Wednesday, April 10, 2013

4.4.13 : Hotel Bayview, Pulau Pinang

*cerita hari Khamis minggu lepas..dah basi punya cerita!!*

Saya dah rakan-rakan berjaya melepasi satu lagi ujian sebelum bergelar guru. Saya akui terlalu banyak ujian yang kami kena lalui. Macam-macam urusan untuk penempatan, penempatan ditangguhkan sehingga tak tahu bila tarikhnya, 3 4 bulan menganggur tanpa sebarang hitam putih daripada pihak atasan, urusan temuduga SPP yang macam-macam perubahan. 

Hurmm..saya ni tak dak la tertekan sangat tapi bila terfikir atau tersembang dengan rakan-rakan rasa terkilan pun ada . Senior-senior semua tak sampai 2 bulan dah ditempatkan secara kekal. Ni ada pulak sistem Interim yang tak tahu hujung pangkal. Ok, ke laut sudah.

Kembali kepada tajuk perbincangan. Last week hari khamis lebih kurang jam 5 pagi saya bertolak ke Bayview Hotel yang terletak di Georgetown. Haruslah pergi dengan mama abah. Abah ada jugak tanya kot2 nak stay di Bayview 1 malam. Tapi saya rasa macam tak perlu la kot. Dekat je Taiping-Penang. So gerak sebelum subuh dan around jam 6 kami dah terpacak depan Bayview. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan-Nya. 
*mudah dengan bantuan GPS encik Nokia jua!!

*rakan seperjuangan : kumpulan 12*

Lepas subuh saya brekfes area parking kereta tu. Mama dah sediakan pulut, sambal ikan bilik dan air teh susu untuk brekfes. Abah la yang cadangkan buat brekfes sebab takut tak sempat nak cari. 7 lebih2 saya dah ready nak naik ke dewan. Mama abah ikut jugak naik ke Dewan Mas di tingkat 4 hotel. Masa tu tak ramai sangat orang. Ada pegawai bagi arahan untuk cari meja ikut kumpulan masing-masing lepastu sign kertas kehadiran atas meja tu. Lepas dah settle tu saya tak tunggu. Terus zasss ke toilet. Haihh..rutin pagi2..hikhik ;)

*gambar selingan : waktu rehat memang sembang dan makan sakan!! 4 bulan kot tak jumpa!!

Bila semua dah ready dalam dewan, pegawai2 atasan pun dah sampai, terus mula sesi semakan dokumen. Alhamdulillah urusan saya tiada masalah. Semua dipermudahkan. Dalam kumpulan pun saya tak de masalah. Rasanya simple sangat sesi Penilaian Khas ni, Mungkin ni ganjaran usaha lebih masa kat maktab kot..hehehehe (boleh ehh nak bangga sat)

*waktu makan lagi..makan memang tak boleh amik sikit geng perlis ni!!

Settle semua urusan, lebih kurang jam 12 tgh kami pun bersurai. Habis tu terus turun jumpa mama abah then abah decide untuk terus ke Alor Star. Nak melawat kakak Si Dia yang kena operate buang buah pinggang. Sekali lagi dengan bantuan GPS kami terus menghala ke terminal feri. Kami balik ke Tanah Besar naik feri tapi masing-masing malas nk turun dari kereta. Just bukak tingkap dan ambil angin dari dalam kereta aja.

Teman sekelas, serumah, sepraktikum, segalanya :)

Settle urusan di Alor Star, kami terus zasss pulang Taiping. Letihnya rasa tapi satu beban dah hilang. Tapi apa2 pun,saya tetap berdoa urusan penempatan kami akan dipercepatkan. Moga ada hikmah dengan apa yang berlaku ni. Perancangan Allah tu sangat sempurna kan. 

Wakil Pemulihan IPG Perlis..im really proud with us!!

Ok, jumpa lagi.
Assalamualaikum.
:)

No comments: