Wednesday, June 26, 2013

It's not easy okay..

Masih dalam mood meng'settle'kan urusan untuk ke Sarawak. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Yesss..ayat tu memang makan dalammm..

Lepas tahu result posting, tiap-tiap hari WAJIB keluar ke sana ke sini. Yela kan..minggu depan dah nak terbang. Bukan hujung minggu tapi hari Isnin!!! Masa memang sangat mencemburui saya sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah malam. Lepas tu tidur, bangun pagi esok ada lagi benda tak settle.

Semalam pergi Pejabat Imigresen untuk buat Dokumen Perjalanan Terhad atau orang panggil passport biru. Nasib baik pegawai semua ramah tamah dan murah dengan senyuman. Lepas sejam, saya pun dapatla memegang DPT pertama dalam hidup. (sungguh ku tak sangka rezekiku sejauh ini..haha)

Hari ni pulak pergi cari barang keperluan untuk bawak ke sana. Semua beli yang kecik-kecik je. Nak terbang kan..so tak boleh besar-besar. Nanti berat..hehehe 
(sangat anxiety sebab 1st time naik flight..hahahaha)

Ingatkan dah settle la semua urusan. Sekali petang tadi dapat surat yang kena faks balik ke KPM. Oh my........ Maknanya, esok kena keluar lagi!!! Ok la..jumpa lagi lain kali. Kalau rajin ada la update lagi. Kalau tak rajin, update LIVE FROM SARAWAK laaa jawabnya.hehehe

See ya!!
:)

Tuesday, June 25, 2013

Quick update : Rezeki di Bumi Kenyalang

Alhamdulillah.
25 Jun 2013 tarikh keramat bagi PISMP Ambilan Januari 2009.
Dari Disember 2012 - Jun 2013 barulah berita yang sangat dinanti tiba.
Walaupun jauh dari keluarga, jauh dari negeri sendiri tapi demi pewaris negara, akan ku kuatkan hati menyahut cabaran ini.

SARAWAK AKU DATANG
:)

Mode CIKGU : on
:)

Tuesday, June 11, 2013

Konvokesyen @ PICC : 28 Mei 2013

Hari yang dinanti telah tiba. Mulakan hari dengan senyuman walaupun kena bangun jam 5 pagi!!! Dah la malam tu saya tido dekat pukul 1 pagi gara-gara lupa bawak spray iron baju, makanya terhegeh-hegeh laa saya iron baju batik Abah. Oh my..lotih den. Memang tobat tak mau beli batik ori. Ok tak pe. Kita lupakan perkara yang meletihkan :)

Lepas subuh kami terus bertolak ke PICC. Gerak satu kereta dulu. Kakak dan anak-anak menyusul kemudian. Kami sampai PICC dah ramai tapi lor parking masih banyak yang kosong. Dapat je parking terus gerak ke hall utama. Dah penuh hall tu dengan graduan dan family masing-masing. Orang pertama yang saya jumpa Nadia (classmate). Tanya dia pasal hood sebab hood tak dapat masa hari taklimat. Dalam 5 minit Aten sampai dengan hood semua budak kelas. Dah bedak2 hood masing-masing tak reti pulak nak pakai.haha..Adoiii.. Kita bercerita dengan gambar pulak okkay :)

Ni pembantu peribadi saya. Kalau tak de mak buyung ni kelam kabut jugak dibuatnya.hehe. Mak buyung ni la pakaikan hood saya. Maklumla, pengalaman berkonvo dia banyak kali..hehe :) TQ  Kak Dilah :)

Suasana saya dan classmate yang masing-masing blur memegang hood.haha.. Boleh pulak tak reti pakai. Dah la pegawai yang uruskan dah panggil graduan suruh berbaris la bagai. Waktu ni Mama & Abah dan beratur nak masuk dewan. Nak duduk bahagian depan kenala beratur cepat..hehe :)

Dah siap pun berjubah, bertopi dan berhood.hehe.. Dua assistant saya dipagi hari. Tema kami warna biru ye hari ni. Tema mengikut baju graduan aka saya.hehe.

Him yang dan lagi senyum padahal kakak dia dah kelam kabut perbetul hood dia.haihh..

Semua dah ready untuk berbaris. Muka eksited ye semua. Harus eksited meraikan kejayaan bersama. Pai yang angkat kaki sebelah, buat peace tu dengan yakinnya dah siap padahal hood dia terbalik!!! Tengoklah bahagian kelabu yang belakang tu menggelebeh je. Dah kelam kabut bukak pin, betulkan balik. Tapi tak pe, hero dan heroin ramai :) SAHABAT kan :)

Penunggu setia diluar dewan. Sempat lagi shoping hadiah pesanan dari orang seberang.hehe. TQ Abang Dun sekeluarga :) (tak sangka dapat belon+bear)

Ni pun penunggu setia diluar dewan. TQ yq :)

Graduan bersama Mama Abah. Moga kejayaan ini dapat memberi kebahagiaan kepada Mama Abah. Doakan kejayaan-kejayaan yang lain dalam hidup Ana ye :)

Dah macam penjual bunga pulak saya tengok gambar ni. Penjual bunga tak laku.hahaha

Family photo diluar pintu utama PICC.

Bersama mama abah & adik beradik yang hadir. TQ semua :)

And finally, gambar bersama rakan seperjuangan. Sekarang kita dah bertaburan di bumi Allah ini. Moga ukhwah antara kita akan terus kekal. Ana doakan kejayaan serta kebahagiaan sentiasa menjadi milik kita. Jadikan kenangan bersama sebagai coretan terindah dalam kamus hidup anda. 

Moga berjumpa lagi. Sayang kalian hingga hujung nyawa.
:)

Pre-Konvo : 26 Mei 2013

Ahad, 26 Mei 2013.

Seawal jam 7.30 saya dah 2 orang lagi classmate dah bertolak dari Klang ke PICC. Kami sampai on time. Tak awal sangat, tak lambat sangat. Mula-mula sekali jumpa Hafiz (classmate) waktu nak masuk lif. Tengok-tengok belakang, nampak pulak Azam (classmate jugak). Waahhh..terubat rindu!! Belum jumpa yang lain-lain lagi.

Dah sampai tingkat C, terus nampak yang lain-lain. Apa lagi, berdrama la sekejap. Nasib baik xdak drama air mata.hikhik. Semua happy go lucky. Gembira dengan hidup masing0masing..hehe :) Tak dan puas sembang, dah kena masuk dewan untuk taklimat. Settle taklimat terus beratur untuk ambil jubah dan lain-lain barang.

 Me & Him yang dah settle semua urusan. Tinggal nak berlepas pulang saja.hehe.

Mama yang sempat bergambar-gambar dalam dewan lepas saya habis semua urusan. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar. Kami pun terus gerak ke Bangi untuk makan dan solat. Then terus zasss ke Melaka.

Next entry : Konvokesyen @ PICC

Wednesday, June 5, 2013

Jalan-jalan Melaka : 26 & 27 Mei 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan lafaz yang sungguh mulia saya mulakan celoteh saya. Cuti sekolah kali ni dimulakan dengan perjalanan ke selatan. Tak berapa selatan la. Melaka.hehe. Tujuan asalnya adalah untuk ke hari konvokesyen saya di PICC, Putrajaya. Oleh sebab konvo hari selasa, makanya marilah kita berjimba-jimba dengan keluarga dulu. Hari sabtu 25 Mei 2013 saya dah gerak dulu naik bas ke Shah Alam. Stay rumah classmate satu malam sebab pagi ahad ada raptai di PICC. 

Pagi ahad family bertolak dari Taiping dan singgah di PICC ambil saya yang baru je settle raptai + pendaftaran konvo + ambil jubah konvo. Lepas tu terus gerak ke Melaka. Sampai rumah Abang Dan lebih kurang jam 5.30 petang. Abang Dan terus suggest pergi makan seafood di Sungai Udang. Kiranya tempat wajib pergi la kalau family saya datang melaka.

26 Mei 2013
Antara makanan yang diorder. Udang butter garlic (super sedap), sotong goreng tepung. Yang lain, ikan bakar, ikan bakar pedas, ketam masak apa tah (lupa sudah), otak-otak. Memang kenyanggggg :)

Mama, Abah, Kak Zie (wife Abang Dan).
Ni baru peringkat permulaan nak menyerang makanan. Perut pun memang tengah lapar.hehehe

Dah settle makan budak-budak dah lost control.hahaha. Ni Tok Abah tengah cuba melayan cucu-cucu sehabis baik. I yang dekat belakang tu senget2 mengejar budak-budak ni.hadoii..mana tak kurus Mak Cik uolsss ni.

Dah hampir selesai. Family kakak bertolak dari Taiping lewat sikit. Sampai-sampai je terus ngapp.

Suasana dalam kereta bila mana mood budak-budak semua di tahap gembira. Haa..bermesra-mesraan korang eh dalam kereta Tok Abah ni. 

Tok Abah & Tok Mama bersama cucu-cucu. Cucu lagi sorang demam. Tengah lena dalam kereta. Waktu ni kami singgah solat di Masjid Kampung Mortan. Kampung ni pun antara tempat wajib lalu family saya.hehe. Sebabnya cantik kampung ni dengan lampu-lampu yang banyak dan menarik. Lagi satu lokasinya mengadap sungai laluan Melaka Cruise. Boleh tengok bot sambil duduk2 ni.

Adik tuan tanah yang berposing depan salah sebuah rumah di Kampung Mortan ni. Meriah kan rumah diorang? Rumah kita macam mana?hehe :) Perjalanan diteruskan pada hari esok.

27 Mei 2013
Settle brekfes, Abang Dan n Kak zie pun dah g keje kami pun bergerak ke lokasi pertama. Lokasi yang dah lama tengok tapi tak naik2.hehe

Tengah tunggu turn nak naik. Masa ni tak dak orang pun. Lepas kami duduk je terus berderet orang datang. Lega tak payah q panjang2. 

Dalam Muzium Kapal. Budak berdua kecik tu berkepit je dengan orang sebabnya takut dengan patung-patung dalam muzium ni.haiyaaaa

Mama Abah di bahagian atas kapal.

Iman orang paling eksited bila masuk muzium TLDM. Ada macam-macam kenderaan dan alatan-alatan tentera laut. Jangan kata budak ni, Makcik dia pun over you.haha. Disini, beli 1 tiket, masuk 3 muzium.haa..gitu kekdahnya. Makanya marilah kita memenuhi dada dengan ilmu sejarah ye ;)

Tuan tanah dengan budak gemok atas kapal tentera laut. Eksited okkay.
(makcik dia yang eksited)

Lepas dah habis muzium, kami jalan kaki ke Dataran Pahlawan. Ofkos la nak shoping-shoping. Sebelum sampai tu jumpa keretapi ni. Naik terusss.haha

Settle shoping singgah Masjis Selat. Cantik masjidnya. Tepi laut. Lepas tu terus ke kapal selam. Dulu tak boleh masuk kapal selam ni. setakat tengok badan dan montot kapal je. Baru je dia bukak untuk pengunjung. Terus tak lepaskan peluang untuk masuk. Sempit benor kapal selam ni rupanya. Penuh dengan enjin-enjin. Ada la dia tunjuk bilik krew, dapur, bilik mesyuarat. Semua saiz kecik sebab kapal selam kan lonjong je. Mana nak ada kawasan yang luas. Pengalaman baru sebab dapat masuk kapal selam. hehe :)

Settle kapal selam kami terus zass balik rumah Abang Dan untuk mandi-mandi dan ambil barang-barang. Dalam jam 6 lebih kami bertolak ke Bangi sebab dah booking hotel di Bandar Baru Bangi. Kena stay area Putrajaya sebab konvo tuan tanah sidang pagi. 7.30 dah kena lapor diri.hehe. Cerita konvo dalam next entry okay.

Love, Ana.
:)