Sunday, August 21, 2011

To the end..

Assalamualaikum.
Masa memang pantas berlalu. Pejam celik dah nak masuk minggu ke-8 saya berpraktikum. Dan inilah minggu terakhir bagi guru-guru pelatih semester 6 untuk berpraktikum. Apa perasaan saya? Haaahhh..tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang pastinya, praktikum kali ini lebih baik dan lebih bermakna dalam kamus hidup saya sebagai guru pealtih.

Hari ini Ahad dan esok dah masuk Isnin. Esok juga adalah perhimpunan terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Sedih?? Mesti ada juga rasa itu tapi itu lumrah kehidupan kan. Haihh..rasa tenang sangat petang ni. Bahasa pun tenang je kan.hikhik


p/s : tak sabar nak balik beraya..sebabnya dah 2 bulan lebih tak menjenguk rumah..rinduu~

2 comments:

chEntA said...

awal2 praktikum tak sbr nk hbes..ni ble dh nk smpi penghujunya jadi syahdu pulak..aihh..tetbe mood jd sedih..=)

Tinta Ana said...

sedih memang sedih tapi perasaan nak balik kampung telah mengatasi segalanyaa...hahahah