Monday, March 4, 2013

Protect The Boss

Hai. Saya masih dalam status menganggur. Baru dapat berita disenaraikan dalam Calon Penilaian Khas untuk urusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Tapi saya tak nak bercerita pasal kerjaya sebab saya masih tak nampak sinar kerjaya itu.haha. Tah apa-apa je ayat kan. 

Bila bosan tak tau nak buat apa kat rumah, maka saya telah mengadap laptop hampir sepanjang hari. Celik mata je terus on laptop. Lepas saya layan drama korea My Princess dulu, saya rasa macam bes pulak dengan satu drama ni korea ni. Protect The Boss. Bawah ni gambar 4 orang pelakon utama. 


Saya suka tengok drama ni sebab jalan cerita yang menarik. Saya langsung tak dapat teka apa scene yang akan berlaku seterusnya. Lagi satu watak jahat yang ditonjolkan tak menyakitkan hati.haha. Tak de la nak emo lebih kan tengok cerita ni. Drama ni jugak cerita macam mana setiausaha ni tangani masalah panic disorder boss dia. 

**I'll Protect You by Jaejoong **

4.5 bintang untuk drama ni.
5 bintang untuk OST drama ni.
Thumbs up.
:)

No comments: