Bagi anda apa erti seorang sahabat?
Pastinya kita menilai sahabat sebagai insan yang sentiasa bersama kita tika tertawa mahupun menangis.
Sukar untuk kita bertemu dengan seorang sahabat.
Benarlah kata pujangga,mencari sahabat umpama mencari sebutir mutiara di celahan pepasir pantai.
Ikatan persahabatan yang dimulakan dengan salam perkenalan pastinya diharapkan berakhir dengan pisahan nyawa.
Namun,tika sahabat melukai hati, mendendami diri,apakah bibir masih mampu mengukir senyuman.
Tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan.
Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Untuk menjadi seorang sahabat,keikhlasan yang utama.
Namun ia tak semudah yang disangka kerana keikhlasan umpama semut hitam di atas batu di malam yang kelam..kehadirannya sukar untuk ditatap..
SALAM MAAL HIJRAH BUAT SAHABAT SEKALIAN
1 comment:
Salam Maal Hijrah sayang..
Post a Comment