Showing posts with label Dunia Tinta. Show all posts
Showing posts with label Dunia Tinta. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Semak samun

Seperti biasa weekend saya bermula sekitar jam 9 pagi :)
Cuti kannn..harusslahh tidur dengan aman..hehe
Semalam (sabtu) dah sms orang mesin rumput suruh datang.
Oleh sebab petang sabtu hujan lebat, dia kata datang pagi ahad.
Ok jerr untuk kami.
Pagi ahad lepad dah mesin depan belakang, saya sambung tido :)
Petang baru kumpul2 rumput, then bakar.
Barulah nampak rupa rumah.
:)

 Kawasan depan dah clear.
Senang hati tengok.

Mangsa kebakaran :)

Sekian sahaja weekend saya yang tenang.
*peace*

Monday, April 9, 2012

Sesi menghabiskan baucer fasa 1

Hamek kau tajuk punya panjang. Tajuk dah merangkumi segala isi cerita.hahaha.. So petang tadi keluar untuk sesi mengshoping barang2 dengan baucer buku 1 malaysia yang diterima minggu lepas. Kami pergi ke kedai komputer untuk shoping2. Kenapa tak pegi kedai buku??? Kome jawab la sendiri yee..hehehe

 Cordless Glasser mouse..dah lama teringin nak beli tp harganya boleh tahan..Tengok2 tadi jumpa yang rm33..terus sambar. Warna tetap biru pilihan dihati..hehe. Lain-lain pilihan kaler adalah hijau, hitam dan oren.

Ini pulak untuk mama..pendrive mama hilang jadi saya belikan satu untuk mama. Cari yang 16gb ada yang jenis kecik je..takut mama xsuka pulak. So beli yang 8gb, rm23. Sreen cleaning pulak rm2 sahaja :)

Lain-lain barang beg laptop dan keyboard protector. Semua barang-barang yang diperlukan. Baki baucer masih ada rm100 :)

Tuesday, December 6, 2011

Roses..

..hidupku seperti kembangnya kelopak ros itu..
:)

p/s : menyepi bukan tanda benci..tapi membizi sepanjang cuti..

Monday, August 8, 2011

Anda kreatif?

Assalamualaikum.
Selamat hari Isnin..hehe. Macam mana dengan Isnin anda? Isnin saya dimulakan dengan relief kelas tahun 2 dan nak tahu aktiviti apa yang saya suruh mereka lakukan?
*
*
*
*
*

Buat kad Raya Aidilfitri. hehehehe. Saya pun tah tahu macam mana idea tu boleh datang. Memang idea on the spot lah kata orang. Singgah koperasi beli kertas lukisan (divide 2) the jalan masuk kelas dengan gembiranya. Bila bagi arahan suruh buat kad raya, budak semua respon raya lambat lagilaa cikgu.. Aduss~

Haihh..jadi cikgu memang kena kreatif dalam semua aspek. Bukan kata kreatif buat bahan bantu saja, tapi kena kreatif bercakap, cover keadaan dan sebagainya.hehe

Another "kreatif" dalam hidup saya sebagai cikgu adalah benda-benda di bawah ini. Haihh..saya sendiri tak tahu mana timbulnya kekreatifan ini.hahaha. Layan jela~

..mazing @ cari jalan keluar tapi untuk mazing saya adalah cari nombor tersembunyi..

..bola-bola api..

..boling..

..dadu handmade..

..akuarium comel..ikan pun macam apa je kan..hahaha..

A teacher is a person who take our hand and change our mind.
(taken from SK Seri Indra computer lab)
That's all. Kena tidur awal. Esok nak bangun sahur :)

with love, ana.

Sunday, August 7, 2011

Week 6

Assalamualaikum.
Saya kembali lagi. Sepanjang minggu saya membizi. Al maklumlah..tengah praktikum kan. Lagi 3 minggu saya akan berpraktikum tp boleh kira 2 minggu jela. Sebabnya last week before raya budak2 exam. So cikgu pun relax aje laa ;)

..bila baju kurung dah berpasang2 tergantung macam ni maknanya minggu baru dah nak bermula..

p/s :si kecik Iman Bukhari dah pandai call saya ok..sangat rindu akan beliau..haish~

With love, ana.

Sunday, July 31, 2011

updated

Assalamualaikum.
Sejak ber-ASUS ni saya kena explore macam-macam benda baru. Sebab musababnya sebelum ni saya ber-Compaq dan isi dalam Compaq saya Window XP yg simple mimple. Bila ber-Asus, saya kena explore tentang Window 7. 

Bukan tu saja, bila saya install apa2 pun mesti naik update version sebab version saya semua jenis lama dia kata. So, its ok. Saya tengok2 dulu sebelum download and install. At last, saya berjaya mengupdate sebahagian gajet dalam lappy ;)

Apa2 pun install antivirus dulu. Kaspersky 2012 Internet Security menjadi pilihan.

Youtube downloader pun dah berjaya di install. Real Player Youtube Downloader menjadi pilihan.

Mozilla juga sudah di update.

Teknologi memudahkan kehidupan ;)

with love, ana

Friday, April 15, 2011

Selamat Tinggal Sayangku

 My chenta hati..

:: Alif :: Izrin Irfaz :: Atkah :: Kak Ina :: Ana :: Zaim :: Nabil ::
::Shanas :: Shazrina :: Aishah :: Hafizi :: Aiman :: Danial Rishaikal ::

Sayu rasa hati..

Sunday, April 10, 2011

Wordless Day

They bright my day.
;)

Thursday, April 7, 2011

Update From LKTP

;)
Mulakan hari anda dengan senyuman.

:: CERITA SEKOLAH ::
Now saya di sekolah dan baru je lepas melayan murid-murid saya yang riuh rendah itu.
Bila bunyi loceng rehat, aman duniaku..hahaha
Sekarang saya dengan dilamun chenta dengan mereka-mereka.
Insan yang membuatkan saya tersenyum..ketawa..tersengeh sorang-sorang ;)
Mereka jugak tempat saya melepaskan rindu kepada baby-baby saya yang jauh di mata.
Mereka tempat saya bersembang-sembang.
Bersama mereka juga saya belajar erti insan bergelar "cikgu".
TAPI....
Mereka jugaklah yang membuatkan darah saya mencanak naik.
Mereka buat watak seorang wanita yang ayu (wink wink..perasan sebentar) bertukar jadi singa yang garang dan menakutkan.
Aduss..pening seketika~
Sangat indah dunia bersama mereka.
Rasa terlalu pantas masa berlalu.
Next week dah masuk minggu terakhir saya di sekolah ini.
Saya tempek gambar chenta hati saya di sini ye bukti saya sayangkan mereka.
wink..wink..wink
;)

..ni gambar sipi2 dulu..nanti saya update lagi tentang mereka..

:: CERITA HIDUPKU ::
Hidup saya semakin stabil dengan suasana praktikum.
Semakin happy dan enjoy dengan life di sekolah.
Kesimpulannya, life saya semakin teratur.
Laman saya pun semakin bersih dan kemas.
Saya tempek gambar rumah baru saya ni.
;)



:: CERITA CINTA ::
Detik tahun ke-3 semakin hampir.
Apa yang saya boleh rumuskan, i love him more and more each day.
;)

sekian saja cerita daripada saya

Sunday, April 3, 2011

U.P.D.A.T.E

Salam rindu buat semua..
Memang diakui blog ini sudah berpenunggu..haha..sebabnya tuan blog memang lama giler tak update.
Adoii..memang banyak sangat cerita nak distory mory dalam ni tapi kesuntukan masa siihh..
Tipu la kan kalo xdak masa langsung tapi nak luangkan masa mengadap New Post memang xdak plus malas.
So hari ni saya buat update secara laju sebab kesian tengok blog ni nampak usang je.
Langsir pun tukar baru ;)

..latest pic of me..
..tema hitam putih masa persaraan lecturer..
..sangat taik cicak pada hari tersebut..haha..

THE END

Friday, February 11, 2011

Jalan-jalan lagi!

Pemulihan pernah buat trip ke Bukit Larut, Perak.
Dan hari ini sekali lagi kami akan ke Perak Bumi Bertuah untuk jalan-jalan.
Destinasi pilihan kami kali ini adalah ke Teluk Segadag, Pangkor, Perak.
Antara aktiviti yang kami akan jalankan adalah berkayak n snorkeling.
Saya sangat excited nak pergi ni.
Wooooohoo!!


Im proud with my team!

Monday, December 20, 2010

Jom timbang berat.

Salam readers. Dua tiga minggu ni saya agak rajin explore tentang blog kesayangan ni. Macam2 jugak yang saya try dan ada yang jadi plus ada yang xjadi.hahaha Apa2 pun saya dah semakin berilmu tentang dunia blog. Walaupun xprofesional kann. Boley la kalo takat nak taip entry+letak gambar video semua.hehe 

Owh..saya lari dari tajuk lagi. Malam ni saya nak ajak anda-anda smeua timbang berat blog anda. Saya banyak kali jugak timbang berat blog saya. tapi setakat ni masih ok walaupun saya rasa tinta kehidupan dah semakin berat.hehe. Tah apa benda la yang buat bagi berat. Jom tengok result berat blog saya ;)

Nampak ke? Macam tak nampak je kan.hehe. Xpe2. Biar saya tulis balik result tu.

Domain name : destinasidiri.blogspot.com
Size : 142.35 KB
Load time : 0.76 seconds
Average speed per KB : 0.01 seconds

Macam mana dgn blog anda. Timbang la sendiri.hehehe

with love,tinta ana

Friday, December 17, 2010

Ada kesan tak???

Malam semalam saya asek on9 je. Sambil2 on9 wajiblah ada halua telinga.hehe My winamp playlist la yang menjadi peneman saya. Apa yang saya konpius or musykil, winamp yang playlist dah 900 lebih lagu bley bagi efek apa2 x ek. Saya ni bukanla teror sangat bab2 ni.hehe


See..playlist saya yang dah 906 lagu.hehe Saya ni main enqueue je dalam playlist. Tengok2 banyak lagu dalam tu. Agak2 ada kesan x??

with love, tinta ana.

Monday, June 28, 2010

Ana yang dapat..yeeyy!!

Tajuk entry ini adalah dialog2 kurang asam my classmate yang seronok bila undian untuk Penolong Ketua Kelas (PKK) dapat kat saya.
Adoooiii..tanggungjawab besar ni.
Untuk semester 4 ni, turn Mohd Azam akan mengetuai Pemulihan Group dan dibantu oleh Cik Nurul Farhana.
Tah gurl mana yang depa pilih untuk penolong  pun tak taw la.
Apa2 pun InsyaAllah saya akan cuba buat yang terbaik untuk semua.
Untuk hari pertama ni, saya berjaya cancel kelas untuk petang ini.hahaha
Bukan la cancel terus tapi dah buat pagi tadi.
Kalau ikutkan jadual, kelas kami 3-5 pm : MTE 3107 Planning and Teaching Mathematics.
Oleh sebab PKK baru berdedikasi, dapat la anjak ke pagi.wakakaka 
*sila muntah*

..Ketua Kelas baru yang duduk di sebelah gurl baju biru..
..Penolong Ketua Kelas baru berdiri di belakang no 4 dari kiri..
*nak interframe jugak kedudukan I ..wakakaka..muntah lagi*

Buat kawan-kawanku..
Semester ni jangan nakal2 taw..
Kelas jangan ponteng2..
Group work jangan jadi sleeping partner..
Assignment jangan lambat hantar..
Conclusionnya..jangan buat hal ye semester ni..semester depan xpe.
KK and PKK garang okkay.

~pemerintahan diktator bermula~

Tuesday, June 8, 2010

ana...jesma...

Nape tiba2 sebut nama lecturer plak neh.
Rindukah???
Oopss..rindu jugak la tapi ni bukan nak cerita kes rindu.
Tapi kes eksperimen saya yang kedua untuk hari ini.
Kali ni xnak cuba pasal makanan dah.
Tapi masuk bab fesyen plak.hehehehehehehe
Saya saja je cuba try test skaf dua lapis.
Saja suka2 buang masa.
Try pakai dengan selendang panjang kepunyaan kak dilah.
Belit sana belit sini last2 jadi la macam gambar kat bawah ni.hehe

Malu ada..lawak pun ada.
Tapi pikir2 balik bukannya tanggalkan terus tudung saya kan.
Masih bertudung cuma gaya je lain sket.
Kalau berkenan bley la coba coba lagi lepas ni.haha

Owh..lupa plak nak story.
Pix kat sebelah tu la Puan Jesma my Remedial Education's lecturer.
Lecturer yang bergaya okkay.
Saya rasa dia antara orang yang terawal pakai skaf dua lapis ni.
Memang up to date la Pn Jes pasal fesyen2 ni.
Admire la kat dia bab fesyen.hehehe

~sapa yang rasa kelakar dengan gambar saya sila tutup mulut~

Thursday, June 3, 2010

bila Ana sudah tua...

Diamilikku memang blog wajib yang saya jelajah.
Then entry 20 tahun akan datang..... sangat kelakar okkay.
Sambil2 try wireless baru kat rumah neh, saya pun merajinkan diri mencoba.
Nak tengok jugak la muka saya 20 years akan datang.
Gambar yang saya guna adalah seperti di bawah.

Dan hasil wajah 20 tahun akan datang adalah seperti di bawah.
Hahahahahhahahahhahaha.
Kelakar tak hengat.

Sapa2 yang rajin buat la.
Untuk menghiburkan diri aje.hehe

Last Day : Konvokesyen

Tugas terakhir untuk semester ni adalah urusetia konvokesyen.
Guru pelatih yang terlibat dengan konvo ni adalah KPLI and cikgu2 kursus dalam cuti (KDC).
Tahun ni kelas saya kena bahagian protokol.
Ada yang bawa bunga manggar, sireh junjung n bunga telur.
Kaum adam jadi usher iring2 tetamu neh.
Saya n one of my classmate kena iring lillte flower gurl.
Pix kat bawah ni me n adik Fitrah (cucu salah sorang lecturer).
Adik ni dipilih untuk bagi bunga kepada Raja Perempuan.
So, xnak cerita panjang2.
That's all for today.

me ♥ adik fitrah

aku ♥ dia

~mukaku masih burn~

Sunday, May 30, 2010

LANGKAWI The Best Experience

Hari ni saya bangun lambat ye kawan-kawan.
Sebabnya badan saya dah kehabisan tenaga dek latihan JPA.
Tapi saya sangat2 seronok dengan latihan ni.
Sebabnya saya dapat drive bot penyelamat + jadi bowman (jurupandu bot yang berdiri kat depan bot tue)
Jetski pun saya bawak.
Seronoks + puas.
Awal2 takut lagi nak bawak laju2.
Then jurulatih Syukran kata "kita drift sket" (dialog dia atas jetski), I pun memberanikan diri mencuba.
Dan hasilnya saya puas!!!
Walaupun dapat naik sekali je tapi saya sangat2 puas.
Bukan macam someone yg pentingkan diri tue, asyik2 dia je nak naik jetski
(bukan student maktab okkay)
Saya dari awal dok bengang giler2 dgn budak neh.
Macam2 sumpah seranah keluar ditujukan khas untuk dia.
Arrrgghhh..rosak percutian ku dgn JPA.

Ok2..amek mood happy balik.
After jetski..saya n 8 orang membe yg lain sambung aktiviti.
Kami 9 orang diterjunkan ke tengah laut berbuddy.
(saya buddy dengan jurulatih hafiz)
Then kami kena swim sampai terbentuk 1 bulatan (tengah2 laut okkay)
Then kena baris memanjang n terus swim sampai pantai.
Aktiviti ni dah menyebabkan bahu saya lenguh tahap maksimum sampai xboley nak angkat tangan.
Apa2 pun pengalaman ni sangat bermakna.

:: gambar bersama jurulatih Langkawi ::

Another thing, saya dah pandai berenang + apungkan diri.
Yiippiee~
Walaupun xteror lagi kan tapi saya ada improvement sebab saya memang xtaw langsung nak swim neh.

Haaahhh..saya menghargai semua pengalaman ni walaupun muka saya dah macam udang panggang..huhu..

~pen off~

Thursday, May 27, 2010

Belayar ke Langkawi

:: auto publish entry ::

Masa entry ni dipublish saya mungkin tengah bersesak-sesak di jeti Kuala Perlis untuk ke Langkawi.
Mungkin juga saya tengah duduk sedap atas feri melayan pemandangan laut.
Indahnya......(feeling seketika)

-gambar hiasan-

Bercutikah saya??
No..no..no..
Saya ada latihan Pertahanan Awam.
Latihan menyelamat bot dan air.
Lokasi latihan Pantai Cenang.
Moga kami selamat pergi & balik.
Jumpa lagi.

~ada orang merindu..hehehe~

Tuesday, May 25, 2010

It's killing me....

Dah lepas 3 paper tuk exam semester 3.
Alhamdulillah 1st paper dapat jawab dengan senyuman.
Tapi another 2 paper sangat membunuh jiwa.

Semalam PKP 3105 : Pendidikan Disleksia.
Semua jawapan ikut logik akal je.
Mana yang rasa boley pakai, tulis je.
Awal2 tengok soalan esei xfaham n blur.
Rasa nak cry je dalam dewan tu tapi control dulu.
Rilex2 kan otak jap patu mula menggoreng.
Untuk pengetahuan semua, point2 dalam esei juga ikut logik akal.
Xdak pun fakta2 ke.huhuhu

Today PKP 3106 : Pentaksiran Dalam Pendidikan Pemulihan
Lagi satu yang menyakitkan otak.
Tengok soalan satu pun xtaw.
Subjektif xtaw...esei lagi la xtaw.
Tapi dengan kreativiti yang ada, saya dapat menggoreng dengan jayanya.hahaha
Ni paper pertama yang saya dok tulis jawapan sampaila pengawas exam suruh letak pen.huhuhu
Memang xyakin langsung dengan point2 jawapan.
Tapi apa2 pun saya tawakal jela.....

Esok BMM 3117 : Kaedah Pengajaran BM Sek Ren
Lusa MTE 3112 : Mathematics Curriculum Education
I'll try my best untuk next and next exam

~merehatkan diri & otak yang tenat~