Showing posts with label MeMyself. Show all posts
Showing posts with label MeMyself. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Temuduga VS Lantikan Terus

Sekali lagi tajuk entry ada apa versus apa. Masih lagi dalam mood tak dapat panggilan temuduga. Hari ini ada berita yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berkaitan urusan temuduga dan lantikan ke jawatan DG41.         
     
Seramai 2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41

Ayat diatas adalah tajuk berita yang dikeluarkan. Menurut pihak SPP, lepasan IPTA dan IPGM yang memperoleh keputusan cemerlang (3.50 ke atas) dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikal akan dikecualikan daripada temuduga. 

Bila baca tentang berita ni, saya memang gembira. Tapi dalam gembira masih ada kegusaran sebab senarai nama untuk temuduga masih belum keluarkan secara penuh. Senarai nama dikeluarkan secara berperingkat. Maknanya, kemungkinan untuk ditemuduga masih ada. Namun saya berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang masih dalam dilema. Moga kami diberikan rezeki yang terbaik oleh Allah. Mungkin kelambatan proses ini ada hikmah yang sangat besar dikemudian hari.

Percaya dengan janji-Nya. Keep smiling.
:)

Monday, February 18, 2013

Kecewa VS Gembira

Mood tengah kucar-kacir gara-gara senarai nama interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang baru dikeluarkan baru-baru ni. Yang kecewanya kerana nama sendiri tiada dalam senarai tersebut. Ada 9 orang termasuk saya dalam kelas pemulihan yang masih menunggu khabar. Tak tahulah apa yang dirancang oleh pihak atasan. Apa yang saya tahu, saya masih tertunggu-tunggu sama ada perlu hadir interview atau tergolong dalam kumpulan penilaian khas. 

**gambar keputusan yang masih mengecewakan**

Namun, Allah itu maha adil. Walaupun Dia lemparkan kekecewaan, tapi Dia juga taburkan berita gembira buat kami sekeluarga. Insyaallah saya akan menerima anak sedara baru tahun ni. Kakak saya yang nikah last year telah pregnant. Tapi masih diperingkat awal sebabnya tak pergi jumpa doktor pun lagi. Apa-apa saya doakan yang terbaik buat Kak Dilah dan Abg Hazly. Moga kegembiraan sentiasa milik kita semua.

Disebalik duka, pasti ada suka.
Yakin dengan Janji-Nya.
:)

Thursday, March 29, 2012

Gatal-gatal

Tuan tanah diserang gatal-gatal di bahagian muka dan leher.
Dah tak tahan sangat..harus beli ubat.

*mood terganggu bila sakit*


Saturday, September 17, 2011

Clearence

Assalamualaikum.
Macam mana hari Sabtu anda? Hari saya bermula dengan baik sekali sebabnya saya dah berjaya membuat clearence baju-baju yang bertimbun dalam raga. Bangun tidur terus kutip baju-baju yang nak basuh, bukak cadar, sarung bantal semua. Then proses mendobi dijalankan.

..bakul yang sudah dikosong..

Settle mendobi terus mandi manda. Lepas mandi baru jemur baju-baju yang sangat banyak itu. Time nak jemur baju memang panas tapi hujan renyai-renyai. Jadi saya jemur baju bawah bumbung dulu. Lebih Kurang pukul 12 tgh baru saya jemur kat panas. Oleh sebab mood clearence tu ada, jadi saya jemur sekali bantal, toto, blanket di bawah terik matahari. Bantal kekabu kalau dijemur akan bertambah kembang. Baru sedap nak peluk. Hikhikhik.

..picture sehari sebelum..keadaan bilik lebih kurang ni la..

Lepas tu saya berassignment. Isnin nak hantar baru bertungkus lumus nak buat. Dah agak-agak petang saya angkat semua yang dijemur. Pastu proses melipat pulak. Dah hidup sendiri kena berdikari la kan. Semua kena buat sendiri. 

..katil yang dah siap berbaju..

Cadar ni saya beli di Penang. Lama dah..tahun 2008 kalau tak silap. Sekarang ni saya dah malas nak beli singgle bedsheet ni sebabnya bedsheet saya memang banyak. Ulang-ulang pakai pun masih tak bosan. 2 bantal yang berbalut kaler pink tu feveret saya. Mama yang belikan. Yang bawah sekali tu sangat tak feveret sebabnya keras nak mati. Saya yang beli. 

..2 beg siap di packing..

Nak ke mana pulak saya ni?hehe.. Tak jauh pun nak pergi. Saya nak bermastautin di rumah classmate malam ni. Mak ayah dia ke Seremban kalau tak silap saya. Jadinya dia minta 2 3 orang teman tidur rumah dia. So, tak jadi masalah untuk saya. I okay saja. Beg merah belang-belang dapat free beli 2 kotak susu HL. Owh ya, susu HL sangat sedap okkay. Yummy~ Have a good weekend all.

with love, Ana.

Quote Of The Day

Assalamualaikum.

sumber : laman Cik Chenta 

Allah is Great rite?

with love, Ana.

Thursday, September 8, 2011

:: Facial Time ::

Assalamualaikum.
Pernah tak anda semua buat facial? Mesti pernah kan..tapi pernah tak buat facial telur? Tempek tisu muka plus telur putih dekat muka. First time saya tengok orang buat time stay hostel maktab dulu. Roomate and the gang buat facial telur ni beramai2. Tengok macam menarik je tapi dok tangguh2 nak buat. Last2 dapat jugak saya try dan ternyata sangat best. Keluar semua bintik2 hitam, putih..semua yang tak diperlukan di muka la sennag cerita. Malam ni ada kesempatan saya buat lagi.hehe. Best~


Muka yang telah ditempek2..cekang jela time ni. Nak gelak pun cover-cover.haha. Ok la ye. Itu saja saya nak cerita. Masa untuk cuci muka. Nite semua.

With Love, Ana.

Thursday, July 28, 2011

♥ Isn't Love Beautiful? ♥

Indah kan?

with love, ana

Sunday, July 17, 2011

Merah Itu Menawan

Assalamualaikum.
Dah lama sangat rasanya tak menulis di laman ni. Dan saya akui saya sangat merindu nak tup tap tup tap tekan keyboard ni. Tapi apakan daya..banyak sangat masalah yang datang sampai timbul halangan xboleh update blog (kali ni bukan alasan ye)

Yang pertamanya, compaq kesayangan dah mengundurkan diri sampai apa pun xnampak pada skrin. Bawak p klinik pastu abang tu kata problem Cip Set. Bincang2 dengan abang saya, then decide beli lappy baru je sebabnya repair RM200-300 tapi dapat bertahan 2 3 bulan je. Sangat tak berbaloi. Makanya, haruslah saya ada hasil tangkapan yang baru. Dengan ini saya memperkenalkan ASUS A43S :)


Apa lagi yang MERAH dalam hidup saya?

Gajet yang ke-2 ni saya rasa rezeki saya laa..hehe. Sebabnya ia adalah pemberian abang sulung saya. Thanx so much sebab mudahkan kerja2 Ana. Presenting....
-
-
-
-
-
 :: Canon A3100IS ::

Bukan itu saja. Masih wujud perkataan MERAH dalam kamus hidup saya sepanjang saya bersunyi-sunyian daam blog ni..hehe. Nak tahu apa? Scroll down please ;)
.
..
...
....
.....
......
.......
.........
..........
Kejohanan Balapan Sek Keb Seri Indra. Saya dah mula berpraktikum di sekolah ni selama 2 minggu dan minggu pertama lagi dah membizi dengan sukan. Dan saya diisyhtiharkan Rumah Tun Dr Mahathir@Rumah MERAH. Saya pun tak tahu kenapa saya serasi sangat dengan warna merah ni. Haihhh..


Haahh..lega dapat update blog. Saya tak boleh lama2 di sini. Esok mula minggu ke-3 saya berpraktikum dan banyak lagi persediaan saya kena lakukan. Got to go. See ya!!

with love, anna.

Monday, April 11, 2011

Saya ada Mama..Saya ada Mak.

Salam readers..
Malam ni saya view gambar2 family pengasuh saya dulu.
Saya panggil dia Mak n Ayah.

..Mak dan Ayah bersama cucu mereka..

Saya tak ingat Mama hantar saya duduk dengan Mak sejak umur berapa.
Menurut cerita Mama dan Mak, awal2 saya stay dengan Mak, saya duduk je tepi pintu rumah Mak sampai Mama Abah mai jemput..haha..teruk kan.
Tapi dah lama2 ok la..
Nak plak ada kawan..Mak ada anak yang sebaya dengan saya.
Khairi namanya tapi saya panggil Tan (panggilan dalam family)
Tan ni memang bestfren la time tu.
Dia nak main basikal, saya main basikal.
Saya nak main masak2, dia join main masak2 ;)
Sweet tak kami berdua..haha

..rakan sepermainan..

Ada lagi benda yang saya ingat.
Mak Ndak saya pernah jalankan sesi fotografi untuk kami berdua.
Lokasi pilihan adalah rumah Mama Abah tapi saya tak taw gambar2 tu kat mana.
Rindunyaa nak tengok balik gambar2 tu.
Tapi kalau tengok balik segan pun ada..muahahahah ;)

Lagi satu benda yang saya ingat bila duduk dengan Mak, tepat jam 12 tengahari mesti Mak suruh tidur.
After lunch, ambil bantak letak kat ruang tamu then Mak tutup langsir pastu zzzz..
Best kan hidup zaman kanak-kanak.
Tak banyak benda kena fikir ;)

Bila dah besar ni tengok anak-anak sedara membesar teringat zaman dulu kala ;)

Tan, seronok ke main dengan Ana dulu??
;)

Sunday, November 14, 2010

♥ love them ♥

Salam sayang semua..
Lama rasanya tak update blog ni..hehe
Kebizian la kunun2..haha
Last week saya berperang dengan 3 paper untuk final exam.
2 paper major + 1 paper elektif.
Esok last paper..elektif 2..mate..
Mate ni pun merisaukan jugak neh..
Maklumla..nak kena tulis dalam bahasa omputih..
Tunggang langgang la grammar saya..hehe

Oopps..sori..rasanya dah keluar dari tajuk saya.
Act saya nak bercerita tentang surprise yang saya dapat.
Jummat lepas..kami satu rumah gotong royong kemas rumah.
Kesan dari banjir dulu rumah still ada bau plus selerak dalam and luar rumah.
So saya kemas dulu bahagian dalam.
Susun balik drower baju..beg2 guni tu semua.
Then mop lantai plus settle kan sampah kat belakang rumah.
Around 1.30 pm settle semua.
Lepas tu mandi manda then semua dah kelaparan.
Saya n atkah decide nak makan KFC.
Rasa laaaamaaa tak makan KFC..hehehehe
Then terus menuju ke KFC kangar jumpa cik abg sayang yang nak lunch sekali.
Kami pun makan macam biasa.

Tapi bila saya dah settle makan..
Housemate saya semua datang.
Eh..sedikit hairan disini.
Depa baru je makan KFC semalam.
Hurmm..xpela..join jela. Lagi bes makan ramai2.
Tapi tiba-tiba Odah letak gambar bawah ni depan saya.
Ngeeeeee =)
Tersenyum kambing sebentar..hahaha
Saya terkedu sampai diorang kata ana macam tak terkejut je.haha
But seriously saya memang terkejut.
Birthday saya dah lama lepas but they still want to celebrate it.
Owwwhhh..heaven..haha


 Thanx to all of you.
Thanx for the yummie cake.
Thanx for being a good members.


..kita hanya merancang..Allah yang menentukan..
..Dia Maha Adil dan dia tahu apa yang rasa dan rancang..
..terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu..
..redha dengan segalanya..
..bahagia dalam sedih..

Sunday, September 19, 2010

♥ Bubye ♥

19 / 09 / 2010
Cuti sudah tamat.
Ada beberapa entry yang saya auto publish kan.
Saja xnak blog ini bersawang.
Cerita2 cuti saya saya buat entry auto.
Last but not least pix me n my baby.


..sungguh saya akan rindu dengan telatah baby2 saya..
..rindukan suara lembut mereka..
..rindukan senyuman manis mereka..
..ohh..rasa tak sanggup nak berpisah..
..tapi ada tanggungjawab yang menunggu..
..i'll be missing you so much prince and princess..

~perlis..here i am~

Monday, August 23, 2010

Sikit je saya makan...

Baru settle berbuka puasa..
Saya heran sangat kenapa saya makan sikit sangat sekarang ni.
Menu berbuka tadi kotiow sup soto..
Baru 2 3 suap saya dah full..
Hurmm..
Kenapa ye..

Sunday, June 27, 2010

♥ Lambaian Kasih ♥

Sudah sampai waktunya..
Aku akan berjauhan dengan insan-insan yang sangat ku sayangi..


Bersama mereka..
Terubat rinduku pada cinta hati..
Sedihku terbang apabila aku melihat senyum tawa mereka..


Bersama mereka..
Tiada kata mengata..tiada dengki mendengki..
Hatiku tenang sentiasa..


Tak sanggup rasanya untuk berjauhan..
Namun kejayaan dalam hidup perlu aku gapai..
Moga aku kuat untuk menempuh rindu yang bakal menebal semula..
Doakan ana selamat di bumi Perlis..

~bubye Taiping~

Thursday, May 6, 2010

...

Mungkin esok..
Mungkin hari selepas esok..
Hurmm..
Entah bila..
Masih menghitung hari untuk saat-saat itu..
Hanya bayangan tanpa sebarang perancangan..
Ada hikmah disebalik segalanya..
Sabarlah menanti ana..

Tuesday, April 27, 2010

Dinner In The Sky

Malam ni ada dinner untuk persaraan sorang pensyarah.
Dan for the 1st time, saya direquest untuk jadi MC.
Berdebar??
Sekarang ni tak rasa nervous lagi.
Dah prepare teks n pikir2 nak baju apa.
So, i wanna enjoy this nite.

*tajuk entry adalah tajuk web bagi gambar tue : pix sumbangan pakcik google*

Monday, April 19, 2010

My Iman 1st Giveaway

Rasanya jarang2 saya masuk contest2 ni.
Tapi disebabkan contets ni dianjurkan oleh Mama Iman, so agak tertarik di situ.hehehehe
Simple n mudah je contest ni.
Sape2 yang berminat bley klik sini.

Maklumat gambar :
- Ahmad Iman Bukhari bin Mohd Khairul Amin
- Diambil pada 09 / 06 / 2009 : 04.14 pm
- Umur baby Iman 6 hari

Bila tengok gambar ni, hati achik tersentuh sangat..
Dalam usia yang baru beberapa hari, dugaan besar telah dilemparkan buat permata hati achik ini..
Hanya kurniaan dari-Nya yang dapat menguatkan hati achik untuk melihat putera ini bernafas..
Saat ini, si kecil Iman menghidap jaundis tahap kritikal.

“Ya Allah, anugerahkan kelangsungan hidup si kecil ini..panjangkanlah usia untuknya..peliharalah permata hatiku dari sebarang noda..kuatkan orang yang lemah di antara dia..sehatkan badan, akhlak, agama putera ini..sejahterakan jiwa dan raganya dalam segala hal yang urusannya..alirkan rezeki anak ini melalui tanganku..jadikan permata ini orang-orang yang baik dan bertakwa, yang punya pandangan dan pendengaran, yang taat kepada-Mu, yang mencintai dan setia kepada kekasih-Mu, yang membenci dan memusuhi musuh-musuh-Mu..Amin"


~Achik sayang Iman~


Wednesday, April 14, 2010

Secebis bicara tinta...

Kenapa Allah kurniakan perasaan kepada manusia?

Itu kerana Allah itu Maha Adil.
Tak pernah sesaat pun Dia melupakan hambanya.
Tak pernah Dia terlupa untuk beri manusia udara untuk bernafas.
Tak pernah Dia terlupa untuk menghidangkan rezeki untuk santapan selera hambanya.
Tak pernah Dia memberikan musibah tanpa ada ganjaran disebalik itu.

Benar kata-kata hikmah itu...
"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Selepas ada tangisan yang mengalir, pasti ada tawa yang mengiringi.
Selepas ada sendu yang bertandang, pasti ada senyum yang terukir.
Ada yang pergi..dan ada yang akan mengganti.

Indahnya ketentuan Tuhan.

Monday, April 5, 2010

Saya nak...

Saya nak keluar jalan2..
Saya nak release tension (xla tension sgt)..
Saya nak pusing2 tasik naik Itik..
Saya nak tengok movie (KL Drift + Stilletto)...
Saya nak makan PIZZA...

Hasil pembelajaran : Saya dapat memahami kehendak diri saya.
Bahan bantu mengajar : Orang yang nak bawak keluar..hurm..nobody.

::fullstop::

Tuesday, March 30, 2010

Me + Him

Rite now saya n dia di Cafe Uncle Tam.
Dia layan Kedah vs Tganu.
Saya layan lappy.

~happy with our life~

::gian nak update blog tp no idea::

Sunday, March 28, 2010

I wanna fly~

Saya rasa diri saya semakin tidak stabil.
Kesibukan kerja yang berada di tahap paling maksimum.
Plan asal saya akan menyertai Latihan Menyelamat Tempat Tinggi weekend ni.
Tapi semua kena cancel sebab bebanan tugas.
Kalau saya ni perangai macam "manusia-manusia" tu, saya pedulikan je tugasan kumpulan saya.
Biar group member yang buat semua.
Tapi saya masih ada hati perut.
Saya xsekejam mereka2 yang meninggalkan kerja macam tu je.
Im sorry buat mereka2 yang terlibat.
Tapi inilah hakikatnya.
Sikap tak bertanggungjawan boleh menyebabkan kebencian orang lain terhadap diri kita.
Renung-renungkanlah wahai manusia....

And setakat ni saya sangat membizi.
Tak tahu la bila akan berakhir semua ini.
Saya rasa macam nak terbang seketika ke tempat yang indah.
Tempat yang udaranya segar dan nyaman.
Tempat yang selalu saya banyangkan sebelum tidur.
*ada sape2 nak bawa saya bercuti x?*

~letihnyaaa~