Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Jalan-jalan Melaka : 26 & 27 Mei 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan lafaz yang sungguh mulia saya mulakan celoteh saya. Cuti sekolah kali ni dimulakan dengan perjalanan ke selatan. Tak berapa selatan la. Melaka.hehe. Tujuan asalnya adalah untuk ke hari konvokesyen saya di PICC, Putrajaya. Oleh sebab konvo hari selasa, makanya marilah kita berjimba-jimba dengan keluarga dulu. Hari sabtu 25 Mei 2013 saya dah gerak dulu naik bas ke Shah Alam. Stay rumah classmate satu malam sebab pagi ahad ada raptai di PICC. 

Pagi ahad family bertolak dari Taiping dan singgah di PICC ambil saya yang baru je settle raptai + pendaftaran konvo + ambil jubah konvo. Lepas tu terus gerak ke Melaka. Sampai rumah Abang Dan lebih kurang jam 5.30 petang. Abang Dan terus suggest pergi makan seafood di Sungai Udang. Kiranya tempat wajib pergi la kalau family saya datang melaka.

26 Mei 2013
Antara makanan yang diorder. Udang butter garlic (super sedap), sotong goreng tepung. Yang lain, ikan bakar, ikan bakar pedas, ketam masak apa tah (lupa sudah), otak-otak. Memang kenyanggggg :)

Mama, Abah, Kak Zie (wife Abang Dan).
Ni baru peringkat permulaan nak menyerang makanan. Perut pun memang tengah lapar.hehehe

Dah settle makan budak-budak dah lost control.hahaha. Ni Tok Abah tengah cuba melayan cucu-cucu sehabis baik. I yang dekat belakang tu senget2 mengejar budak-budak ni.hadoii..mana tak kurus Mak Cik uolsss ni.

Dah hampir selesai. Family kakak bertolak dari Taiping lewat sikit. Sampai-sampai je terus ngapp.

Suasana dalam kereta bila mana mood budak-budak semua di tahap gembira. Haa..bermesra-mesraan korang eh dalam kereta Tok Abah ni. 

Tok Abah & Tok Mama bersama cucu-cucu. Cucu lagi sorang demam. Tengah lena dalam kereta. Waktu ni kami singgah solat di Masjid Kampung Mortan. Kampung ni pun antara tempat wajib lalu family saya.hehe. Sebabnya cantik kampung ni dengan lampu-lampu yang banyak dan menarik. Lagi satu lokasinya mengadap sungai laluan Melaka Cruise. Boleh tengok bot sambil duduk2 ni.

Adik tuan tanah yang berposing depan salah sebuah rumah di Kampung Mortan ni. Meriah kan rumah diorang? Rumah kita macam mana?hehe :) Perjalanan diteruskan pada hari esok.

27 Mei 2013
Settle brekfes, Abang Dan n Kak zie pun dah g keje kami pun bergerak ke lokasi pertama. Lokasi yang dah lama tengok tapi tak naik2.hehe

Tengah tunggu turn nak naik. Masa ni tak dak orang pun. Lepas kami duduk je terus berderet orang datang. Lega tak payah q panjang2. 

Dalam Muzium Kapal. Budak berdua kecik tu berkepit je dengan orang sebabnya takut dengan patung-patung dalam muzium ni.haiyaaaa

Mama Abah di bahagian atas kapal.

Iman orang paling eksited bila masuk muzium TLDM. Ada macam-macam kenderaan dan alatan-alatan tentera laut. Jangan kata budak ni, Makcik dia pun over you.haha. Disini, beli 1 tiket, masuk 3 muzium.haa..gitu kekdahnya. Makanya marilah kita memenuhi dada dengan ilmu sejarah ye ;)

Tuan tanah dengan budak gemok atas kapal tentera laut. Eksited okkay.
(makcik dia yang eksited)

Lepas dah habis muzium, kami jalan kaki ke Dataran Pahlawan. Ofkos la nak shoping-shoping. Sebelum sampai tu jumpa keretapi ni. Naik terusss.haha

Settle shoping singgah Masjis Selat. Cantik masjidnya. Tepi laut. Lepas tu terus ke kapal selam. Dulu tak boleh masuk kapal selam ni. setakat tengok badan dan montot kapal je. Baru je dia bukak untuk pengunjung. Terus tak lepaskan peluang untuk masuk. Sempit benor kapal selam ni rupanya. Penuh dengan enjin-enjin. Ada la dia tunjuk bilik krew, dapur, bilik mesyuarat. Semua saiz kecik sebab kapal selam kan lonjong je. Mana nak ada kawasan yang luas. Pengalaman baru sebab dapat masuk kapal selam. hehe :)

Settle kapal selam kami terus zass balik rumah Abang Dan untuk mandi-mandi dan ambil barang-barang. Dalam jam 6 lebih kami bertolak ke Bangi sebab dah booking hotel di Bandar Baru Bangi. Kena stay area Putrajaya sebab konvo tuan tanah sidang pagi. 7.30 dah kena lapor diri.hehe. Cerita konvo dalam next entry okay.

Love, Ana.
:)

Friday, May 17, 2013

Selamat Bersara Mama

07.01.1980 - 17.05.2013
Buat MAMA tersayang, Selamat Bersara daripada dunia pendidik.
Mama guru terbaik buat kami adik beradik.
Mama penggerak keluarga yang terhebat.
Tiada insan lain yang dapat menggantikan tempatmu
Moga dengan persaraan ini, Mama lebih bahagia disisi Abah tercinta.
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat Mama.

 Gambar di pagi hari terakhir Mama bertugas.
Ana sempat make up mama sebelum Mama pergi sekolah.
Comel je Mama.hehe

Dalam ketegasanmu, ada kelembutan yang sentiasa menjaga dan membelai kami sehingga kini.
Masih belum puas kami menagih kasih daripadamu.
I lOVE YOU Mama.
:)

Monday, February 18, 2013

Kecewa VS Gembira

Mood tengah kucar-kacir gara-gara senarai nama interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang baru dikeluarkan baru-baru ni. Yang kecewanya kerana nama sendiri tiada dalam senarai tersebut. Ada 9 orang termasuk saya dalam kelas pemulihan yang masih menunggu khabar. Tak tahulah apa yang dirancang oleh pihak atasan. Apa yang saya tahu, saya masih tertunggu-tunggu sama ada perlu hadir interview atau tergolong dalam kumpulan penilaian khas. 

**gambar keputusan yang masih mengecewakan**

Namun, Allah itu maha adil. Walaupun Dia lemparkan kekecewaan, tapi Dia juga taburkan berita gembira buat kami sekeluarga. Insyaallah saya akan menerima anak sedara baru tahun ni. Kakak saya yang nikah last year telah pregnant. Tapi masih diperingkat awal sebabnya tak pergi jumpa doktor pun lagi. Apa-apa saya doakan yang terbaik buat Kak Dilah dan Abg Hazly. Moga kegembiraan sentiasa milik kita semua.

Disebalik duka, pasti ada suka.
Yakin dengan Janji-Nya.
:)

Sunday, April 8, 2012

Jalan-jalan Ipoh

Lepas habis sekolah Jumaat lepas saya terus berlepas pulang ke Taiping tercinta. Perasaan yang dah tak dapat diungkapkan sebab terlalu tertekan dengan bebanan tugas praktikum. Letih, benci, menyampah semua ada. Ok dah. Tak nak cerita pasal praktikum yang tak best tu.

Jumaat lepak2 rumah je sebab sampai rumah pun dah malam. Kidnap Iman dulu kat rumah dia then balik dinner KFC :) Jam 3 pagi family abg dan sampai dari Melaka. Sabtu plan ke Ipoh untuk tempah cadar untuk kenduri kakak saya nanti. So plan asal nak bertolak pagi la..tapi bila dah ramai-ramai xdenya pagi. Tengahari jugak baru bertolak dari Taiping. Kami naik Innova abah. Mama abah tak ikut sebab ada hal lain.

 Check in Jusco Ipoh sebelum pergi rumah Pak Ngah kat Klebang..dah jumpa racing car ni harusss tiga2 orang masuk dalam..terbang rm1..haha

 Masing-masing dah lapar..dine in Kenny Rogers..makan sampai lebam.

 Sesi mengorder..kakak dan abg amin tengah pilih2 dish.

 Big baby and mama..tengah tunggu makanan.

 Kak zie..iman..aisyah..semua tengah lapar tunggu makanan..

 Makanan dah sampai..serang!!! Abg dan..Aqil..fizan :)

 Budak comel yang kuat makan..makan tak berhenti sampai perut dah sengkak baru nk nangis2..haha

Iman dengan spek mama..time ni dah bertolak ke rumah Pak Ngah sebab yang kenal dengan tauke tempah cadar tu merekalah..hehe..lepas tu terus ke kedai cadar, then bergerak ke Greentown Mall tengok2 kain langsir. Lepas tu singgah solat then pulang ke Taiping.

Sekian saja cerita jalan-jalan kami seharian :)

Bersama keluarga adalah terapi yang terbaik..I love my Family so much!!!

Saturday, January 1, 2011

Entry penuh perasaan~

1.1.11 saya telah selamat kembali ke bumi Perlis. Tempat saya tumpang berteduh untuk menuntut ilmu-Nya yang maha luas ini. Syukur saya panjatkan kerana Allah masih memberi kasih sayangnya untuk saya terus berjuang. 

Berjuta terima kasih ana titipkan buat abah tersayang kerana berusaha untuk hantar ana balik dengan selamat walaupun ana tahu abah tak berapa sihat. Terserlah kasih sayang seorang abah terhadap anaknya. Terima kasih juga buat mama tercinta. Walaupun jauh perjalanan yang ditempuh, mama tetap setia disebelah abah. Buat kakak, kak dilah, fizan dan si kecik iman, terima kasih juga kerana sudi hantar ana. Ana sayang semua.

Ohh..entry malam ni sangat touching sebab saya sangat touching sepanjang malam. Bila bermulanya perjalanan kami pagi tadi, saya dah mula sedih kerana saya akan berjauhan dengan keluarga yang sangat saya sayang. Sepanjang jalan okkay saya sedih cuma cover la kan. Takkan tiba2 nak teriak. 

Bila menjelang maghrib, family saya bersiap2 di rumah sewa saya, mandi solat semua then dah nak gerak balik. Masa tu perasaan dah sukar dibendung tapi still cover line. Salam dengan semua then saya tutup pagar. Ucap terima kasih dekat abah suara dah terketar2. Then tq mama and semua. Memang dah nak nangis. Terus masuk rumah, tutup pintu gril kunci. Bila bubye iman ok lagi, tapi bila bubye mama sebaknya rasa... Ok saya mengaku saya nangis tapi xla sampai meraung..


Hurmm..saya jarang rasa macam ni. Mungkin sebab cuti panjang buat saya sedih sangat nak berpisah. Nak pulak nampak family bergerak meninggalkan saya. Sabar ye nurul farhana. Semua ni untuk kebaikan. 

.:. Tahun ke-3 : Semester 5 .:.

Saturday, November 20, 2010

..hijau..pink..

Malam semalam saya dan my sis bertungkus lumus siapkan sebiji kek untuk pertunangan sepupu saya hari ni. My sis ni dah memang belajar buat kek kan..so haruslah ada pratikal di rumah. Tung tang tung tang kat dapur so terhasillah sebiji kek yang simple mimple je but nice la. First time cuba buat kek icing. 


Pic ni dalam proses nak sapu icing atas kek. Susah jugak sebenarnya. Adooii.. Ingatkan senang je. Campak icing atas kek then ratakan. Tapi mak aii..tepi ni tak kena..sini tak kena. Ish..memang menduga kesabaran betul.


Ni pulak kemasan2 terkahir. Hias2 sket dengan icing hijau, pink. Tulisan guna blueberry paste je sebab xdak kaler lain nak buat icing. Sodap jugak kalau makan.hehehe


So..inilah hasil cubaan pertama buat kek icing. Menjadi jugak la walaupun ada yang kureng.haha Hanya kami yang tahu kureng di mana. Kepada my cousin, selamat bertunang dan semoga ke jinjang pelamin ye =)

...dalam dok buat kek ada jugak cerita si kenit..nantikan...

Sunday, September 19, 2010

♥ happy birthday twins ♥

Salam reader..
Saya nak wish happy birthday untuk abang kembar saya.
Dah tua dah..umur dah meningkat 28 tahun.
Anak pun masing2 dah masuk 2 orang.
Raya last week kami dapat berkumpul satu family.
So alang2 dah berkumpul saya n kak dilah decide nak celebrate birthday depa skali.
Baru meriah ramai2 tapi family Mama Iman xdak sebab depa beraya di Johor.


Ini cake besday mereka.
Homemade je..cheese cake plus blueberry paste kat atas.
Simple mimple but sangat sedap.
Nyum2..sape2 nak bley order kat my sis =)


Pix kat atas ni plak mereka2 tengah bersilat.
Bersilat betul2 taw.
Depa ni dulu silat malaysia.
Sekarang ni silat lagi rasanya tapi tak seaktif macam kat USM dulu la.
Tah gaya apa dengan pisau kek tu pun xtaw la.


Love both of them
Muaaahhh~


Pix hero mama n abah.
Gemuk2 plus kurus kering di tengah.
Wakakakaka..sori =)
What a happy day..haaahhh~

~i love my family so much~

Tuesday, September 14, 2010

♥ Sempurna ♥



~Family picture 2010~

Sunday, August 29, 2010

Like father like son..

I've nothing to say..
Let the picture tell you everything..


♥ i love my family ♥

Wednesday, May 12, 2010

My Last Weekend

Last weekend saya spent time dengan family di Taping.
Banyak yang saya buat.
And saya notice yang my lil Iman dah banyak kerenahnya.
Kita layan pix budak tecik neh dulu ekk.

Time neh dalam bilik Tok Mama n Tok Abah.
Budak kenek ni dah tau dah tempat2 yang banyak "barang mainan" dia.
Once kita letak dia atas katil, terus merangkak laju ke kepala katil yang penuh dengan hiasan + jam loceng + frame2 gambar.
Tengok la gelagat dia.
Khusyuk tah hengat.

Ni plak dah macam gaya orang perform nak nyanyi je.
Tapi apa benda dalam mulut tuh??? hahaha.
Ada ka patut dia sumbat botol gam tok mama dalam mulut.
Bila saya kata "Iman tengok achik ana kaih"
Dia pun sambut la "emmm..emmm"
So cute okkay.

Nak tau why Iman kena letak atas meja???
Sebabnya buaih sangat.
Orang tengah dinner dia pun menjelajah merata.
Sampai ke dalam lauk pun nak masuk.
Last2, tok abah amek and letak atas meja.
Terus xtaw nak buat pe.hahaha.
Sangat notti la ini budak.
Owh..perasan x ada something kat tangan Iman.
Haaa..tu salah satu benda feveret dia sekarang neh.
Meh kita zoom sket benda tuh.

Taraaaa!!!
Senduk kepunyaan tok mama.
Tah napa la budak ni suka sangat dengan senduk.
Awai2 dia dok main senduk yang Tok Mama dia dapat.
Hadiah dari New Zealand.
Bila dia dok ketuk2 kat lantai, macam ada gaya nak pecah je kan.
Terus bagi senduk nasi je.hahaha.
Kesiaaaannnn...

*********************************************************************
Another story last weekend tentang Mother's Day.
Me n kak dilah plan nak buat cupcake.
Tak cantik pun tapi kami sangat berpuas hati.
Pix ni adalah hasil usaha kami.hehehe
Ada la sket buat makan2 family.
Owh..lupa plak nak story.
Kami xtulis Happy Mother's Day.
Tapi kami tulis We Love Abah Mama.
We really do love both if them.


**************************************************************
-end of story-

Tuesday, February 16, 2010

16 Februari 2010 : BBQ

Plan asal untuk hari ni adalah picnic di Air Itam.
Tapi atas sebab2 tertentu, kami cancel picnic and plan BBQ di rumah aje.
Walaupun xdak air terjun segala bagai, suasana tetap meriah.
Malam semalam saya n kak dilah siang ayam + sediakan bahan2 lain utk diperam.
Around 6 petang tadi kami pun start bakar2.
Abah selaku AJK Peralatan yang banyak tolong utk sediakan tempat pembakaran.
Thanx abah =)
Then bakar2 settle lebey kurang jam 9 mlm.
And semua terus seranggggg.
Dalam 30 minit, semua makanan dah settle.
Gathering family yang sangat simple tapi best.
Im really enjoy this moment n love you all.
Enjoy pix okkay.daa~

:: bahan-bahan ::

:: abah sediakan tempat membakar ::

:: ayam panggang..yummie ::

:: si kecik Iman yang interested dengan makanan yg dihidang ::

:: hasilnyaa..simple tapi menyelerakan ::

Friday, January 1, 2010

Buaian Baru

Projek mengecat buaian ni dah lama plan.
Tapi hari pertama 2010 jugak yang berhasil.
Kiranya ni projek terakhir school holiday n projek pertama 2010.
Warna yang dipilih Hijau kiwi parrot.

~enjoy pix je sebab letih~

:: 2nd warna yang dicat..before ni ocean blue ::

:: latest warna..hijau kiwi parrot ::

- mama request nak cat tiang piller rumah -
- insyaAllah cuti Chinese New Year nanti dilaksanakan -

Thursday, December 31, 2009

Shopping Time =)

School holiday dah nak sampai ke penghujungnya.
So, ramai la yang berpusu2 keluar cari barang2 sekolah.
Tak ketinggalan jugak I dalam kemeriahan bershopping ini.
Hahahaha.

~enjoy pix~

:: troli kami..full tank.haha ::

:: my lil bro cuba try test new sandle ::

:: lil Iman yg ceria after bersih drpd hasil pengeluaran ::

:: si kecik lena di nursing room..letih sangat ::

- hari kami end with dinner di Kenny Rogers -