Showing posts with label World Of Friends. Show all posts
Showing posts with label World Of Friends. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Review Disember 2013

Entry ni dah berhabuk dalam draft gara-gara blogger tak boleh bukak sebulan!! Tensi...

Nak buat entry satu-satu tentang aktiviti sepanjang cuti sekolah lepas kahwin hari tu, memang tak sempat.huhu. Masa terlalu mencemburui. Lagi satu line internet dekat sekolah sangat slow. Nak pulak baru bawak laptop baru. Lambat sikit la dia nak biasa dengan wifi sekolah. Kalau laptop lama memang laju kalau bukak blog. 

Macam biasa la kan, pendahuluan selalunya keluar tajuk.hahaha. Ok, back to the topic. Ana akan review aktiviti sepanjang cuti bulan Disember lepas. Jadual kami suami isteri memang padat. Rasa macam tak sempat rehat langsung.huhu. Jom tengok aktivit kami.

1. Honeymoon @ Koh Samui, Thailand

 Alhamdulillah. Diberi sedikit rezeki untuk kami berdua jalan-jalan tengok tempat orang. Koh Samui adalah sebuah pulau yang sangat cantik. Untuk ke sana kena naik feri selama 1 jam 45 minit. Sangat berpuas hati dengan trip ni. Tempat jalan, hotel, makanan semua okay. Ada rezeki boleh jalan-jalan negara lain pulak :)

2. Tonton bola sepak

 Saya bukan peminat bola sepak atau mana-mana jenis sukan. Tapi sebab encik husband ajak tengk, layan ajer. Lepas balik dari Koh Samui, kami tidur Alor Star dulu sebelum balik Taiping. Malam sebelum balik Taiping sempat lagi g tengok bola. Pengalaman tengok bola, ermm..ok2 je. Sambil tengok bola, sambil on9 facebook, sambil whatsapp.hehehehe

3. Jalan-jalan Mydin Ipoh

 Yang ni pun masuk list.haha. Boleh jugak. Elok sampai dari kedah, terus mama ajak pergi Ipoh. Nak hantar mesin sulam servis. Dan terus jalan-jalan Mydin. Kalau masuk Mydin, tak sah kalau tak membeli.hahaha. Dapatla 1 raga. Mama happy, kami pun happy :)

4. Jalan-jalan Teluk Intan

 Ni adalah unplanned trip. Lepas kenduri menyambut cousin, Abah dapat kol Pak Teh (adik abah) masuk hospital Teluk Intan. Terus kami zass ke Teluk Intan. Keadaan Pak Teh stabil cuma kaki dia bengkak sebab kencing manis. 

Lepas gerak dari hospital, Abah bawak pusing-pusing Teluk Intan sebab ada orang tu 1st time datang Teluk Intan. Laki den la tu..hihi. Lepas pusing-pusing, acara wajib datang sini la. Makan mi jawa. Tengah dok tulis ni pun teringat2 rasa dia.hee :)

5. Honeymoon Taiping

Dekat tempat sendiri pun nak honeymoon?? Ponn bolehh :)
Mama hadiah percutian (cewahh) 1 malam di Hotel Taiping Perdana. Mama dapat baucer ni percuma sebab masuk saham hotel ni. So dapat la kami merasa tido hotel yang superb ni. Lepas check in, petang tu kami keluar jalan-jalan Taman Tasik. Main kayuh itik. Dah berkurun tak main benda alah ni.hehe. Malam pulak kami bersteamboat dengan family. Steamboat dekat hotel ni jugak. Harga berpatutan la. Standard harga steamboat.hehe. Esok tu check out then terus shot ke rumah member hubby.

6. Honeymoon Cameron Highlands

Kemain banyak ko honeymoon ye.hahahaha. Cameron adalah tempat wajib dilawati setiap tahun bagi keluarga saya. Dan bila ada ahli baru dalam keluarga, Mama Abah harus bawak mai jalan sini. Walaupun dah selalu jalan-jalan Cameron tapi perasaan eksited tu tetap ada. Tambah-tambah ada husband pulak kan.kikikiki. Tak banyak sangat tempat-tempat yang kami pergi. 
MARDI, Teh Boh, Kampung Setia (makan eskrem strawberi) dan pasar malam Brinchang. Ada rezeki kita pergi lagi.

7. Wedding tour

Hujung tahun lepas pesta kenduri kahwin. Termasuklah diri I ni. So sebelum kahwin memang tak sempat nak pergi mana-mana. Lepas dah settle majlis dua-dua belah barulah kami buat list kenduri mana boleh pergi, kenduri mana tak boleh pergi. Ni sebahagian daripada kenduri yang kami attend. Kepada yang kami tak pergi tu, minta maaf bayak2 noo.

Status baru 2014 : Married
~Syukur Alhamdulillah~

Thursday, March 21, 2013

Cerita SPM

Hari ni result SPM bagi batch SPM 2012 diumumkan. Tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya mengharungi salam satu benda wajib di negara kita. Berjaya atau tidak adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Mengimbau kenangan mengambil keputusan SPM ni buat saya tersenyum sendiri. Mana tak nya.. Hari tersebut dah bertahun-tahun berlalu. 

Selepas SPM tamat, saya tak apply mana-mana kerja sambilan. Sebabnya nama saya memang bertuah kerana terpilih menyertai program khidmat negara atau lebih dikenali sebagai PLKN. Perasaan waktu nak menyertai PLKN adalah sangat tak best. Saya memang seorang yang tidak aktif kalau masuk bab aktiviti luar yang mencabar ni. Walau apa pun, saya berjaya menghabiskan masa di Kem PLKN Chenderiang, Tapah selama 2 bulan 11 hari. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 2 **

:: 12 Mac 2007 ::
Dengan muka yang hitam legam (kesan PLKN), saya pun bersiap-siap untuk ke sekolah tercinta, Sek Men Keb Doktor Burhanuddin. 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah ni. Jatuh bangun saya sebagai seorang remaja yang sedang membesar. Tempat saya jadi budak skema, jadi budak nakal. Pernah kena rotan sebab tak pergi Subuh berjemaah. Sebuah sekolah yang saya tak kan pernah lupa. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 3 **

Sampai je di sekolah, dah ramai rakan-rakan lain dan guru-guru dah berkumpul di kantin sekolah. Ada yang dah dapat result. Dalam hati ni Allah je tahu betapa berdebarnya rasa. Saya tak kisah sangat keputusan macam mana tapi saya kesian kalau keputusan ni mengecewakan Mama Abah. Waktu ambil result saya ditemani oleh kedua2 insan tersayang ni. Apa yang lawaknya bila tiba di sekolah, saya lihat sapa2 yang terlibat dengan PLKN semua muka rentung dan yang lelaki rambut botak.haha.. Jadi saya takla sedih sangat muka saya rentung.hahaha. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 4**

Lepas dapat je result SPM, saya pun jumpa cikgu2. Ucap terima kasih. Besar pengorbanan seorang guru. Sekarang saya juga seorang guru. Saya tahu seorang guru hanya ingin lihat kejayaan anak muridnya. Itulah hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru. Tapi saya tak dapat beri hadiah itu kepada guru-guru saya. Keputusan SPM saya tak la berderet A nyaa. Cukupla sebagai bekalan itu berjuang ke medan seterusnya. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 5**

Buat adik-adik, SPM hanya permulaan dalam perjalanan hidup ini. Perjuangan perlu diteruskan walau apa juga keputusan yang diperoleh. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang paling penting adalah usaha.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.
:)

Saturday, October 2, 2010

~senyuman masih bersama kami~

Kami masih dapat mengukir senyuman bersama.
To all Pemulihan, i love you all.
Thanx for every moment that you gave.

:: Kami di Jamuan Jabatan Bimbingan & Kaunseling ::

:: Puteri-puteri Puan Jesma ::

:: Gurls with bonda ::

:: saya suka gambar ni sebab.......hehe ::

And last but not least..
-
-
-
-
-
-
-

:: me and my love ::

...Jamuan Aidilfitri yang meriah...

Saturday, August 7, 2010

Sabar ye hati..

Berkata-kata memang mudah..
Jadi saya dah xnak berkata-kata..
Saya memilih jalan untuk diam..
Diam bukan tanda kalah..
Tapi diam untuk memberi ruang..
Diam untuk memberikan waktu buat hati menjadi tenang..
Diam itu indah sebenarnya..

..sabarlah wahai hati..
..kadang-kadang insan lain xdapat memahami apa yang kita rasa..
..hati insan lain xsama dengan hati kita..
..perkataan insan lain xsesuai dengan perkataan kita..
..jangan sedih hatiku..
..kita tahu apa yang kita lakukan..
..kita buat bukan kerana em
..kita berfikir bukan dengan nafsu dan emosi..
..kita meminta bantuan-Nya..
..hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik..
..sabarlah hatiku..

Kata seorang pendeta..
Apologizing doesn't mean that you are wrong and the other is right, it means that you value your relationship more than your ego..
Tapi insan lain xfaham erti maaf itu..
Hurmm..
Terima kasih sahabat atas segalanya..

Kau sahabat kau teman...

Saya mulakan karangan saya kalimah indah menenangkan jiwa..
Hari ini bukan saya nak sampaikan ceramah agama tapi sekadar meluahkan apa yang dirasa oleh seorang perempuan kerdil.
Saya dah mengecewakan beberapa orang yang bergelar teman..
Apa kisahnya biarlah menjadi rahsia..
Jauh disudut hati memang sukar nak buat keputusan ini..
Ketahuilah wahai sahabat..ana tak sekejam itu..
Rambut sama hitam hati lain2..
Dan kerana pepatah itu ana berfikir entah untuk ke berapa kali..
Ana dah penat untuk berfikir sehinggalah keputusan termeterai malam tadi..
Keputusan ini bukan kerana membenci ye sahabatku..
Ana tak membenci kalian tapi keselesaan kita ana utamakan..
Seribu kemaafan ana pohon dari sahabat2 semua..
Demi hubungan yang bernama kawan..ana takkan tinggalkan kalian begitu saja..
Kesusahan yang kalian rasa dulu..ana juga merasai..
Jika kalian letih..ana juga letih..
Ana tak mahu kerana perkara ini kita renggang..
Sekali lagi seribu kemafaan dipohon..
Moga Allah memberkati urusan kita..
Amin..

Saturday, July 31, 2010

Mereka muncul kembali..

Salam hujung minggu buat semua..
Hari ini on lappy then macam besa check dashboard tinta kehidupan.
Ada dua tiga update yang saya tengok.
Then on fb, check request.
Ada 23 friends request.
Tak teruja sangat bilangan orang yang request tu ramai sebab saya memang jarang on9 fb.
Alang2 line laju ni, saya terus bukak friends list tue.
Tengok2 semua member2 PLKN dulu.
Waaa..bahagia rasa hati.
Terus kenangan selama dua bulan 11 hari di Kem Sentosa, Chenderiang Perak menjelma kembali.

Gambar di atas saya bersama one of my best fren kat kem..Khalidah Azman.
Time ni kami on the way balik kem dari Lapang Sasar Ipoh.
Baru balik menembak la ni.
Pengalaman yang orang biasa memang xdak.
Setiap pelatih PLKN akan dapat 30 biji butir peluru hidup.
Sampai bengkak la bahu saya dok menembak ni.

Gambar ni pulak saya bersama pasukan Delta.
Pasukan kebanggaan saya walaupun pasukan kami dilabel sebagai pasukan yang banyak masalah.
Kami dok posing di taman dalam kem and berpakaian kelas.
Smart kan..hahahaha.


Next pix jungle trekking.
Awal2 start jungle trekking kami nervous sket.
Serius je semua.
Dah lama2 baru ok..siap bley berposing2.hehe
Ada jugak night trekking tapi xdak gambar la.
Semua orang serius sebab malam.haha

Tiga aja gambar yang saya dapat curi dari fb member saya..haha.
Apa2 pun i miss all of them.
Thanx for being a good fren to me.

~lots of love from me~
dulu saya gemuk..hehehehe..harap maklum..

Monday, June 28, 2010

Ana yang dapat..yeeyy!!

Tajuk entry ini adalah dialog2 kurang asam my classmate yang seronok bila undian untuk Penolong Ketua Kelas (PKK) dapat kat saya.
Adoooiii..tanggungjawab besar ni.
Untuk semester 4 ni, turn Mohd Azam akan mengetuai Pemulihan Group dan dibantu oleh Cik Nurul Farhana.
Tah gurl mana yang depa pilih untuk penolong  pun tak taw la.
Apa2 pun InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik untuk semua.
Untuk hari pertama ni, saya berjaya cancel kelas untuk petang ini.hahaha
Bukan la cancel terus tapi dah buat pagi tadi.
Kalau ikutkan jadual, kelas kami 3-5 pm : MTE 3107 Planning and Teaching Mathematics.
Oleh sebab PKK baru berdedikasi, dapat la anjak ke pagi.wakakaka 
*sila muntah*

..Ketua Kelas baru yang duduk di sebelah gurl baju biru..
..Penolong Ketua Kelas baru berdiri di belakang no 4 dari kiri..
*nak interframe jugak kedudukan I ..wakakaka..muntah lagi*

Buat kawan-kawanku..
Semester ni jangan nakal2 taw..
Kelas jangan ponteng2..
Group work jangan jadi sleeping partner..
Assignment jangan lambat hantar..
Conclusionnya..jangan buat hal ye semester ni..semester depan xpe.
KK and PKK garang okkay.

~pemerintahan diktator bermula~

Sunday, June 27, 2010

♥ Utusan Buat Mereka ♥

Buat cinta hatiku..
I'm heading to you my dear..
After 3 weeks bercuti dengan family..I'll be back to my boyfie and all my lovely frens..


Utusan ini bukan hanya untuk si dia, tapi untuk semua warga IPG Perlis especially Pemulihan's Group.
I miss all of you okkay..hahahaha.
Moga kita bersemangat untuk memulakan semester baru.

...memujuk hati yang sedih nak tinggalkan family...

Thursday, April 29, 2010

27.04.10 ♥ Dinner Persaraan Dr KZ

Majlis ni adalah last minute planning.
Tapi, warga pemulihan tetap cuba sehabis baik untuk memberikan sesuatu yang dapat dikenang oleh semua.
Awal2 saya n one of my classmate (Hajar) kena bahagian serve.
Kira macam pekerja hotel la kan.
Kena serve untuk lecturer yang datang.
Tapi tiba2 saya direquest oleh pensyarah kesayangan kami, Pn Jesma untuk jadi pengacara majlis.
Lagi sorang mangsa untuk jadi MC ialah Azam.
Rasa2 macam tak sanggup je sebab tak pernah seumur hidup jadi MC.
Tapi pikir2 balik, ni semua pengalaman yang xdak dalam mana2 buku.
So, saya dengan rela hatinya jadi MC untuk majlis ni.
Pagi 27hb tue baru prepare teks pe semua.
Pn Jesma pun banyak tolong komen mana yang xbape chantek dalam teks tue + bagi ayat2 yang semporna.
At last, saya berjaya menjadi MC dengan baik..wakakaka..sila gelak.
Partner saya, azam juga berjaya membawa watak MC dengan sempurna..hehehe..tahniah kepada kami berdua.ahaks~
Layan beberapa gambar dibawah ye.
Yang lain2 akan diupload di fb (kalau rajin)

~ pn jesma = our beloved mom ~

~ my partner dalam game Ikatan Kasih ~

~ KJ yang sporting main game suap menyuap ~

~ us masa makan2 ~

~ mr hamzah buat muka cute masa nak perform ~

~ romantika de amour ~

~ jeng n aten ~

~ gurls ~

~ pasangan pengacara majlis..ahaks ~


Sunday, November 1, 2009

200.Bersama mereka

1 November 2009
Tarikh dimana genap 200 entry yang telah dipublish.
Hari minggu macam ni mula la mengimbas kenangan2 lama.
Hikss.
Tak la lama sangat.
Cuma nengok2 memory dengan rakan-rakan seperjuangan.
Banyak aktiviti yang kami dah lakukan.
Mana tak nya.
Hampir 3 tahun kami disini.
Terlalu banyak suka duka, tawa tangis kami bersama.
~layan~

::aidilfitri di Taman Muhibbah::

::Bukit Larut::

::Birthday Celebration::

::Suarasa Aidilfitri 2009::

::Jamuan DI Teratak Sharifah Syameem::

.:. banyak lagi kenangan tapi cukup la banyak ni yang ditayang .:.

Wednesday, July 1, 2009

Hari-hariku

Dah masuk second week kat maktab ni.
Tugasan2 dah semakin bertambah.
Tapi sempat lagi aku menghabiskan petangku di court tenis.
Nak kata teror gler main dak la..tapi boley la nak kuarkan peluh.
Teman sepermainan adalah ija n the gang.
Teknik yang amat ditonjolkan semasa bermain adalah kemahiran mengutip bola.
Hal ini disebabkan oleh teknik pukulan kami yang amat pro.
Kalo sebijik bola xmasuk longkang besar kat luar court tue, maknanya bukan kami yang main.
Kemahiran kedua terpenting adalah kemahiran ketawa semasa membuat pukulan.
Overall, tenis bersama guru2 pemulihan sangat happening.
Kata abg, main ni buang stress.
Ye sayang..ayang setuju sangat=P

Malam pulak diisi dengan game yang sangat saya minat.
CHESS.
Before turun makan tadi saya dah berjaya kalahkan mr computer.
Masa yang diambil untuk checkmate adalah 16 minit.
Satu rekod baru dicipta dalam kamus hidup saya sepanjang perjuangan melawan encik komputer.
Hehehehehe. Besnya.
Rasa macam nak lawan dengan mr sabrosa je tapi xtaw la dia minat ke x game ni.
Abg, sila jawab.

Masa entry ni ditulis pun mata tengah layan NEVER CRY WEREWOLF.

Have a happy day to all=P

Tuesday, April 28, 2009

Can I..

Dalam kebuhsanan petang tadi, tinta pun g la jenjalan page friendster kengkawan masa sekolah dulu n found samething different kat sorang neh. 
Dia classmate form 2 until form 4.
Then dia pindah ikut family.
Sambung blaja kat KUIS.
N now blaja kat Medical School ofMU, Egypt.
Im so proud of her n this is the latest pic of her.
Could i be like her..
Hurmm..
Tenang je tgk semua pic2 dia..

ya Allah..aku terlalu lemah..hurmm..

Monday, March 30, 2009

Zarepan..Zarpeno..Zarep..

Tag pertama perlu diextendkan dulu sebabnya gambar bagi jawapn tu xdak kat maktab neh.Okkay ekk cikgu zarep.I jawab tag hat len dulu.

TAG 2
1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.

Hahahahaha..gambar ni yang kena.Adehh..
Sejak akhir2 ni miss tinta menjadi seorang yg sangat rajin nak edit2 gamba.
So, gambar kat atas ni salah satu hasilnya.
Xcantek mana pun tp i sgt puas hati sebab buat dgn pemikiran senirik.
Eceehh..
Hehehe.
Gambar ni ofkos la me with mr sabrosa buah hati pengarang jantung I.
Gambar2 ni semua diambil pada awal2 terikatnya hubungan antara kami.
Ngeee..=P~

::en sabrosa,saya tag awak.hahaahhaaha::

TAG 3
1) copy image kat atas ni.
-siap

2)tulis sebarang komen tentang penghantar ini
-nama dia zarep
-kawan sepermainan abg hamzah
-bakal cikgu
-la blajaq kat IPTB
-agak loklaq
-kelakar rasanya

3) send kat mana2 blogger yg kamu suka
-abg hamzah
-cik chenta
-cik zara

Monday, January 19, 2009

Festival Integrasi 2009

Pada hari Sabtu, 17 jan yang lalu telah diadakan Festival Integrasi IPGM Kampus Perlis. Festival ini dikelolakan oleh Biro Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar IPGM miss tinta. Acara julung2 kali ni bertujuan untuk merapatkan silaturrahim di antara guru2 pelatih. Maklumla, hari isnin sebelum tue guru2 pelatih KPLI & ofkos batch miss tinta baru mendaftar. Kira nak wujudkan suasana mesra dan ceria gitu idup kat IPG neh.

Ada beberapa permainan yang dijalankan. Game2 ni semua bebudak punya game. Memang enjoy la. Macam kembali ke zaman kegirangan plak kan. Hehehe. Miss Tinta bersama 7 rakan2 mewakili blok Melati 1 dalam permainan 'baling getah'. Comel x nama game ni. Hahaha.

Wajah sebelum bermulanya perjuangan kami.haha
Miss Tinta memerhati teknik2.Hehehehe

My turn..=)

Apa yang depa gelak tuh??? Adakah ditujukan untuk si tinta??

Wajah kemenangan. Haha. Blok miss tinta anta 2 team n dua2 team berjaya menggondol hadiah tempat pertama n ketiga. Orait la tu kaann. Hehe. Hadiah yang diperoleh adalah buah2 buahan yang agak sedap rasanya. Thanx kepada pihak pengajur kerana memberi peluang kepada gadis2 kat atas neh kembali ke zaman kanak2.Hahaha.

p/s::nasib baek en sabrosa men game kat tempat len.kalo x malu I.lagaknya seperti kanak2 yang keriangan bermain di halaman rumah.hehehe.Im so happy dat day=P~~

Sunday, December 28, 2008

S.A.H.A.B.A.T.

Bagi anda apa erti seorang sahabat?

Pastinya kita menilai sahabat sebagai insan yang sentiasa bersama kita tika tertawa mahupun menangis.

Sukar untuk kita bertemu dengan seorang sahabat.

Benarlah kata pujangga,mencari sahabat umpama mencari sebutir mutiara di celahan pepasir pantai.

Ikatan persahabatan yang dimulakan dengan salam perkenalan pastinya diharapkan berakhir dengan pisahan nyawa.

Namun,tika sahabat melukai hati, mendendami diri,apakah bibir masih mampu mengukir senyuman.

Tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Untuk menjadi seorang sahabat,keikhlasan yang utama.

Namun ia tak semudah yang disangka kerana keikhlasan umpama semut hitam di atas batu di malam yang kelam..kehadirannya sukar untuk ditatap..

SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT SEKALIAN

Thursday, December 18, 2008

Tentang mereka

Entry neh ditulis lepas direquest oleh cik ainon @ nenon.Kali ni Miss Tinta nak berceloteh tentang kesemua insan ni yang berada disekiling Miss Tinta sepanjang perjuangan menjadi seorang guru.Before dat Tinta nak minta maaf la ekk kepada semua classmate kaum adam sebab tak sertakan cerita anda.Hehehe.Kaum hawa da la ekk.


Pic atas ni Ija n Syameem yang ayu berbaju batik maktab.Ija atau Farizah Abdul Samad adalah gadis yang paling tua dalam kalangan gadis2 pemulihan.Sebelum ni dia blaja kat matrik arau then sambung kat maktab.Agak tegas orangnya n terkenal dengan suara yang amat cute.Hehehe.Sampai suara dia yang dirakam dak2 laki jual jadi rongtone.Tokey dia en sabrosa.Hahaha.
Sharifah Syameem plak seorang yang sopan dan ayu gitu.Memiliki ciri2 gadis melayu.Dalam perkara tertentu dia agak tegas.Dekat je umahnya.Arau tapi tak penah lagila bertandang ke umah dia.Nice to meet her coz dia seorang pendengar yang baik.

Next pic menempatkan the request girl n atkah yang ayu berbaju owen.Ainon ni orang kg I.Taiping la kan.The cutest girl.Hahaha.Rosak bahasa.Dia ni memang cepat marah.Kiranya tak leh silap sket.Satu yang Miss Tinta ske tentang dia adalah helpfull.Senang sangat siapkan tugasan dengan dia.
Next girl is Atkah yang memegang jawatan PKK last semester n ciri2 seorang pemimpin terserlah waktu dia ni pegang jawatan.Tegas n berani suarakan pendapat.Muka dia cute kan.Time mandi kat sungai belakang SK Pos Perwor muka dia sangat2 tomey.Mulat je.hehehe.jgn mara taw.


Yang ayu dalam persalinan serba ungu ni adalah Zura yang lembut je kelakuannya.rasanya pic ni dia kat Kuala lipis menyertai pertandingan tilawah antara maktab.Sangat pakar dalam bidang masakan n dia la jadi ketua chef waktu masak makanan buka posa dulu.

Gurpreet kaur.She's very nice person.walaupun lebih muda dari kami semua tapi dia tetap mesra.Jawatan tetap buat dia adalah MENTERI KEWANGAN.Hahaha.Xtaw la nape depa ske lantik dia pegang jawatan tue.GK memang seorang rakan yang ske tolong org.Apa2 yang dia bleh tolong dia akan tolong.Owh.lupe lak.Dia ni berketurunan Punjabi.

Dari kiri Hajar,Seha,Faie,Aten,Atkah

Hajar, Seha n Aten memang rapat.Kemana pergi mesti bertiga.Hajar femes dengan matematik nya n hajar yang sempoi.Xtaw la nape tapi tula yang Miss Tinta tengok.Then,Seha seorang yang jarang marah tapi bila dia marah takut gak la.Faie plak memang agak matang.Kira dia macam ibu yang dok jge kami ni.hehe.So sweet.Cik Aten yang berbaju oren plak very cheerful n suka menyanyi.Geng2 nak nyanyi paad,wan n my abg(en sabrosa)

Kehadiran gadis2 ni membuatkan Miss Tinta sentiasa tersenyum.Thanx to all my frens yang sentiasa ada tika suka n tawa.Hope kita semua mencapai apa yang diimpikan.MMMMMMUUUAAAHH!!Love you all=P~