Wednesday, January 23, 2013

Bumi Indera Kayangan

November 2012 merupakan bulan terakhir saya bertapa di bumi Perlis. Teringat kembali waktu pertama kali menjejakkan kaki di Institut Perguruan Perlis, terasa sangat sunyi maktab ni. Macam takdak apa-apa yang berlaku. Lepas dah settle daftar di HEP, pergi daftar bilik hostel pulak. Abah, mama dan kakak yang tolong hantar. Dah unpack barang, mereka2 pun balik ke Taiping. Bermulalah perjuangan sebagai guru pelatih. 

**gambar tak cukup 20 orang**

Inilah rakan-rakan seperjuangan saya. Waktu ni kami di semester 1. Muka semua kanak-kanak ribena sebab baru lepas SPM. Ada 3 orang je lepasan UIA, UM dan Matrik. Kiranya abang long dan kak long la.hehe. Tengok gambar di atas pun dah dapat menggambarkan kesengalan ahli2 kelas ni. Happening sentiasa.

Sebenarnya, saya merupakan calon panggilan kedua. So, daftar lewat 2 minggu dari kawan-kawan lain. Hari keluar keputusan panggilan kedua IPG, saya dah pun pack barang untuk daftar UITM Pulau Pinang. Abah dan mama adalah orang yang paling gelisah pada pagi tersebut. Keputusan katanya akan diumumkan pada jam 8 pagi tapi hampir jam 10 masih belum ada berita. Abah risau kerana proses pendaftaran UITM akan tamat jam 2 petang. Oleh itu, abah tekad untuk call rakan abah yang bekerja di KPM. Akhirnya terjawab penantian kami dengan berita gembira dimana saya ditawarkan IPG Perlis dengan opsyen Pemulihan Khas. Di raut muka mama dan abah jelas terpancar kegembiraan. Akhirnya, barang-barang UITM ditukarkan kepada IPG.hehe


Ini gambar terakhir kami. Gambar diambil selepas tamat exam terakhir di IPG. Kami bangga mempunyai satu sama lain. Masing-masing ada kekurangan dan kelemahan tapi setiap kekurangan itu diatasi dengan kelebihan orang lain. Memang ada banyak dugaan yang kami perlu tempuh dan kami berjaya atasi semua. Muka pun dah confident nak jadi guru. 

Sekarang, kami masih menunggu panggilan untuk dipostingkan. Harap-harap rezeki kami akan muncul tak lama lagi. Cuma ada seorang je yang dah dipostingkan iaitu the only non-muslim kesayangan kami semua, GK. Semoga berjaya dalam hidup ye sahabat. Anda semua sahabat terbaik yang pernah Ana ada.


Terima kasih untuk segalanya.
:)

1 comment:

chEntA said...

sedihnya entry anda..hukhuk..=)