Saturday, January 1, 2011

Entry penuh perasaan~

1.1.11 saya telah selamat kembali ke bumi Perlis. Tempat saya tumpang berteduh untuk menuntut ilmu-Nya yang maha luas ini. Syukur saya panjatkan kerana Allah masih memberi kasih sayangnya untuk saya terus berjuang. 

Berjuta terima kasih ana titipkan buat abah tersayang kerana berusaha untuk hantar ana balik dengan selamat walaupun ana tahu abah tak berapa sihat. Terserlah kasih sayang seorang abah terhadap anaknya. Terima kasih juga buat mama tercinta. Walaupun jauh perjalanan yang ditempuh, mama tetap setia disebelah abah. Buat kakak, kak dilah, fizan dan si kecik iman, terima kasih juga kerana sudi hantar ana. Ana sayang semua.

Ohh..entry malam ni sangat touching sebab saya sangat touching sepanjang malam. Bila bermulanya perjalanan kami pagi tadi, saya dah mula sedih kerana saya akan berjauhan dengan keluarga yang sangat saya sayang. Sepanjang jalan okkay saya sedih cuma cover la kan. Takkan tiba2 nak teriak. 

Bila menjelang maghrib, family saya bersiap2 di rumah sewa saya, mandi solat semua then dah nak gerak balik. Masa tu perasaan dah sukar dibendung tapi still cover line. Salam dengan semua then saya tutup pagar. Ucap terima kasih dekat abah suara dah terketar2. Then tq mama and semua. Memang dah nak nangis. Terus masuk rumah, tutup pintu gril kunci. Bila bubye iman ok lagi, tapi bila bubye mama sebaknya rasa... Ok saya mengaku saya nangis tapi xla sampai meraung..


Hurmm..saya jarang rasa macam ni. Mungkin sebab cuti panjang buat saya sedih sangat nak berpisah. Nak pulak nampak family bergerak meninggalkan saya. Sabar ye nurul farhana. Semua ni untuk kebaikan. 

.:. Tahun ke-3 : Semester 5 .:.

No comments: