...sambungan perjuangan kami...
Bangun solat subuh saya n ifa (housemate) duduk atas kerusi mengadap luar.
Air makin naik..hurmm..
Sayu je saya tengok keadaan di luar.
Memang besar ujian yang Allah turunkan kepada kami.
Around jam 10 kami bersiap pakai baju yg dah basah semalam.
Siap2 nak g tengok rumah n cari bekalan makanan kat pekan.
Dengan bacaan bismillah kami turun dalam air yang dah paras pinggang.
Dalam hati memang berserah jela apa yg ada dalam air tu.
Risau jugak kalau ada ular or anything else yg berbahaya tapi kami kena terus survive.
Boleh je kalau kami nak stay dekat rumah tok tapi kesian kami tengok dia.
Nak uruskan barang2 dia lagi, makan minum kami lagi.
Air dalam rumah memang dah naik tinggi.
Ada satu meja yang terendam dalam air and jadi melengkung!!
Ya Allah..tak pernah la saya tengok meja melengkung sampai macam tu sekali.
Kami ambil makanan yang ada n terus keluar.
Takut jugak sebenarnya duduk dalam rumah lama2.
Mana tahu kan dalam air yang keruh tu ada apa.
Then kami terus ke pekan jalan kaki.
Sampai simpang rumah ada trak imigresen (yg bawak PATI).
Kami tumpang trak tu sampai pekan then sambung jalan kaki.
Memang xdak la kedai yang bukak.
Jalan punya jalan ada makcik ni jual nasi.
Alhamdulillah..tapi nasi goreng yang harganya RM3.
Hurmm..ambil kesempatan la kan..
Dah semua kedai tutup n orang semua lapar..
Xpela..ni je rezeki yg ada.
Kami beli jugak la.
Jalan-jalan lagi n ada kedai roti bukak.
Kami beli sket2 bekalan roti then gerak balik.
On the way ada jentolak.
Kami naik jentolak sampai simpang rumah.
Jalan balik rumah tok untuk ambil barang2.
Kami decide nak stay hostel maktab.
Dah siap2 semua lagi sekali kami kena redah air paras perut dengan barang2 yang berat.
Alhamdulillah..tok cha' teman kami dengan sebatang buluh sampai ke balai bomba.
Dengan menaiki trak bomba, kami selamat sampai ke hostel maktab.
Alhamdulillah..selamat semuanya.
Sekarang kami semua stay di hostel n just dengar berita je pasal keadaan air.
Memang dah tak larat nak redah or main air.
Badan sangat2 tak larat.
Otak pun rasa lembap je..hmm
Selasa, rabu n khamis depan exam plak.
Saya tak tahu macam mana nak study dengan apa benda pun xdak.
Walau apa pun..saya bersyukur kerana Allah bagi ujian ni.
Dia ingatkan saya tentang kesusahan orang lain.
Dan Dia juga eratkan hubungan saya dan housemate.
Syukur Ya Allah.
...saya rasakan perjuangan ini terlalu lama tapi dua hari je...
No comments:
Post a Comment