Friday, March 29, 2013

Akhirnya..

Setelah menjadi pengunjung setia laman web SPP sejak beberapa bulan lepas, penantian saya akhirnya berakhir. Nama saya telah disenaraikan dalam Program Penilaian Khas Zon Utara yang akan dijalankan pada 4 April 2013 bertempat di Hotel Bayview Georgetown, Pulau Pinang. 

- senarai nama sahabat baru -
:)

In sha Allah saya akan ditemani oleh Mama Abah pada hari tersebut. Oleh sebab buat dekat Penang, makanya tak perlulah nak stay dekat sana. Gerak dari rumah je pagi2 buta tu terus ke Hotel Bayview.

- tempat pertemuan SAHABAT IPGM -

Doakan segalanya dipermudahkan.
Apa jua yang kita rancang, hanya Allah yang tentukan.
Dia sebaik-baik perancang.


:)

Thursday, March 21, 2013

Cerita SPM

Hari ni result SPM bagi batch SPM 2012 diumumkan. Tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya mengharungi salam satu benda wajib di negara kita. Berjaya atau tidak adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Mengimbau kenangan mengambil keputusan SPM ni buat saya tersenyum sendiri. Mana tak nya.. Hari tersebut dah bertahun-tahun berlalu. 

Selepas SPM tamat, saya tak apply mana-mana kerja sambilan. Sebabnya nama saya memang bertuah kerana terpilih menyertai program khidmat negara atau lebih dikenali sebagai PLKN. Perasaan waktu nak menyertai PLKN adalah sangat tak best. Saya memang seorang yang tidak aktif kalau masuk bab aktiviti luar yang mencabar ni. Walau apa pun, saya berjaya menghabiskan masa di Kem PLKN Chenderiang, Tapah selama 2 bulan 11 hari. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 2 **

:: 12 Mac 2007 ::
Dengan muka yang hitam legam (kesan PLKN), saya pun bersiap-siap untuk ke sekolah tercinta, Sek Men Keb Doktor Burhanuddin. 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah ni. Jatuh bangun saya sebagai seorang remaja yang sedang membesar. Tempat saya jadi budak skema, jadi budak nakal. Pernah kena rotan sebab tak pergi Subuh berjemaah. Sebuah sekolah yang saya tak kan pernah lupa. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 3 **

Sampai je di sekolah, dah ramai rakan-rakan lain dan guru-guru dah berkumpul di kantin sekolah. Ada yang dah dapat result. Dalam hati ni Allah je tahu betapa berdebarnya rasa. Saya tak kisah sangat keputusan macam mana tapi saya kesian kalau keputusan ni mengecewakan Mama Abah. Waktu ambil result saya ditemani oleh kedua2 insan tersayang ni. Apa yang lawaknya bila tiba di sekolah, saya lihat sapa2 yang terlibat dengan PLKN semua muka rentung dan yang lelaki rambut botak.haha.. Jadi saya takla sedih sangat muka saya rentung.hahaha. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 4**

Lepas dapat je result SPM, saya pun jumpa cikgu2. Ucap terima kasih. Besar pengorbanan seorang guru. Sekarang saya juga seorang guru. Saya tahu seorang guru hanya ingin lihat kejayaan anak muridnya. Itulah hadiah yang tidak ternilai bagi seorang guru. Tapi saya tak dapat beri hadiah itu kepada guru-guru saya. Keputusan SPM saya tak la berderet A nyaa. Cukupla sebagai bekalan itu berjuang ke medan seterusnya. 

**gambar hiasan : Kenangan tingkatan 5**

Buat adik-adik, SPM hanya permulaan dalam perjalanan hidup ini. Perjuangan perlu diteruskan walau apa juga keputusan yang diperoleh. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang paling penting adalah usaha.

Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.
:)

Monday, March 11, 2013

Blog Translation

Salam sayang semua. Sape pernah guna Google Transle? Saya ada jugak guna Google Translate ni.  Benda ni biasa je saya rasa. Semua orang tahu. Tapi saya baru taw yang Google sediakan Translation untuk blog!!! Wowwww!!! Sama ada benda ni masih baru atau saya yang lembap lambat.hahaha. Apa-apa ia satu benda yang sangat menarik sebabnya kalau blog yang kita xpaham tu, boleh la translate kepada bahasa ibunda kita. Yeyyy..proses blogwalking akan jadi lebih menareksssss~~~


Mula-mula bukak layout utk blog kita. Lepas tu Add Gadjet. Caru Translate macam dalam gambar tu. Tekan je Gadjet tu. Siap!!

  
Ni Gambar preview Gadjet dalam blog saya. Dalam kotak merah tu ruang untuk pembaca yang nak translate blog saya. Saya rasa application ni sangat berguna lebih-lebih lagi kalau kita nak baca blog yang kita tak kuasai bahasanya. Jom pakat-pakat letak gajet ni.

**Tinta Kehidupan versi Korea**
Korean mode : ON

Salam sayang dari Ana.
:)

Friday, March 8, 2013

To The Beatiful You

Hai semuar. Ni cerita pasal drama korea ke-3 yang saya tonton. Drama ni santai. Cerita pasal seorang student high school yang dah give up dalam sukan lompat tinggi. Lepas tu ada seorang gadis yang nak tolong dia kembali dalam sukan tu. Masalahnya high school tu adalah untuk lelaki sahaja. Tapi gadis ni nekad dan dia berlakon jadi student lelaki!! Haa..ada banyak scene yang lawak. Santai je layan drama ni.

Min Ho sebagai Tae Joon (baju belang2)
Sulli sebagai Jae Hee
**hero dan heroin**

**antara barisan pelakon**

Ada yang kata orang minat tengok cerita korea ni sebab romantik. Ermm..bagi saya romantik tu memang la. Macam cerita omputih jugak la. Drama melayu pun ada jugak yang romantik kan. Jadi bagi saya drama korea ni sama je macam dram-drama yang lain. Ada kelebihan dan kekurangan. Yang pastinya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Dan yang paling saya admire bila tengok cerita korea adalah teknologi di negara mereka. Perghh..kalau kat negara kita teknologi macam tu semua baru nak berkembang. Apa-apa pun, saya sayang Malaysia.
:)

4.5 bintang untuk drama ni.
:)
Annyeong!!

Monday, March 4, 2013

Protect The Boss

Hai. Saya masih dalam status menganggur. Baru dapat berita disenaraikan dalam Calon Penilaian Khas untuk urusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Tapi saya tak nak bercerita pasal kerjaya sebab saya masih tak nampak sinar kerjaya itu.haha. Tah apa-apa je ayat kan. 

Bila bosan tak tau nak buat apa kat rumah, maka saya telah mengadap laptop hampir sepanjang hari. Celik mata je terus on laptop. Lepas saya layan drama korea My Princess dulu, saya rasa macam bes pulak dengan satu drama ni korea ni. Protect The Boss. Bawah ni gambar 4 orang pelakon utama. 


Saya suka tengok drama ni sebab jalan cerita yang menarik. Saya langsung tak dapat teka apa scene yang akan berlaku seterusnya. Lagi satu watak jahat yang ditonjolkan tak menyakitkan hati.haha. Tak de la nak emo lebih kan tengok cerita ni. Drama ni jugak cerita macam mana setiausaha ni tangani masalah panic disorder boss dia. 

**I'll Protect You by Jaejoong **

4.5 bintang untuk drama ni.
5 bintang untuk OST drama ni.
Thumbs up.
:)