Tuesday, January 18, 2011

Bila lama di Perlis, saya mula rindu...

Salam peeps..sebelun saya menyusun ayat, saya nak ucapkan tahniah kepada kakak ke-2 saya kerana dapat masuk JQAF di IPG Perempuan Melayu Melaka. Walaupun jauh tapi Allah tetap menaburkan rezeki-Nya. Now saya tengok2 album kakak di facebook beliau dan terjumpa gambar ni. Hurmm..sungguh saya rindukan keluarga saya. Rindukan telatah anak2..rindukan suara mama abah..rindukan segalanya.. Sabarlah wahai hati..2 minggu je lagi ;)

~2 anak yang sentiasa menggeramkan~

Saturday, January 15, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !

Salam readers..my dear chenta tag saya dalam CONTEST PIC hitam putih PALING COOL ! Owh..jenuh saya cari gambar yang kunun2 cool tu.haha Dan akhirnya saya terjumpa satu gambar yang bagi saya sangat memori okkay.hee ;)


Inilah gambarnyaa..hehe. Ok, biar saya story sikit tentang kejadian gambar ni. Gambar ni adalah trip pertama Pemulihan Group. Trip ke Taiping, Perak. Aktiviti yang dipilih adalah panjat Bukit Larut. Saya sendiri tak yakin nak panjat sampai puncak Gunung Hijau tapi we all semua berjaya!! Yeeeyyy!! Tahniah untuk semua dan thanx to all lelaki2 idaman malaya yang menjaga puteri2 dengan baik sepanjang aktiviti dijalankan ;) 

Why gambar ni cool???
...sebabnya adalah kami semua steady je walaupun dalam ekspedisi panjat memanjat..walaupun kami belum mula lagi panjat memanjat tu tapi tak macam nak panjat gunung pun..semua happy go lucky je..hehe..i love you all...

Ada apa dengan RM100???
Err..ketaq tangan jugak la kalau saya dapat rm100 ni. As a student syukur tak terhingga la kan sebab duit memang sangat berharga walaupun rm1. Tapi ada apa dengan rm100 kalau dapat di tangan saya? Saya nak langsaikan hutang saya kepada Si Dia tercinta. Ermm..hutang apa? Biar saya dan dia saja yang tahu..hehehe ;) Yang pastinya hutang ini perlu dilangsaikan sebab dia terlebih dahulu bagi apa saya nak. So sekarang my turn.

Saya nak tag :
(1) Mama Iman
(2) Mr Hamzah
(3) Diamilikku
(4) Si Reben Merah
(5) Yuna Ishihara

:: buat penganjur, thanx sebab mengimbau kenangan saya ::

;)

Saturday, January 8, 2011

♥ rinduku terhenti ♥

Salam readers..
Setelah sebulan lebih bercuti sambil merindui si dia yang jauh di utara, rinduku terhenti setelah pulang ke bumi Perlis yang sejuk banget neh. Ecehh..ayat bunga-bunga chenta sket.hehehe. First day kuliah dan first jumpa si dia depan koop. Owhh..rindunya.haha. Toink toink toink.. Bahagia terasa.hahaha..hehehe ;) 

Buat si dia, there's no love like your love and no other could give more love. There's nowhere unless you're there, all the time and all the way.

...i love you and only you...

Saturday, January 1, 2011

Entry penuh perasaan~

1.1.11 saya telah selamat kembali ke bumi Perlis. Tempat saya tumpang berteduh untuk menuntut ilmu-Nya yang maha luas ini. Syukur saya panjatkan kerana Allah masih memberi kasih sayangnya untuk saya terus berjuang. 

Berjuta terima kasih ana titipkan buat abah tersayang kerana berusaha untuk hantar ana balik dengan selamat walaupun ana tahu abah tak berapa sihat. Terserlah kasih sayang seorang abah terhadap anaknya. Terima kasih juga buat mama tercinta. Walaupun jauh perjalanan yang ditempuh, mama tetap setia disebelah abah. Buat kakak, kak dilah, fizan dan si kecik iman, terima kasih juga kerana sudi hantar ana. Ana sayang semua.

Ohh..entry malam ni sangat touching sebab saya sangat touching sepanjang malam. Bila bermulanya perjalanan kami pagi tadi, saya dah mula sedih kerana saya akan berjauhan dengan keluarga yang sangat saya sayang. Sepanjang jalan okkay saya sedih cuma cover la kan. Takkan tiba2 nak teriak. 

Bila menjelang maghrib, family saya bersiap2 di rumah sewa saya, mandi solat semua then dah nak gerak balik. Masa tu perasaan dah sukar dibendung tapi still cover line. Salam dengan semua then saya tutup pagar. Ucap terima kasih dekat abah suara dah terketar2. Then tq mama and semua. Memang dah nak nangis. Terus masuk rumah, tutup pintu gril kunci. Bila bubye iman ok lagi, tapi bila bubye mama sebaknya rasa... Ok saya mengaku saya nangis tapi xla sampai meraung..


Hurmm..saya jarang rasa macam ni. Mungkin sebab cuti panjang buat saya sedih sangat nak berpisah. Nak pulak nampak family bergerak meninggalkan saya. Sabar ye nurul farhana. Semua ni untuk kebaikan. 

.:. Tahun ke-3 : Semester 5 .:.