersama cucu-cucu. Cucu lagi sorang demam. Tengah lena dalam kereta. Waktu ni kami singgah solat di Masjid Kampung Mortan. Kampung ni pun antara tempat wajib lalu family saya.hehe. Sebabnya cantik kampung ni dengan lampu-lampu yang banyak dan menarik. Lagi satu lokasinya mengadap sungai laluan Melaka Cruise. Boleh tengok bot sambil duduk2 ni.

Adik tuan tanah yang berposing depan salah sebuah rumah di Kampung Mortan ni. Meriah kan rumah diorang? Rumah kita macam mana?hehe :) Perjalanan diteruskan pada hari esok.

27 Mei 2013
Settle brekfes, Abang Dan n Kak zie pun dah g keje kami pun bergerak ke lokasi pertama. Lokasi yang dah lama tengok tapi tak naik2.hehe

Tengah tunggu turn nak naik. Masa ni tak dak orang pun. Lepas kami duduk je terus berderet orang datang. Lega tak payah q panjang2. 

Dalam Muzium Kapal. Budak berdua kecik tu berkepit je dengan orang sebabnya takut dengan patung-patung dalam muzium ni.haiyaaaa

Mama Abah di bahagian atas kapal.

Iman orang paling eksited bila masuk muzium TLDM. Ada macam-macam kenderaan dan alatan-alatan tentera laut. Jangan kata budak ni, Makcik dia pun over you.haha. Disini, beli 1 tiket, masuk 3 muzium.haa..gitu kekdahnya. Makanya marilah kita memenuhi dada dengan ilmu sejarah ye ;)

Tuan tanah dengan budak gemok atas kapal tentera laut. Eksited okkay.
(makcik dia yang eksited)

Lepas dah habis muzium, kami jalan kaki ke Dataran Pahlawan. Ofkos la nak shoping-shoping. Sebelum sampai tu jumpa keretapi ni. Naik terusss.haha

Settle shoping singgah Masjis Selat. Cantik masjidnya. Tepi laut. Lepas tu terus ke kapal selam. Dulu tak boleh masuk kapal selam ni. setakat tengok badan dan montot kapal je. Baru je dia bukak untuk pengunjung. Terus tak lepaskan peluang untuk masuk. Sempit benor kapal selam ni rupanya. Penuh dengan enjin-enjin. Ada la dia tunjuk bilik krew, dapur, bilik mesyuarat. Semua saiz kecik sebab kapal selam kan lonjong je. Mana nak ada kawasan yang luas. Pengalaman baru sebab dapat masuk kapal selam. hehe :)

Settle kapal selam kami terus zass balik rumah Abang Dan untuk mandi-mandi dan ambil barang-barang. Dalam jam 6 lebih kami bertolak ke Bangi sebab dah booking hotel di Bandar Baru Bangi. Kena stay area Putrajaya sebab konvo tuan tanah sidang pagi. 7.30 dah kena lapor diri.hehe. Cerita konvo dalam next entry okay.

Love, Ana.
:)

No comments: