Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Berlalu sudah Ramadhan yang mulia
Diganti pula Syawal yang gembira
Berbagai ragam..berbagai cara
Indahnya suasana berhari raya

Alhamdulillah..
Selesai sudah umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Secara peribadinya, pelbagai dugaan yang saya tempuhi sepanjang Ramadhan ini.
Namun saya cuba muhasabah diri atas segala yang terjadi.
Sedarlah..saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Saya insan lemah yang tak dapat menjaga semua hati disekeliling.
Saya juga hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan perjalanan takdir hidup saya.
Saya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Dia kurniakan.
Saya berpeluang sekali lagi menempuh suasana Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan.
Dalam kegembiraan ada juga kesayuan yang menyentuh hati.

Kepada keluarga tersayang..
Ampunkan segala kesalahan ana..mungkin ada kata yang menyinggung hati..mungkin ada tingkah yang tak disenangi..ana minta maaf banyak2 ye..moga aidilfitri kali ni membawa seribu keberkatan buat keluarga kita.

Buat insan teristimewa, Hamzah bin Abdul Mutalib..
Ana minta maaf atas segala kekurangan sepanjang kita bersama. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri ana. Moga awak bergembira di Alor Star tu dan jaga diri baik2 ye.

Buat rakan seperjuangan (pemulihan)..
Ana mohon seribu keampunan sebab ana tak dapat nak jadi rakan yang baik..ana tak mampu nak jaga hati n perasaan rakan-rakan ana sendiri..ana terlalu lemah untuk menjadi seorang yang sempurna..ana juga minta maaf sebab ana tak dapat jadi ketua yang baik..insyaAllah ana akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan ana..ana terlalu sayangkan ukhwah yang kita bina..ana terlalu rindukan gelak tawa gembira kita bersama..ana doakan agar Ramadhan yang berlalu membawa kebaikan dalam ukhwah ini..

~selamat hari raya~

2 comments: