Sunday, February 24, 2013

Indahnya Taman Syurga

Saya suka sangat blogwalking. Bila baca cerita-cerita orang lain buat saya gembira dengan kehidupan yang pelbagai ini. Tadi sahabat saya ada kongsi satu cerita yang ditulis dalam laman web iluvislam. Saya tertarik nak baca sebab tajuknya. Tajuk kisah tu seperti tajuk entry saya ni. Jadi saya ingin kongsikan kisah beliau yang dapat mendengar suara halus yang indah mengalunkan bacaan doa. 

Damai rasanya berada di bawah sinar mentari yang seakan menyembunyikan dirinya sejak awal pagi tadi.
Subhanallah. Titis jernih ini mengalir lagi tatkala memandang ke langit yang luas memayungi bumi. Bersyukur kerana masih jua diberi helaan nafas dan menikmati keindahan ciptaan-Nya.
Alhamdulillah.
Kisah yang ingin aku titipkan kali ini, merupakan satu kisah yang mungkin menjadi anugerah dari Allah buat insan kerdil dan hina ini.
Terfikir juga untuk tidak berkongsi, tetapi rasanya tidak ada salahnya andai sedikit rasa bahagia ini ku kongsikan bersama.
Semoga Allah memberkati setiap perkongsian dan terus-menerus menghulurkan rasa cinta yang begitu menebal buat-Nya. Insya-Allah.
Seperti biasa, setiap petang Khamis, aku hadir ke kelas pengajian tajwid di surau ar-Rahman, berhampiran kawasan kediamanku.
Biasanya aku tiba lima minit lebih awal sebelum kelas bermula, cuma sesekali terbabas jua seminit dua.
Sudah menjadi amalanku, setiap kali memulakan perjalanan ke tempat pengajian (surau) aku akan berdoa:
Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di hatiku,
Cahaya di lidahku,
Cahaya di pendengaranku,
Cahaya di penglihatanku,
Cahaya dari belakangku,
Cahaya di hadapanku,
Cahaya dari atasku,
Dan cahaya dari bawahku.
Ya Allah, berilah aku cahaya. Amin.
~ Riwayat al-Bukhari ~
Diriwayatkan dalam Sahih Muslim, dalam sebuah hadis bahawa Ibn Abbas r.a. bahawa Nabi S.A.W telah keluar dari rumah Maimunah r.ha selepas bertahajud, untuk ke masjid bersolat Subuh. Maka baginda S.A.W telah membaca doa ini.
Inilah doa yang menjadi amalanku.
Lidah dan mulut ini dengan spontan melafazkannya tatkala aku mula melangkah. Semoga istiqamah dan mendapat ganjarannya di sisi Allah.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit dari rumah. Setibanya aku di perkarangan surau, ku lihat belum ramai yang hadir.
Mungkin juga aku yang sedikit awal dari mereka hari ini. Kalimah-kalimah suci yang dipasang, menghiasi kamar telingaku.
Indah. Terhibur benar rasa hati.
Dari situ juga aku tahu, bahawa penganjur kelas, Puan Intan yang ku anggap seperti kakakku sendiri sudah ada di dalam surau.
Memang menjadi kebiasaan, kak Intan (panggilan sahabat-sahabat padanya) orang pertama yang hadir di surau.
Beliau yang akan menyediakan keperluan untuk ustaz dan mengemaskini surau sebelum kelas dimulakan.
Allahu Akbar! Semoga tersedia ganjaran pahala atas setiap kebaikanmu itu wahai kakakku.
Sekali lagi, aku membaca doa ketika melangkah masuk ke dalam surau.
"Ya Allah, ampunilah aku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu. Amin."
Sebaik saja kaki melangkah di pintu surau, terlihat dua orang sahabat menyambutku dengan senyuman.
"Assalamualaikum."
Ucapan salam bersambut.
Senyuman berbalas seraya selawat ke atas baginda S.A.W terucap seiring tangan yang berjabat.
Subhanallah. Moga ukhuwah kami di sini mendapat barakah dari-Mu.
Tepat jam 5.30 petang, kelas dimulakan dengan membaca ummul kitab. Al-Fatihah.
Kami membacanya penuh tertib. Seusai kata-kata amin dilafazkan, kami mengalunkan doa khatam al-Quran.
Dan setiap kali saat ini tiba hati benar-benar tersentuh. Doa ini kami alunkan dalam bahasa Arab.
Namun pengertiannya selalu membawa diri ini menjadi hamba yang benar-benar kerdil di sisi-Nya.
Malah terasa hamba hina ini bagai merayu dan merintih untuk memohon 'perhatian' dari Allah yang Maha Esa.
Ya Allah,
Rahmatilah kami dengan al-Quran,
Jadikan ia pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami, apa yang terlupa,
Ajarkanlah...
Ajarkanlah...
Yang tak diketahui,
Kurniakan kami membacanya,
Sepanjang malam,
dan sepanjang siang hari,
Jadikan ia hujjah kami (pembela kami di Akhirat),
Ya Rabbal 'aalamiin...
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Lailaha Ilallah.. Allahu Akbar!
Di sinilah. Saat inilah. Tiba-tiba aku mendengar alunan doa ini begitu merdu dan gemersik sekali.
Allahu Allah.
Bukan suara kami ya Allah. Terasa yakin benar diri ini, bahawa suara-suara itu bukan suara kami ya Allah.
Genangan air mata menjadikan aku bertambah hiba. Di dada ini bagai terbit satu getar yang tidak mampu aku luahkan.
Allahu Akbar!
Apakah ini yang Kau sebut-sebut, sesungguhnya para Malaikat ada bersama-sama hamba-Mu yang mencari ilmu?
Subhanallah.
Dalam kesyahduan yang aku rasakan menjadikan aku tidak mampu lagi untuk mengangkat wajah ini. Tertunduk malu aku dengan-Mu ya Allah.
Andai benarlah, apa yang aku dengar ini anugerah dari-Mu, aku bersyukur. Aku benar-benar bersyukur.
Ya Allah, letakkanlah kami, hamba-hamba-Mu ini, di kalangan mereka yang tidak jemu-jemu ingin menggali ilmu-Mu.
Tiada bekalan terbaik selain ilmu yang kami cari, untuk kami jadikan panduan agar dapat kami beramal pada-Mu.
Ya Allah, tiap ruang dan peluang yang sentiasa Engkau bukakan buat kami, akan kami jadikan satu jalan dalam kami merebut keredhaan-Mu.
Redhailah kami ya Rabbi. Limpahilah Rahmat-Mu buat kami ya Rabbi. Bahagiakanlah kami di dunia dan Akhirat nanti. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan hanya dengan-Mu.
Walau keindahan yang dapat aku dengari itu hanya sebentar cuma, tetapi hingga saat ini,
Gemersiknya suara yang singgah ke telinga menjadikan aku benar-benar rindu untuk terus berilmu.
Dan ingin benar aku menguasai ilmu dan keindahan kalam suci-Mu ini. Ya Allah, kasih sayangkanlah kami dengan al-Quran. Agar dapat kami beramal hanya untuk-Mu, wahai Penciptaku.
Ya Allah, permudahkanlah kami di jalan ini. Hanya Engkau Pelindung dan Pemelihara kami. Dan hanya Engkau sahaja yang mencukupkan segalanya buat kami.
Semoga apa yang aku kongsikan ini, menjadikan hati kita bertambah rindu dan lunak untuk merebut cinta Allah yang Maha Esa.
Selagi diberikan keizinan untuk bernafas di bumi pinjaman-Mu ini ya Allah, aku berjanji untuk terus mencari, mencari ilmu yang akan menjadi bekalan tika aku pulang ke sisi-Mu nanti.
Insya-Allah.
Sharing is caring.
:)

Saturday, February 23, 2013

Hanya Pada-Mu

Kadang-kadang, saya tersentuh dengan lirik lagu yang saya dengar. Setiap Jumaat saya ada layan drama Hanya Padamu. OST drama ni lagu Aku Yang Berdosa nyanyia Shahir. Bila dengar lagu ni, saya sangat tersentuh. Sungguh saya hamba yang sangat lalai. Saya berdoa agar dapat mengubah diri ini kepada hamba yang lebih baik.


Setiap manusia menginginkan syurga. Namun layakkah aku?
:'(

Tuesday, February 19, 2013

Temuduga VS Lantikan Terus

Sekali lagi tajuk entry ada apa versus apa. Masih lagi dalam mood tak dapat panggilan temuduga. Hari ini ada berita yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran berkaitan urusan temuduga dan lantikan ke jawatan DG41.         
     
Seramai 2,791 graduan pendidikan dilantik terus ke DG41

Ayat diatas adalah tajuk berita yang dikeluarkan. Menurut pihak SPP, lepasan IPTA dan IPGM yang memperoleh keputusan cemerlang (3.50 ke atas) dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam latihan praktikal akan dikecualikan daripada temuduga. 

Bila baca tentang berita ni, saya memang gembira. Tapi dalam gembira masih ada kegusaran sebab senarai nama untuk temuduga masih belum keluarkan secara penuh. Senarai nama dikeluarkan secara berperingkat. Maknanya, kemungkinan untuk ditemuduga masih ada. Namun saya berdoa yang terbaik untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang masih dalam dilema. Moga kami diberikan rezeki yang terbaik oleh Allah. Mungkin kelambatan proses ini ada hikmah yang sangat besar dikemudian hari.

Percaya dengan janji-Nya. Keep smiling.
:)

Monday, February 18, 2013

Kecewa VS Gembira

Mood tengah kucar-kacir gara-gara senarai nama interview Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang baru dikeluarkan baru-baru ni. Yang kecewanya kerana nama sendiri tiada dalam senarai tersebut. Ada 9 orang termasuk saya dalam kelas pemulihan yang masih menunggu khabar. Tak tahulah apa yang dirancang oleh pihak atasan. Apa yang saya tahu, saya masih tertunggu-tunggu sama ada perlu hadir interview atau tergolong dalam kumpulan penilaian khas. 

**gambar keputusan yang masih mengecewakan**

Namun, Allah itu maha adil. Walaupun Dia lemparkan kekecewaan, tapi Dia juga taburkan berita gembira buat kami sekeluarga. Insyaallah saya akan menerima anak sedara baru tahun ni. Kakak saya yang nikah last year telah pregnant. Tapi masih diperingkat awal sebabnya tak pergi jumpa doktor pun lagi. Apa-apa saya doakan yang terbaik buat Kak Dilah dan Abg Hazly. Moga kegembiraan sentiasa milik kita semua.

Disebalik duka, pasti ada suka.
Yakin dengan Janji-Nya.
:)

Thursday, February 7, 2013

Tayangan wajib tonton.

Sejak-sejak dah dilantik jadi penganggur tetap ni, kerja saya setiap hari adalah :
- bangun tidur
- mengadap laptop sampai jam 12 tengahari
- settlekan kerja-kerja rumah
(masak nasi, basuh pinggan mangkuk, basuh kain, kemas ruang tamu, kemas bilik)
**bab mengemas tu xdela setiap hari**
- solat Zohor, lunch
- mengadap laptop balik sampai jam 3 petang

Haaa..bila mula jam dah menunjukkan 3 petang, maka bermulalah tayangan perdana saya.hehehe. Saya bukan jenis suka ikut siri drama ni. Oleh sebab dah tak taw nak buat apa kat rumah, maka saya telah menyenaraikan beberapa drama feveret untuk ditonton setiap hari.

Jom saya review drama-drama pilihan ni.
:)

SETIA HUJUNG NYAWA

Pertama kali saya tonton drama ni adalah pada episod ke-6. Sekali tengok dah jatuh hati. Sejujurnya, saya bukan peminat drama. Sebabnya saya sangat tidak sabar untuk tahu ending cerita macam mana.hahaha. Tah pape je kan. Tapi drama ni jadi terminat pulak. 

TAPI....bila dah mula konflik, saya dah tak tengok drama ni sebab sakit hati je bila tengok. Over taw.haha. AAK. Saya memang fefeling lebey nonton drama. Sedih lebih daripada watak. Saya sambung tengok drama ni episod 18 kot. Saya review balik episod-episod yang saya tak tengok di web CeritaMaster supaya dapat faham jalan cerita. 

Hari ni, cerita ini dah berakhir. Ofkos la happy ending. Kalau tak takde maknya I'olss nak melangut depan tv sampai ke garisan penamat. Pada pendapat saya, cerita ini ada baik dan buruknya. 
Dari aspek baik :
..setiap manusia perlu diberikan peluang untuk berubah..
..terima pasangan seadanya kerana itu jodoh terbaik yang Allah beri..
..hargai setiap insan yang menyayangi kita..

Dari aspek kurang baik :
..ada unsur negatif sebab suami beri layanan yang teruk kepada isteri..
..menunjukkan kehidupan yang tidak berlandaskan agama..
(tidur dengan pasangan yang tidak halal, tak solat, kehidupan sosial)

Apa-apa pun, saya bagi 4.5 bintang untuk drama ni. Good job Suhan Movies & Dramas.

Next drama ialah :
RUBY
Drama Ruby dibarisi oleh pelakon-pelakon yang dah femes. Semua tip top lakonan. Apa yang saya tertarik dengan drama ni adalah watak Sharnaaz Ahmad yang memegang watak Benjamin. Watak Shaarnaz selalunya watak yang garang, bengis..tapi dalam drama Ruby watak dia jenis yang sempoi, garang ak bertempat tapi boleh buat saya gelak.haha. Tahla. Tak tahu nak explain macam mana.

Drama ni pun dah melabuhkan tirai hari Selasa lepas. Drama ni pun saya tak tengok daripada episod 1.hehehe. Dasar tak minat drama kann. Dah episod tengah-tengah baru mula tengok dan ikut. Untuk drama ni saya bagi 4 bintang. 
:)

Next next drama is my feveret.
:)

MY PRINCESS
Tak pernah-pernah layan drama korea, dan sekarang saya akui saya dah layan drama KOREA.
Hahahahaha..adoiii..bosan punya pasal. Yang boleh tertengok cerita ni adalah sebab tv3 banyak sangat iklan. Tukar chanel sana, tukar chanek sini sekali tupp terbuka cerita ni. Part saya tengok tu heroin ni tak jadi princess pun lagi. 

Dah sekali tertengok tu kena la tengok lagi kan. Cerita ni Isnin-Jumaat 3 petang, TV8. Tapi saya ni kan jenis tak sabar nak tengok ending cerita. Saya google dekat internet untuk cari cerita ni. Banyak hari google tak jumpa. Frust betul sebab kena tengok hari-hari. Tapi semalam tanpa dicari-cari keluar 1 link untuk drama-drama korea. 

Haaaa..apa lagi. Mengadap laptop lagi la jawabnya. Daripada malam semalam sampai petang tadi saya mengadap cerita ni dekat laptop. Dan dah selamat habissss pun.hehehehhe. Memang dasar tak boleh sabar tunggu ending. 

Untuk cerita ni, saya bagi 5 bintang.
:)

Ok lah, penat menaip. Take care readers.