Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Review Disember 2013

Entry ni dah berhabuk dalam draft gara-gara blogger tak boleh bukak sebulan!! Tensi...

Nak buat entry satu-satu tentang aktiviti sepanjang cuti sekolah lepas kahwin hari tu, memang tak sempat.huhu. Masa terlalu mencemburui. Lagi satu line internet dekat sekolah sangat slow. Nak pulak baru bawak laptop baru. Lambat sikit la dia nak biasa dengan wifi sekolah. Kalau laptop lama memang laju kalau bukak blog. 

Macam biasa la kan, pendahuluan selalunya keluar tajuk.hahaha. Ok, back to the topic. Ana akan review aktiviti sepanjang cuti bulan Disember lepas. Jadual kami suami isteri memang padat. Rasa macam tak sempat rehat langsung.huhu. Jom tengok aktivit kami.

1. Honeymoon @ Koh Samui, Thailand

 Alhamdulillah. Diberi sedikit rezeki untuk kami berdua jalan-jalan tengok tempat orang. Koh Samui adalah sebuah pulau yang sangat cantik. Untuk ke sana kena naik feri selama 1 jam 45 minit. Sangat berpuas hati dengan trip ni. Tempat jalan, hotel, makanan semua okay. Ada rezeki boleh jalan-jalan negara lain pulak :)

2. Tonton bola sepak

 Saya bukan peminat bola sepak atau mana-mana jenis sukan. Tapi sebab encik husband ajak tengk, layan ajer. Lepas balik dari Koh Samui, kami tidur Alor Star dulu sebelum balik Taiping. Malam sebelum balik Taiping sempat lagi g tengok bola. Pengalaman tengok bola, ermm..ok2 je. Sambil tengok bola, sambil on9 facebook, sambil whatsapp.hehehehe

3. Jalan-jalan Mydin Ipoh

 Yang ni pun masuk list.haha. Boleh jugak. Elok sampai dari kedah, terus mama ajak pergi Ipoh. Nak hantar mesin sulam servis. Dan terus jalan-jalan Mydin. Kalau masuk Mydin, tak sah kalau tak membeli.hahaha. Dapatla 1 raga. Mama happy, kami pun happy :)

4. Jalan-jalan Teluk Intan

 Ni adalah unplanned trip. Lepas kenduri menyambut cousin, Abah dapat kol Pak Teh (adik abah) masuk hospital Teluk Intan. Terus kami zass ke Teluk Intan. Keadaan Pak Teh stabil cuma kaki dia bengkak sebab kencing manis. 

Lepas gerak dari hospital, Abah bawak pusing-pusing Teluk Intan sebab ada orang tu 1st time datang Teluk Intan. Laki den la tu..hihi. Lepas pusing-pusing, acara wajib datang sini la. Makan mi jawa. Tengah dok tulis ni pun teringat2 rasa dia.hee :)

5. Honeymoon Taiping

Dekat tempat sendiri pun nak honeymoon?? Ponn bolehh :)
Mama hadiah percutian (cewahh) 1 malam di Hotel Taiping Perdana. Mama dapat baucer ni percuma sebab masuk saham hotel ni. So dapat la kami merasa tido hotel yang superb ni. Lepas check in, petang tu kami keluar jalan-jalan Taman Tasik. Main kayuh itik. Dah berkurun tak main benda alah ni.hehe. Malam pulak kami bersteamboat dengan family. Steamboat dekat hotel ni jugak. Harga berpatutan la. Standard harga steamboat.hehe. Esok tu check out then terus shot ke rumah member hubby.

6. Honeymoon Cameron Highlands

Kemain banyak ko honeymoon ye.hahahaha. Cameron adalah tempat wajib dilawati setiap tahun bagi keluarga saya. Dan bila ada ahli baru dalam keluarga, Mama Abah harus bawak mai jalan sini. Walaupun dah selalu jalan-jalan Cameron tapi perasaan eksited tu tetap ada. Tambah-tambah ada husband pulak kan.kikikiki. Tak banyak sangat tempat-tempat yang kami pergi. 
MARDI, Teh Boh, Kampung Setia (makan eskrem strawberi) dan pasar malam Brinchang. Ada rezeki kita pergi lagi.

7. Wedding tour

Hujung tahun lepas pesta kenduri kahwin. Termasuklah diri I ni. So sebelum kahwin memang tak sempat nak pergi mana-mana. Lepas dah settle majlis dua-dua belah barulah kami buat list kenduri mana boleh pergi, kenduri mana tak boleh pergi. Ni sebahagian daripada kenduri yang kami attend. Kepada yang kami tak pergi tu, minta maaf bayak2 noo.

Status baru 2014 : Married
~Syukur Alhamdulillah~

Thursday, October 10, 2013

Fly Away

Bila berada jauh di seberang laut, ditambah pula jarak dan masa yang diambil untuk pulang ke kampung halaman agak sukar, makanya saya dan adik beradik pemulihan yang bertapak di Bumi Kenyalang ni merancang untuk reunion kecil-kecilan.

Jadi, esok pagi (jumaat) saya akan gerak ke Sibu. Stay 1 malam di Sibu dan akan gerak ke Miri dengan flight. Kumpulan Sibu yang lain guna jalan darat. Saya memang tak sanggup nak guna jalan darat. 5-6 jam perjalanan. Kalau tambah dengan perjalanan saya naik bot lagi, dah berapa jam baru terkedek-kedek nak sampai Miri. Dengan yakin untuk mengorbankan duit, saya pun confirm untuk terbang ke Miri.

..Sarawak dari pandangan atas memang dipenuhi dengan aliran sungai sahaja..

Doakan perjalanan kami semua selamat tiba dan selamat pulang. In sha Allah selasa pagi saya akan pulang ke Sibu. Dan sekembalinya ke Sibu nanti, kemungkinan besar saya akan keluar Sibu hujung tahun nanti pulak untuk cuti akhir tahun.

Bila berada pedalaman, duit bukan menjadi masalah tapi masa dan tenaga. Apa-apa pun, saya bangga menjadi guru pedalaman. Priceless experience.

Take care readers.
:)

Wednesday, June 5, 2013

Jalan-jalan Melaka : 26 & 27 Mei 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan lafaz yang sungguh mulia saya mulakan celoteh saya. Cuti sekolah kali ni dimulakan dengan perjalanan ke selatan. Tak berapa selatan la. Melaka.hehe. Tujuan asalnya adalah untuk ke hari konvokesyen saya di PICC, Putrajaya. Oleh sebab konvo hari selasa, makanya marilah kita berjimba-jimba dengan keluarga dulu. Hari sabtu 25 Mei 2013 saya dah gerak dulu naik bas ke Shah Alam. Stay rumah classmate satu malam sebab pagi ahad ada raptai di PICC. 

Pagi ahad family bertolak dari Taiping dan singgah di PICC ambil saya yang baru je settle raptai + pendaftaran konvo + ambil jubah konvo. Lepas tu terus gerak ke Melaka. Sampai rumah Abang Dan lebih kurang jam 5.30 petang. Abang Dan terus suggest pergi makan seafood di Sungai Udang. Kiranya tempat wajib pergi la kalau family saya datang melaka.

26 Mei 2013
Antara makanan yang diorder. Udang butter garlic (super sedap), sotong goreng tepung. Yang lain, ikan bakar, ikan bakar pedas, ketam masak apa tah (lupa sudah), otak-otak. Memang kenyanggggg :)

Mama, Abah, Kak Zie (wife Abang Dan).
Ni baru peringkat permulaan nak menyerang makanan. Perut pun memang tengah lapar.hehehe

Dah settle makan budak-budak dah lost control.hahaha. Ni Tok Abah tengah cuba melayan cucu-cucu sehabis baik. I yang dekat belakang tu senget2 mengejar budak-budak ni.hadoii..mana tak kurus Mak Cik uolsss ni.

Dah hampir selesai. Family kakak bertolak dari Taiping lewat sikit. Sampai-sampai je terus ngapp.

Suasana dalam kereta bila mana mood budak-budak semua di tahap gembira. Haa..bermesra-mesraan korang eh dalam kereta Tok Abah ni. 

Tok Abah & Tok Mama bersama cucu-cucu. Cucu lagi sorang demam. Tengah lena dalam kereta. Waktu ni kami singgah solat di Masjid Kampung Mortan. Kampung ni pun antara tempat wajib lalu family saya.hehe. Sebabnya cantik kampung ni dengan lampu-lampu yang banyak dan menarik. Lagi satu lokasinya mengadap sungai laluan Melaka Cruise. Boleh tengok bot sambil duduk2 ni.

Adik tuan tanah yang berposing depan salah sebuah rumah di Kampung Mortan ni. Meriah kan rumah diorang? Rumah kita macam mana?hehe :) Perjalanan diteruskan pada hari esok.

27 Mei 2013
Settle brekfes, Abang Dan n Kak zie pun dah g keje kami pun bergerak ke lokasi pertama. Lokasi yang dah lama tengok tapi tak naik2.hehe

Tengah tunggu turn nak naik. Masa ni tak dak orang pun. Lepas kami duduk je terus berderet orang datang. Lega tak payah q panjang2. 

Dalam Muzium Kapal. Budak berdua kecik tu berkepit je dengan orang sebabnya takut dengan patung-patung dalam muzium ni.haiyaaaa

Mama Abah di bahagian atas kapal.

Iman orang paling eksited bila masuk muzium TLDM. Ada macam-macam kenderaan dan alatan-alatan tentera laut. Jangan kata budak ni, Makcik dia pun over you.haha. Disini, beli 1 tiket, masuk 3 muzium.haa..gitu kekdahnya. Makanya marilah kita memenuhi dada dengan ilmu sejarah ye ;)

Tuan tanah dengan budak gemok atas kapal tentera laut. Eksited okkay.
(makcik dia yang eksited)

Lepas dah habis muzium, kami jalan kaki ke Dataran Pahlawan. Ofkos la nak shoping-shoping. Sebelum sampai tu jumpa keretapi ni. Naik terusss.haha

Settle shoping singgah Masjis Selat. Cantik masjidnya. Tepi laut. Lepas tu terus ke kapal selam. Dulu tak boleh masuk kapal selam ni. setakat tengok badan dan montot kapal je. Baru je dia bukak untuk pengunjung. Terus tak lepaskan peluang untuk masuk. Sempit benor kapal selam ni rupanya. Penuh dengan enjin-enjin. Ada la dia tunjuk bilik krew, dapur, bilik mesyuarat. Semua saiz kecik sebab kapal selam kan lonjong je. Mana nak ada kawasan yang luas. Pengalaman baru sebab dapat masuk kapal selam. hehe :)

Settle kapal selam kami terus zass balik rumah Abang Dan untuk mandi-mandi dan ambil barang-barang. Dalam jam 6 lebih kami bertolak ke Bangi sebab dah booking hotel di Bandar Baru Bangi. Kena stay area Putrajaya sebab konvo tuan tanah sidang pagi. 7.30 dah kena lapor diri.hehe. Cerita konvo dalam next entry okay.

Love, Ana.
:)