Weekend kali ni terasa sangat panjang. Sebab apa?? Sebab semua budak-budak hostel balik rumah masing-masing. So cikgu yang ada dekat sini kesunyian laa. Tambah pulak hari Isnin cuti Hari Malaysia. Lagilah mati kutu cikgu tak tahu nak buat apa. Makanya, kami yang tinggal ni plan untuk keluar ke Song. Tujuan utama adalah untuk beli tong gas nak ganti balik dewan makan punya.
Jam 6.30 pagi kami dah tunggu di jeti sekolah. Tunggu bot yang orang sini panggil Ah Cai (maybe la kot ejaan macam ni). Lebih kurang jam 6.50 pagi bot pun sampai. 20 minit sampailah kami di pekan Song. Kecik saja pekan Song ni. Kami ada masa beberapa jam sebab bot tu akan balik jam 11.30 pagi.
Destinasi pertama kami adalah pasar sayur. Kena tuju sini dulu sebab katanya pasar ni tutup awal. So marilah membeli sayur-sayuran. Saya tak bernafsu sangat tengok sayur-sayur ni.hahaha. Tapi saya tengok ada pelam dan pisang. Terus saya terfikir, dah lama tak makan buah. Terus beli pisang sepinggan RM2, pelam sepinggan.
Ni housemate, schoolmate, roommate saya.hehe. Kawan baru dari Pendang, Kedah. Dia dulu IPG Darul Aman. Makanya memang keluaran IPG utara lah kami berdua ni. Dari utara terbang ke hulu. Haaa..kellass gitu. ;) Cik dayah ni tengah pilih-pilih sayur. Bab masak memang serah dekat dia. Maveless~
Lepas pasar, kami order tong gas. Minta dia hantar ke wharf (jeti) jam 11.30 pagi. Harga tong gas dia memang melampau-lampau bezanya dengan tempat kita. 1 tong penuh RM178. Dengar je harga tu, senyum tak perlu kata apa-apa. Hulur jela duit yang berkepuk tu ye.
Habis gas, kami brekfes dulu. Awal pagi lagi kan. Brekfes sampai penuh perut, sambung berjalan-jalan men'settle'kan urusan masing-masing. Pergi repair printer, beli payung (payung memang pentin dekat sini), beli makanan sikit. Lepas tu lepak laa sampai jam 11.30 pagi.
Tepat 11.30, kami pun naik bot. Ni lah suasana dalam bot. Tambang RM3 sehala. Pergi balik jadi RM6 la. Berbeza la kalau naik perahu. Perahu RM30 pergi balik. Yela..perahu kan kecik je. So bayar duit minyak banyak la kan.
Ni rupa pekan kecil Song. Bank pun ada BSN je. Apa-apa pun, disini tempat saya mencari rezeki. Next time ketemu lagi ye pekan Song.
Till then,
See ya!
No comments:
Post a Comment