Monday, December 8, 2008

Singkapan Sejarah..

Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat Haji di Mekah yang merupakan rukun Islam yang ke-5 dan menandalan bermulanya ibadat korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari bagi umat Islam untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah.

Selain itu, keistimewaan Aidil Adha dan hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib membacakan khutbah Hari Raya Aidil Adha sehingga sebelum matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-10 bulan Zulhijjah,bulan terakhir dalam kalendar Islam. Hari tersebut merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu kembali di Padang Arafah.

5 comments:

Dj Epoi said...

Salam Aidil Adha Dik Nun!!!!

Dj Epoi baru lepas menjalankan kewajipan tersebut......Baru jer lpas balik dari Proses Penyembelihan..Lembu tadi..hehehehe...

Nak daging mai la.....!!

Dj Epoi said...

Sabrosa.....jadik ka!! turung Taiping hehehehehe....beraya apasalahkan? hahahha.....boleh gi buat apa kata surveyyyyyyyyyyy!!!!!

Diamilikku said...

hai dj epoi..
lain mcm jer duk racun...

Tinta Ana said...

uikk..pakat2 nak mai taiping ka.haha.daging da penuh peti ais laa...len kali la ekk.taun dpn.

sabrosa said...

hahha..xjadi turun..nanti la gua turun bawak rombongan terus..hahhakkk..bley kan umie aleshaa??