Wednesday, April 14, 2010

Secebis bicara tinta...

Kenapa Allah kurniakan perasaan kepada manusia?

Itu kerana Allah itu Maha Adil.
Tak pernah sesaat pun Dia melupakan hambanya.
Tak pernah Dia terlupa untuk beri manusia udara untuk bernafas.
Tak pernah Dia terlupa untuk menghidangkan rezeki untuk santapan selera hambanya.
Tak pernah Dia memberikan musibah tanpa ada ganjaran disebalik itu.

Benar kata-kata hikmah itu...
"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"
Selepas ada tangisan yang mengalir, pasti ada tawa yang mengiringi.
Selepas ada sendu yang bertandang, pasti ada senyum yang terukir.
Ada yang pergi..dan ada yang akan mengganti.

Indahnya ketentuan Tuhan.

1 comment:

mamaiman said...

ana, boleh ja tinggalkan komen..awatnya tak boleh pulak..kak try boleh..jom join giveaway akak..iklankan la kat blog kawan2 mu..referral terbanyak dpt hadiah jugak..