Hari ni result SPM bagi batch SPM 2012 diumumkan. Tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya mengharungi salam satu benda wajib di negara kita. Berjaya atau tidak adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Mengimbau kenangan mengambil keputusan SPM ni buat saya tersenyum sendiri. Mana tak nya.. Hari tersebut dah bertahun-tahun berlalu.
Selepas SPM tamat, saya tak apply mana-mana kerja sambilan. Sebabnya nama saya memang bertuah kerana terpilih menyertai program khidmat negara atau lebih dikenali sebagai PLKN. Perasaan waktu nak menyertai PLKN adalah sangat tak best. Saya memang seorang yang tidak aktif kalau masuk bab aktiviti luar yang mencabar ni. Walau apa pun, saya berjaya menghabiskan masa di Kem PLKN Chenderiang, Tapah selama 2 bulan 11 hari.
**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 2 **
:: 12 Mac 2007 ::
Dengan muka yang hitam legam (kesan PLKN), saya pun bersiap-siap untuk ke sekolah tercinta, Sek Men Keb Doktor Burhanuddin. 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah ni. Jatuh bangun saya sebagai seorang remaja yang sedang membesar. Tempat saya jadi budak skema, jadi budak nakal. Pernah kena rotan sebab tak pergi Subuh berjemaah. Sebuah sekolah yang saya tak kan pernah lupa.
**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 3 **
Sampai je di sekolah, dah ramai rakan-rakan lain dan guru-guru dah berkumpul di kantin sekolah. Ada yang dah dapat result. Dalam hati ni Allah je tahu betapa berdebarnya rasa. Saya tak kisah sangat keputusan macam mana tapi saya kesian kalau keputusan ni mengecewakan Mama Abah. Waktu ambil result saya ditemani oleh kedua2 insan tersayang ni. Apa yang lawaknya bila tiba di sekolah, saya lihat sapa2 yang terlibat dengan PLKN semua muka rentung dan yang lelaki rambut botak.haha.. Jadi saya takla sedih sangat muka saya rentung.hahaha.
**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 4**
Lepas dapat je result SPM, saya pun jumpa cikgu2. Ucap terima kasih. Besar pengorbanan seorang guru. Sekarang saya juga seorang guru. Saya tahu seorang guru hanya ingin lihat kejayaan anak muridnya. Itulah hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru. Tapi saya tak dapat beri hadiah itu kepada guru-guru saya. Keputusan SPM saya tak la berderet A nyaa. Cukupla sebagai bekalan itu berjuang ke medan seterusnya.
**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 5**
Buat adik-adik, SPM hanya permulaan dalam perjalanan hidup ini. Perjuangan perlu diteruskan walau apa juga keputusan yang diperoleh. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang paling penting adalah usaha.
Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.
:)
No comments:
Post a Comment