Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad Isnin tapi saya nak bercerita tentang event Khamis lepas. Alhamdulillah dapat juga kami warga pemulihan berkumpul untuk majlis berbuka puasa. Rindu lama tak jumpa sepanjang praktikum. Majlis berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Mula-mula suasana kurang happening sebabnya meja yang receptionist tu reserve untuk kami dah diberi kepada orang lain. Last2 kami terpaksa duduk di meja luar hall. Haih..xpela. Janji dapat melantak makan puas2.
Ini gambar selepas dah membuncitkan memenuhkan perut dengan makanan. Kenyang gilos saya malam ni. Makan ada la dalam 4 round g amek makanan.hahaha. Semuanya senyum je kan dapat makan banyak.
Ok..ni meja sebelah. Kami dapat 3 meja. Tak berapa seronok la kan sebab duduk jauh2. Tapi xpela. Kami buat bagi seronok dengan menyembang macam hotel ni bapak kami yang punya.haha. Ada kami kesah orang nak kata apa.
Ini pulak meja kaum lelaki. Awal-awal kaum adam makan sopan je kan. Then pegi solat maghrib dekat surau hotel. Dan selepas itu depa ni makan MasyaAllah. Boleh refer kepada gambar yang menggambarkan makanan mereka ye. Rasanya depa ni makan cukup RM29 :)
Haa..dah nama pun warga Pemulihan..haruslah ada sesi fotografi.haha. Kami dengan slumber je terjah area swimming pool hotel ni dan buat 2 3 round sesi bergambar. Kan hotel ni bapak kami yang punya.hahahah
:)
Masa ni saya dah penat tangkap2 gambar. Saya relax2 je atas kerusi tepi swimming pool ni. Kan hotel bapak sendiri.muahaha. Owh, yang lelaki-lelaki yang lain tengah melantak makan lagi rasanya time kami dok bergambar ni. Cerita malam kami berakhir di Bazar Syawal di Dataran Sheikh Ahmad. Tapi tak shoping apa2 pun. Jalan-jalan je.
I have a wonderful life with them.
:)
With love, ana.