Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, September 23, 2011

22 September 2011

Assalamualaikum.
Tarikh yang dinyatakan merupakan tarikh yang padat dengan aktiviti kelas. Aktiviti pertama adalah aktiviti wajib iaitu BIG (bina insan guru). Sape yang berdarah cikgu tu taw la BIG ni apa. Program ni kami jalankan di Sekolah Kebangsaan Bintong. Nothing much to say.

..us di SK Bintong plus Pn Siti Hadijah..

Malamnya pula kami ada jamuan Aidilfitri bersama adik-adik pemulihan. Meriah sangat sebabnya adik-adik kami ni ada 39 orang.campur dengan abang dan kakak ni jadila 59 orang semuanya. Tapi ada 2 3 orang yang tak dapat hadir. 

..warga Pemulihan..

Next year adik-adik ni dah naik degree..dan kami pulak tahn terakhir di maktab ni. Haih..cepat je masa berlalu kan. Dan pastinya pengalaman mematangkan kita. Moga adik-adik ni dapat melalui zaman degree dengan jayanya. Jangan jadi macam senior ek..hehe :)

with love, Ana.

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri : Day 1

Assalamualaikum.
Salam 1 Syawal buat semua Muslimin dan Muslimat. Macam mana dengan 1 Syawal anda? Saya menghabiskan raya pertama bersama keluarga tersayang. Bahagia bila bersama keluarga.


Tok Abah dan Tok Mama bersama cucu-cucu yang ada di pagi 1 Syawal. Abang Iman Bukhari dan Adik Iman Bunyamin yang segak memakai baju melayu kuning. Abang comot sikit sebab berhingus plak pagi-pagi raya ni kan.


Seterusnya sesi bersalaman. Si kecik ni pun sibuk la celah-celah paksu. haish~


My Family. Tema tahun ini kuning :)


Lepas tu gerak balik kampung Mama. Singgah kubur dulu bersihkan kubur arwah tok dan tok sedara. Jalan-jalan dekat kampung sebelah petang. Lepas Asar gerak ke Hospital Taiping melawat ayah sedara saya yang sakit. Sampai rumah terus mandi-manda, rehat-rehatkan diri. 

Saya bahagia bila bersama keluarga. I love them.
:)

Salam Aidilfitri daripada Ana.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri saya ucapkan buat semua Muslimin dan Muslimat.
Moga kita ditemukan dengan Ramadhan tahun depan.
:)


Saturday, October 2, 2010

~senyuman masih bersama kami~

Kami masih dapat mengukir senyuman bersama.
To all Pemulihan, i love you all.
Thanx for every moment that you gave.

:: Kami di Jamuan Jabatan Bimbingan & Kaunseling ::

:: Puteri-puteri Puan Jesma ::

:: Gurls with bonda ::

:: saya suka gambar ni sebab.......hehe ::

And last but not least..
-
-
-
-
-
-
-

:: me and my love ::

...Jamuan Aidilfitri yang meriah...

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Berlalu sudah Ramadhan yang mulia
Diganti pula Syawal yang gembira
Berbagai ragam..berbagai cara
Indahnya suasana berhari raya

Alhamdulillah..
Selesai sudah umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Secara peribadinya, pelbagai dugaan yang saya tempuhi sepanjang Ramadhan ini.
Namun saya cuba muhasabah diri atas segala yang terjadi.
Sedarlah..saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Saya insan lemah yang tak dapat menjaga semua hati disekeliling.
Saya juga hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan perjalanan takdir hidup saya.
Saya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Dia kurniakan.
Saya berpeluang sekali lagi menempuh suasana Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan.
Dalam kegembiraan ada juga kesayuan yang menyentuh hati.

Kepada keluarga tersayang..
Ampunkan segala kesalahan ana..mungkin ada kata yang menyinggung hati..mungkin ada tingkah yang tak disenangi..ana minta maaf banyak2 ye..moga aidilfitri kali ni membawa seribu keberkatan buat keluarga kita.

Buat insan teristimewa, Hamzah bin Abdul Mutalib..
Ana minta maaf atas segala kekurangan sepanjang kita bersama. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri ana. Moga awak bergembira di Alor Star tu dan jaga diri baik2 ye.

Buat rakan seperjuangan (pemulihan)..
Ana mohon seribu keampunan sebab ana tak dapat nak jadi rakan yang baik..ana tak mampu nak jaga hati n perasaan rakan-rakan ana sendiri..ana terlalu lemah untuk menjadi seorang yang sempurna..ana juga minta maaf sebab ana tak dapat jadi ketua yang baik..insyaAllah ana akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan ana..ana terlalu sayangkan ukhwah yang kita bina..ana terlalu rindukan gelak tawa gembira kita bersama..ana doakan agar Ramadhan yang berlalu membawa kebaikan dalam ukhwah ini..

~selamat hari raya~

Friday, September 3, 2010

Mood Raya

Mood raya telah tiba.
Sebabnya hari ni hari terakhir saya di SKPA.
Tadi sempat melawat lab komputer nak sedut data exam.
Sempat la sembang2 dengan cikgu2 lelaki yang berkampung kat lab tu.
So..kita dah berada di penghujung Ramadhan.
Sayu je rasa sebab kita xtahu kita sempat tak nak berjumpa dengan Ramadhan tahun depan.
Insya-Allah esok saya akan ke Melaka.
My bro ada urusan sket.
Bolehlah g shopping2 kann..hehehe
Untuk readers semua..terimalah pantun raya mengikut negeri yang saya amek dari fb.
layaaannnn...


:: kalau xnampak boleh klik bagi besar ::

Thursday, August 26, 2010

..detiknya hampir tiba..

Saya update blog dalam kelas EDU 3105..hehe
Lecturer kata semua dah xdak mood nak kuliah.
So dia bagi permission nak buat apa2 pun dalam kelas ni.hahaha
Mood saya macam mana plak???
Ofkos la happy plus excited nak balik rumah.
Dah lama ooo saya tak menjengah rumah terchenta.
Rasa happy nak balik ni dari tidur malam tadi lagi.
Sampai termimpi-mimpi la.
Ish..ish..ish..punyala excited.hehe
Tak nak cakap panjang2.
Bubye.

Oooo balik kampung..oooo balik kampung..oooo balik kampung..
Hati girang..


Thursday, November 26, 2009

Percubaan Pertama Ketupat Palas

Aidiladha kali ni family saya cuba benda baru.
Ketupat palas.
Hehehehehehehe.
Semua step adalah rekaan sendiri.
Balut2 semua hantam sajalah labu.
Janji dapat ngap pagi raya esok.
Pix2 dibawah disnap semasa dalam proses menyiapkan ketupat.

:: daun ::

:: lokasi depan tv sebab nak tengok nenek kebaya ::

:: hasil2 awal ketupat yang dah siap dibungkus ::

==> sekarang dah kukus and still tunggu hasil..mudah-mudahan menjadiiii <==

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Sunday, October 11, 2009

SUARASA AIDILFITRI 2009

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI 2009 PERINGKAT IPGM PERLIS.
Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dewan Indera Kayangan
Tema : Suarasa Aidilfitri

Majlis ini merupakan kali pertama diadakan di maktab perlis.
Not bad actually.
Tetap meriah dengan lagu-lagu raya.
Memang rasa macam raya pertama plak.
Hehehe.
Antara menu yang ada laksa, soto, mi goreng, dadih, kek coklat+++
Yang sempat saya makan adalah laksa n roti jala je.
Tue pun tak sempat nak habiskan roti jala sebab classmate ajak bergambar.
Ouuchh.macam artis plak kan.hehehe
Gambar2 tak collect lagi.
So saya letak two pix only okkay.
~selamat hari raya semua~

.:. me, ainon n meem .:.

.:. couple of the day.ahaks.:.

==>hari ini saya raya puasa ganti + puasa 6..hehehehe<==

Sunday, September 20, 2009

1 Syawal 1430H

Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga dapat berkumpul untuk merayakan Aidilfitri.
Hanya abg n kak mas yang balik Taiping.
Yang lain2 beraya di rumah mentua masing.
Gambar2 diambil selepas selesai solat sunat Aidilfitri.
Lepas bergambar, terus balik kampung mama.
Beraya sakan di rumah sedara mara sampai buncit perut.
Insyaallah pagi esok gerak balik ke kampung abah di Bidor.


Salam Aidilfitri

Ramai tegur makin kurus..adoii..

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri 1430h

Sambutlah kemenangan kita berjuang dalam bulan Ramadhan dengan kesederhanaan.
Semoga rahmat Ramadhan menyusuri perjalanan kita selepas ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

ikhlas dari,

Monday, December 8, 2008

Buat Anda

Buat semua pembaca,
SALAM AIDILADHA
tika ini..
takbir bersahutan disegenap muka bumi
korban disempurna tanda syukur kepadaNya
atas pemberian tidak terhingga
kepada kita, hambaNya..
moga saat ini menjadi titik permulaan yang baik untuk kita meneruskan hidup dengan kejernihan sebuah Islam.
**daripada Si Tinta**

Singkapan Sejarah..

Hari Raya Aidil Adha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat Haji di Mekah yang merupakan rukun Islam yang ke-5 dan menandalan bermulanya ibadat korban untuk dibahagikan kepada fakir miskin.

Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari bagi umat Islam untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah.

Selain itu, keistimewaan Aidil Adha dan hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib membacakan khutbah Hari Raya Aidil Adha sehingga sebelum matahari terbenam pada 13 Zulhijjah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-10 bulan Zulhijjah,bulan terakhir dalam kalendar Islam. Hari tersebut merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu kembali di Padang Arafah.

Thursday, December 4, 2008

Pengalaman Pertama

Kuih pertama yang kami bertiga buat adalah sarang semut.Nama macam geli je.Yela.Semut kan banyak n kemut2 je depa angkut benda2 manis.Tapi kuih ni cedap tau..

ni la bahan2 yang kami nak guna untuk suma jenis kuih

Tepat jam 3.30 petang mama da nak start projek julung2 kali neh.Haha.Kami pun siap2 suma bahan n letak satu tempat.Senang untuk kami capai je apa yang dia nak dalam resepi tu.Then bermulalah apa yang dirancang.
Miss Tinta yang semangat je pukul bahan2 tuh.Hehehe


Ni la rupa kuihnya..Kita bagi dia bulat2..Tembam cket..Pastu tabur choc rise atas dia..So simple.Ingatkan susah bebenor nak buat kuih neh..Hehehe.

Ciap suma mestila kena bakar.Lebih kurang 5-8 minit je masakla.Nyum2.Amatla sedap.Thanx to mama.=)
NEXT
Huhu..lepas siap jer sarang semut tu terus sediakan bahan untuk next resepi.Kulit buaya.Ni lagi satu.Dah xde kulit laen ke nak buat nama dia.Ermm..tahla.Miss Tinta pun tatau nape.saat jari jemari baru je nak memulakan langkah pertama, tangan Tinta dah hinggap pada tutup tin Planta.Adesh!!Sakit..

Ni la kawasan yng telah terhinggap dan terluka dek tutp tin tuh..hurmm..

Walau apa pun terjadi,Miss Tinta tak patah semangat pun..Hehehe.Projek ttap diteruskan cuma tergendala sebentar dek darah yang tak mahu plak benti2.

Deretan kuih yang sedang menunggu turn nak dibakar

Pembakaran sedang dijalankan..

mangsa kebakaran..HAHAHA

And lagi satu kejadian yang amat besar adalah Miss Tinta silap masuk tepung.Ayakk!!Sori mom.Tepung kek disangkanya tepung jagung..Hahaha.Akibatnya kulit buaya neh betul2 jadi macam kulit boya.Liat.Haha.Tapi orang2 kat umah ni kena abiskan jugak kuih ni.Arahan dari Tinta.Haha.

Inilaa pengalaman pertama Miss Tinta buat kuih raya tradisional ni.Harap2 tak kena reject.Huhu.Kita jumpa pada hari seterusnya.=P~

::MISI TAMAT PADA=9.30pm

Aidiladha

Selalunya hari raya korban orang tak buat kuih raya sangat kan tapi tahun ni mama decide nak buat kuih. Memandangkan Cik Tinta n adik cuti panjang,so mama tak melepaskan peluang untuk 'membuli' kami berdua di dalam dapur. Sebagai anak,kami menurut perintah. Hehe. Dah bertahun2 tak buat kuih seniri neh. Agak excited Miss Tinta kali ni. 4 jenis kuih menjadi pilihan Big Boss iaitu,
SARANG SEMUT
KULIT BUAYA
BELANG BERSARI
CHOCLATE COOKIES
Banyak kejadian2 yang tak diingini berlaku semasa proses neh. Laporan bagi setiap pembuatan kuih ni akan menyusul kemudian ekk. =P~