Monday, September 27, 2010

CONFIRM SAYA RINDU!!

~cerita hari saya balik perlis hari tu~
Bila saya sampai bilik di maktab, saya terus call fon kakak saya.
My family on the way hantar adik balik hostel.
Anak-anak saya pun ada dalam keta tu.
Riuh rendah saya panggil depa.
Rindu sangat2 padahal tak sampai 24 hours pun berpisah.


~cerita hari ini~
Lepas settle berbuka tadi, saya dapat call.
Guess sapa yang call??
hurm..my little princess yg call..
Tapi once saya cakap2, dia diam je..
Maybe heran achik ana dia bertukar jadi handfon..


Hurm..i really miss her..
Rindu jugak dekat baby Iman saya..
Rindu tengok video dia jalan terketek2..
Rindu tengok picca dia pakai tudung ni..
Tersengeh gumbira je..


Hurn..rindunya Ya Allah..
InsyaAllah 2 minggu lagi saya balik taiping..
Tak sanggup nak tunggu lama2..

Sapa nak layan bila saya rindu macam ni..
Hurm..

Friday, September 24, 2010

Bibik Lelaki


(1) Menerima arahan daripada big bos.
....
(2) Mula menjalankan tugas.
....
(3) Besarnya kawasan ni..hurmm.
...


(4) Ish..apa depa buat naik motor ramai2 ni..(berehat sebentar tengok keadaan kat jalan)
...
(5) Arghh,,panjangnya penyapu ni..adoii..
...
(6) Tengok motor klasik tok abah la kejap..hehe
...
(7) Huhuhuhu..letihla...

Pelakon utama : Ahmad Iman Bukhari

Thursday, September 23, 2010

Bibik Perempuan

Ini wajah bibik saya.
Bibik yang paling comel saya pernah jumpa.


Comel x bibik saya ?

Wednesday, September 22, 2010

Driver Kecik

Aisyah Aqilah dah 1 tahun 7 bulan.
So banyak la kerenah dia.
Kalau dalam kerata memang xkan duduk diam.
Jalan depan belakang depan belakang.
Orang bukan takut apa..
Dia ni jenis tak tahan.
Kalau duduk tak diam satg mulala pening plus muntah.
Tapi apa budak kecik ni kita.
Main tetap main.


Sorang budak kecik tengah berangan drive car.
Car dalam sebutan aisyah adalah "kor".


Penuh dengan aksi pemanduan driver ini.
Owh..sangat bahaya.
Tambah dengan sound efek lagi.


Si driver dah penat.
So..rehat kejap la..daa kawan2.

Picture taken : Utem Melaka

Monday, September 20, 2010

1..2..3..4

Layankan aje celoteh ini..


Satu...


Dua...



Tiga..



Empat...

Oh no...
Dah empat anak2 ku..
Ish2..cepat je masa berlalu..
Hidupku semakin meriah dengan kehadiran mereka2 ini.
I heart you all so much okkay.

..terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu ini..

Sunday, September 19, 2010

♥ Bubye ♥

19 / 09 / 2010
Cuti sudah tamat.
Ada beberapa entry yang saya auto publish kan.
Saja xnak blog ini bersawang.
Cerita2 cuti saya saya buat entry auto.
Last but not least pix me n my baby.


..sungguh saya akan rindu dengan telatah baby2 saya..
..rindukan suara lembut mereka..
..rindukan senyuman manis mereka..
..ohh..rasa tak sanggup nak berpisah..
..tapi ada tanggungjawab yang menunggu..
..i'll be missing you so much prince and princess..

~perlis..here i am~

♥ happy birthday twins ♥

Salam reader..
Saya nak wish happy birthday untuk abang kembar saya.
Dah tua dah..umur dah meningkat 28 tahun.
Anak pun masing2 dah masuk 2 orang.
Raya last week kami dapat berkumpul satu family.
So alang2 dah berkumpul saya n kak dilah decide nak celebrate birthday depa skali.
Baru meriah ramai2 tapi family Mama Iman xdak sebab depa beraya di Johor.


Ini cake besday mereka.
Homemade je..cheese cake plus blueberry paste kat atas.
Simple mimple but sangat sedap.
Nyum2..sape2 nak bley order kat my sis =)


Pix kat atas ni plak mereka2 tengah bersilat.
Bersilat betul2 taw.
Depa ni dulu silat malaysia.
Sekarang ni silat lagi rasanya tapi tak seaktif macam kat USM dulu la.
Tah gaya apa dengan pisau kek tu pun xtaw la.


Love both of them
Muaaahhh~


Pix hero mama n abah.
Gemuk2 plus kurus kering di tengah.
Wakakakaka..sori =)
What a happy day..haaahhh~

~i love my family so much~

Tuesday, September 14, 2010

♥ Sempurna ♥



~Family picture 2010~

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri


Berlalu sudah Ramadhan yang mulia
Diganti pula Syawal yang gembira
Berbagai ragam..berbagai cara
Indahnya suasana berhari raya

Alhamdulillah..
Selesai sudah umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.
Secara peribadinya, pelbagai dugaan yang saya tempuhi sepanjang Ramadhan ini.
Namun saya cuba muhasabah diri atas segala yang terjadi.
Sedarlah..saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Saya insan lemah yang tak dapat menjaga semua hati disekeliling.
Saya juga hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan perjalanan takdir hidup saya.
Saya bersyukur kepada Allah atas nikmat yang Dia kurniakan.
Saya berpeluang sekali lagi menempuh suasana Aidilfitri yang penuh dengan kegembiraan.
Dalam kegembiraan ada juga kesayuan yang menyentuh hati.

Kepada keluarga tersayang..
Ampunkan segala kesalahan ana..mungkin ada kata yang menyinggung hati..mungkin ada tingkah yang tak disenangi..ana minta maaf banyak2 ye..moga aidilfitri kali ni membawa seribu keberkatan buat keluarga kita.

Buat insan teristimewa, Hamzah bin Abdul Mutalib..
Ana minta maaf atas segala kekurangan sepanjang kita bersama. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan dalam diri ana. Moga awak bergembira di Alor Star tu dan jaga diri baik2 ye.

Buat rakan seperjuangan (pemulihan)..
Ana mohon seribu keampunan sebab ana tak dapat nak jadi rakan yang baik..ana tak mampu nak jaga hati n perasaan rakan-rakan ana sendiri..ana terlalu lemah untuk menjadi seorang yang sempurna..ana juga minta maaf sebab ana tak dapat jadi ketua yang baik..insyaAllah ana akan cuba perbaiki kelemahan dan kekurangan ana..ana terlalu sayangkan ukhwah yang kita bina..ana terlalu rindukan gelak tawa gembira kita bersama..ana doakan agar Ramadhan yang berlalu membawa kebaikan dalam ukhwah ini..

~selamat hari raya~

Tuesday, September 7, 2010

Baby by Justin Bieber@Aisyah Aqilah

Salam readers..
Saya dah settle urusan di Melaka.
So hari ni sambung urusan raya kat rumah plak.
Sepanjang ke Melaka saya notice si kecik Aisyah suka lagu Baby by Justin Bieber tu.
Enjoy je dia nyanyi2 lagu ni.
Lagipun budak kecik ni dah makin clear butir perkataannya.
Dah boleh faham apa dia nak.
Pagi ni pun kami layan lagu ni.
Love my princess so much!!

Saturday, September 4, 2010

Friday, September 3, 2010

Mood Raya

Mood raya telah tiba.
Sebabnya hari ni hari terakhir saya di SKPA.
Tadi sempat melawat lab komputer nak sedut data exam.
Sempat la sembang2 dengan cikgu2 lelaki yang berkampung kat lab tu.
So..kita dah berada di penghujung Ramadhan.
Sayu je rasa sebab kita xtahu kita sempat tak nak berjumpa dengan Ramadhan tahun depan.
Insya-Allah esok saya akan ke Melaka.
My bro ada urusan sket.
Bolehlah g shopping2 kann..hehehe
Untuk readers semua..terimalah pantun raya mengikut negeri yang saya amek dari fb.
layaaannnn...


:: kalau xnampak boleh klik bagi besar ::

Thursday, September 2, 2010

Tepung Gomak


Hai readers..
Tengok la apa jadi kat budak kecik ni.
Orang nak siapkan adik, dia pun laju je amek tepung ubi adik sapu kat muka.
Tepung ubi tue nak sapu kat celah2 macam pelipat peha n tangan, leher untuk elakkan makan air.
Tapi si kakak pun nak jugak la kan.
Mana boleh adik je dapat pakai.
So si kakak dengan pantasnya terus amek dan tonyoh2 kat muka dia.
And ofkosla tumpah plus berterabut tepung ubi tu kat bantal adik.
Haish budak ni la..geram taw.


Gambar atas ni plak saya baru je lepas cucui muka dia.
Tapi dia masih nak solek2 muka dia.
Tak dapat tepung ubi, dia amek plak bedak Anakku.
Dia tuang2 atas tangan pastu sapu kat muka.
Sayang oiii..nak buat pe la tu.
Sayang nak solek2 bagi cantik ye.
Apa2 jela sayang..janji sayang bahagia.
Mmmuuuaaahhh!!!

Wednesday, September 1, 2010

Tung Tang Tung Tang...

Salam readers..
Haa..nak taw apa yang tung tang tung tang???
Cuba tengok gambar bawah ni.
And cuba teka siapakah insan berkaki cumil ni.


Dah dapat teka ke blum?
Meh kita tengok lagi aksi2 dia.


Hahaha..masih xtunjuk muka lagi..
Khusyuk dok kelebet2 kat cerok tu.
Ish3..bikin geram neh.
And fokus kita masih dekat kaki dia.


Taraaa..
Inilah budak nya.
Si aisyah aqilah yang dah mula menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
Heheheehe..so cute okkay.
Kasut ni dia yang amek sendiri.
Sila refer gambar muka terkejut tue.
Nampak x ada kotak kasut atas toto tue.
Haa..budak ni la yang korek amek kasut tu sendiri.
Ish2..tu belum tengok aksi dia bergaya dengan handbag.haha
Lawaks la ini budak..adoii