Selasa, 2 November lalu adalah 1st paper untuk final exam semester ni.
And hari kami (saya+housemate) bermula dengan ujian banjir.
Around jam 7.45am kami dah siap2 nak tengok keadaan jalan.
Boleh ke tidak nak g maktab ni?
Tengok air depan rumah macam dah tak lepas keta.
Hurmm..xpe2..jalan dulu.
Kami berlima pun jalan redah air (dengan baju yg nak g exam) sampai balai bomba.
Syukur sangat rumah dekat dengan balai bomba.
Sampai di balai, kami tanya sorang pegawai untuk hantar ke maktab.
Then pegawai tu kata bomba tak ramai ahli..semua g rescue.
Hurmm..agak kecewa di sini.
Then mai sorang lagi pegawai (husband our lecturer) kata jom la dia hantar.
Dia kesian kat kami sebab kami exam.
Alhamdulillah..tq encik bomba.
:: kenderaan kami ke dewan exam ::
Lepas habis exam, kami tengok2 keadaan around maktab.
Air naik jugak..
Lepas settle makan, kami fikir macam mana nak balik.
At last kami decide nak jalan je balik rumah.
Kalau naik kereta dalam 10 minit, kalau jalan kaki??
Lu pikir la sendiri..
Kami jalan sampai depan gate maktab tengok air da penuh.
Kami jalan je dengan penuh redha dalam air tu.
Air takat betis je time tu.
Jalan separuh jalan then kami dah penat.
Ada plak lori kecik lalu then apa lagi.
Kami nak tumpang sampai round about tapi lori tu mati tengah2 air dalam.
Untuk membalas jasa depa bagi kami naik lori, kami tolong tolak lori tu sampai round about.
Start dari situ kami jalan.
Air memang penuh ahh sepanjang jalan.
Air takat peha jugak la.
Macam2 perangai manusia yg kami jumpa tengah jalan ni.
Hurmm..macam2.
:: lori yg kami tumpang ::
Dah sampai rumah, air betul2 depan pintu.
Alhamdulillah air tak masuk lagi.
Kami cepat2 kemas semua barang sebab berita gtaw air empang nak bukak lagi sekali jam 4 petang.
Lagi sekali kami bersyukur kerana punya jiran2 yg sangat prihatin.
Jiran2 bagi kami guna meja+kerusi yg ada kat dewan taman.
Rumah kami mana ada perabot2 nak tampung tilam pe semua..uhuhu
Kami start berkemas jam 2pm and air mula masuk rumah around 3 lebih.
Memang cepat sangat pergerakan air.
Bila dah start masuk air kami dah panik.
Aduhh..kalut plus takut.
Bila dah siap kemas air dah takat lutut.
Dugaan...
Kami lepak2 dengan jiran.
Kami amek kerusi n duduk dalam air.hehehe
Syiiokk oo..
Plus ada budak2 yg bersuka ria main air.
Then kami decide nak g kangar cari bekalan makanan.
Tengok2 semua kedai tutup.
Ya Allah..macam mana ni.
Memang lapar gila2 dah ni.
Then ada satu kedai runcit cina bukak.
Kami beli jela apa yg patut then balik.
Bila balik hari dah nak gelap.
JKK suruh keluar cepat2 takut hari gelap.bahaya.
At last kami diminta stay di rumah tok (kakak tuan rumah kami).
Tok n tok cha' sangat baik.
Depa bagi kami tempat tidur n hari kami berakhir dengan tenang.
....perjuangan bersambung...
No comments:
Post a Comment