Wednesday, January 30, 2013

Tarian Poco-poco

Kita yang kurang ilmu ni kena selalu dengar ceramah agama agar kehidupan kita sentiasa terpelihara.

**dulu selalu jugak buat tarian poco-poco ni..hurmmm**

Thursday, January 24, 2013

Watermark Tinta Kehidupan

Ramai dah orang yang guna watermark untuk diletakkan pada apa-apa jua benda yang nak diupload dalam internet especially gambar. Yela kan. Gambar kepunyaan kita tak nak lah orang lain salah guna. Ye tak? Tapi macam saya dah berkurun berniat nak letak watermark pada gambar-gambar dalam blog ni tapi hasrat tu tinggal hasrat je. 

Salah satu sebab kenapa tak guna watermark adalah malas nak cari tema gambar untuk dijadikan watermark. Lepas tu nak kena cari tempat nak order watermark pulak. Mana nak reti kan buat sendiri. Tapi sekarang ni saya dah jadi penganggur tetap. Makanya waktu lapang saaaaangat banyak. Duduk rumah buat kerja-kerja rumah je. Kadang-kadang je mama bagi kerja berkaitan sekolah dia. Selalunya kerja-kerja bertaip la. 

Dalam kelapangan waktu yang ada ni, saya telah merajinkan diri untuk cari cara untuk buat watermark yang paling simple. Kebanyakan orang guna Adobe Photoshop untuk jadikan watermark tu lebih menarik dan cun giler. Tapi apakan daya, saya ni slow sikit kalau guna adobe ni. Jadila watermark tu tapi nampak macam gambar apa je.haha. Last2 Photoscape jugak menjadi pilihan. 

Gambar yang dipilih adalah gambar yang sama dengan header Tinta Kehidupan. Rasa macam comelll je doodle ni. Buat masa ni guna yang ni dulu. Kalau rajin boleh buat header blog + watermark yang baru.hehe.

So, inilah hasil kerja saya selama sejam lebih kurang. Biasa saja tapi saya puas hati sebab buat sendiri. Dan yang paling penting, hasrat yang dah terkubur lama kembali direalisasikan. Yeyyyy!!! 

Itu saja untuk kali ini.
:)

Wednesday, January 23, 2013

Maulidur Rasul 1434/2013

Esok semua umat Islam akan menyambut satu hari yang besar dalam sejarah Islam. Hari kelahiran kekasih Allah, Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Tarikh kelahirannya jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah. Marilah sama-sama kita zahirkan rasa rindu kita kepada kekasih Allah ini dengan lantunan indah selawat ke atas Baginda.

Moga amalan berselawat ini dapat membawa seribu keberkatan dan rahmat dalam hidup kita. 
:)

Bumi Indera Kayangan

November 2012 merupakan bulan terakhir saya bertapa di bumi Perlis. Teringat kembali waktu pertama kali menjejakkan kaki di Institut Perguruan Perlis, terasa sangat sunyi maktab ni. Macam takdak apa-apa yang berlaku. Lepas dah settle daftar di HEP, pergi daftar bilik hostel pulak. Abah, mama dan kakak yang tolong hantar. Dah unpack barang, mereka2 pun balik ke Taiping. Bermulalah perjuangan sebagai guru pelatih. 

**gambar tak cukup 20 orang**

Inilah rakan-rakan seperjuangan saya. Waktu ni kami di semester 1. Muka semua kanak-kanak ribena sebab baru lepas SPM. Ada 3 orang je lepasan UIA, UM dan Matrik. Kiranya abang long dan kak long la.hehe. Tengok gambar di atas pun dah dapat menggambarkan kesengalan ahli2 kelas ni. Happening sentiasa.

Sebenarnya, saya merupakan calon panggilan kedua. So, daftar lewat 2 minggu dari kawan-kawan lain. Hari keluar keputusan panggilan kedua IPG, saya dah pun pack barang untuk daftar UITM Pulau Pinang. Abah dan mama adalah orang yang paling gelisah pada pagi tersebut. Keputusan katanya akan diumumkan pada jam 8 pagi tapi hampir jam 10 masih belum ada berita. Abah risau kerana proses pendaftaran UITM akan tamat jam 2 petang. Oleh itu, abah tekad untuk call rakan abah yang bekerja di KPM. Akhirnya terjawab penantian kami dengan berita gembira dimana saya ditawarkan IPG Perlis dengan opsyen Pemulihan Khas. Di raut muka mama dan abah jelas terpancar kegembiraan. Akhirnya, barang-barang UITM ditukarkan kepada IPG.hehe


Ini gambar terakhir kami. Gambar diambil selepas tamat exam terakhir di IPG. Kami bangga mempunyai satu sama lain. Masing-masing ada kekurangan dan kelemahan tapi setiap kekurangan itu diatasi dengan kelebihan orang lain. Memang ada banyak dugaan yang kami perlu tempuh dan kami berjaya atasi semua. Muka pun dah confident nak jadi guru. 

Sekarang, kami masih menunggu panggilan untuk dipostingkan. Harap-harap rezeki kami akan muncul tak lama lagi. Cuma ada seorang je yang dah dipostingkan iaitu the only non-muslim kesayangan kami semua, GK. Semoga berjaya dalam hidup ye sahabat. Anda semua sahabat terbaik yang pernah Ana ada.


Terima kasih untuk segalanya.
:)

Tuesday, January 22, 2013

Candid is always the best!!

Sebelum mula berceloteh, saya minta maaf kepada insan2 yang selalu kecewa bila tengok blog ni. Asyik bersawang je. Last story pun bulan Jun TAHUN LEPAS. Haihh..momentum untuk berblog ni memang selalu turun naik. Yang paling selalu turun la.hehe. 

Ok, berhenti mengarut-ngarut. Ada banyak sangat entry yang terhutang. Kalau nak kira dari last entry, memang tak terkira la jawabnya. Tapi saya akan listkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan 12/2012 dan bulan 1/2013. 

1. Tamat pertapaan di bumi Perlis
2. Family trip ke Perlis
3. Family trip ke Melaka
4. Konvensyen IPGM di Kuala Lumpur
4. Wedding kakak
5. Penanam anggur sepenuh masa

Insya-Allah semua peristiwa yang disenaraikan akan dicatatkan di laman kesayangan ni. Blog ni dah jadi macam diari usang sebab cerita asyik kena skip je.hehehe. Tapi xpela. Tuan tanah takde mood nak menulis. kalau ditulis jugak jadi karangan yang takde isi plak kan. Lagi menyampah tak seronok orang baca.

Sebelum tu, saya nak kongsikan gambar S.A.H.A.B.A.T saya sepanjang berada di Perlis. Merekalah yang mencorakkan kehidupan saya sepanjang 5.5 tahun. 
Enjoy~


Memang susah sangat kami ni nak berkumpul 20 orang untuk tangkap gambar. Gambar ni masa malam pementasan Mitoska. Projek untuk paper major kami. Tengok jela gelagat kami nak kumpul 20 orang.
1. Semua tak tengok kamera.
2. Ada yang dah posing tapi......
3. 18 orang dah posing baik punyerrr tapi ada agenda pulak 2 orang kat belakang tu.
4. Akhirnyaaaa..

...they always make me smile...
:)