Thursday, December 29, 2011

Kem Kor SISPA IPG Perlis Semester 4

Assalamualaikum.
Cuti saya bermula dengan kem Kor SISPA IPG Perlis. Sebelum ni saya ada bercerita tentang Pertahanan Awam. Makanya kami ni telah didaftarkan secara rasmi sebagai Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam IPG Perlis. Untuk mendapatkan pangkat pegawai kami kena habiskan silibus pengajaran. Kem kali ni untuk silibus semester 4.

Gambar ni hari pertama daftar. Nak pegi taklimat di dewan. owh..hostel kami ni tingkat 5 ye. Harap maklum. Sebab tu boleh berenti amek gambar pe dulu sementara nak hilangkan penat. Maklumlah kan..kami ni semua fit la sangaaattt kann..haha

Sebelum taklimat mula harus posing dulu. Ni dewan baru so sangatlah selesa. Kerusi cantik, meja nak tulis cantik, aircond sejuk. Kesimpulannya, taklimat berjalan lancar dan jayanya. Sepanjang taklimat kami tak la mengantuk sebab tak buat apa-apa aktiviti lagi kan.hehe. Tunggu hari2 seterusnya.

Ni jugak sebelum taklimat bermula. Kami duduk sederet geng pemulihan. Senang nak sembang bincang..haha. 

Ni gambar second day. Dah mula kena pakai uniform. Ada kesah disebalik uniform ini..hehe. Sebenarnya saya ni 1st batch pertahanan awam. Makanya saya dah dapat uniform sebelum ni tapi apakan daya uniform yang dapat tu besarnya mengalahkan baju gajah. Jadi saya dengan slumber badaknya amek lagi satu set uniform..muahahah. Dapatlah saya pakai uniform dengan sempurna dan cantik kemas.

Ok..gambar ni memang macam over sikit. Nak bawak motor kecik pun terketar2 ini kan pulak nak bawak motor besar ni. Hari ni kami diperkenalkan dengan kenderaan2 yang digunakan. Macam-macam depa tunjuk dan salah satunya motor ni la. Selalunya pasukan pemantau akan guna motor ni untuk pantau tempat kejadian.  Macam mana la rupanya kalau saya yang bawak motor ni..aduss

Yang ni pulak keadaan dalam ambulans. Mula2 semua excited tapi bila nak gerak semua muka kejung..haha. Sebabnya encik driver dengan slumbernya bawak ambulans macam dekat highway. Laju giloss!! Jenuh jugak la kami yang kat belakang ni menahan gegaran sampai ada sorang tu pening2 lalat sepanjang hari..haish..kesian..

Ni gambar saja2 sebelum turun latihan kawad. Pakai half uniform. bergambar dengan latar belakang Gua Cenderawasih. Sapa2 yang tak pernah panjat gua ni dipersilakan sebab memang pemandangannya tersangatlah cantik. Tapi sebelum naik make sure exercise sket ek sebab sangat penat!!

Last picture of us. Bergambar selepas tamat majlis penutup. Perasaan time ni sangat gembira sebab dah lepas semua ujian semester 4. Im proud to be one of them!!


Moga kami semua berjaya mendapatkan apa yang dituju :)

Sedia untuk membaca :)

Assalamualaikum.
Macam-macam benda saya nak cerita tentang cuti kali ini. 
Harap-harap anda bersedia untuk membaca.
Kalau tak larat tengok gambar udah..hehe


Tuesday, December 6, 2011

Roses..

..hidupku seperti kembangnya kelopak ros itu..
:)

p/s : menyepi bukan tanda benci..tapi membizi sepanjang cuti..

Sunday, November 13, 2011

Anak-anak penyeri hidup

Assalamualaikum.
Kembali bersiaran secara LIVE dari Kangar Perlis.
Benar kata orang, anak-anak penyeri hidup. 
Same goes to me.
Anak-anak memang penyeri hidup.
Sekarang ni ai ada 6 orang anak tapi yang duduk di seberang laut Sabah nun memang dah lama xjumpa.
Tapi xpe..ai ada lagi 4 orang anak yang duduk semenanjung dan dapat la ai jumpa selalu.
Sekali jumpa memang peluk cium gomoi semua la kan.
Rindu punya pasal..geram pun ye jugak..hehe
Jadi inilah barisan anak-anak ai yang ai sayang sangatttt~

Ahmad Iman Bukhari penggemar OAT

Boboy ni sangat aktif. 
Lincah ke sana ke mari. 
Kalau dia ada alamat rumah jadi tongkang pecah. 
Semua dia nak bawak depan tv. 
Yang tak tahan periuk belanga pun di angkutnya sekali.

Ahmad Iman Bunyamin mbam mbam

Adik dah makin besar.
Besar dari segi fizikal dan mental :)
Dah pandai nak orang dukung.
Gelak tawa pun makin kuat sekarang.

Aisyah Aqilah skinny n sweet gigirl

Aisyah dah makin pandai keletahnya.
Lagi beberapa bulan nak masuk 3 tahun.
Selera makan pun dah bertambah.
Yang besnya, kakak dan adik sama je kuat makan tapi kakak xboleh lawan adik laa :)

Ahmad Aqil budak kuat makan

Budak ini sangatlah berselera makan.
Orang makan, dia makan.
Orang rehat, dia makan.
Orang bukak peti ais je "nakk..nakk..nakk.."
Haihh laa..makan je keje kamu :)

Kakak dan adik

Walaupun mereka-meraka bukan anak kandung ai tapi ai sayaaaaannngg mereka-mereka sepenuh hati ai okkay. Orang putih kata, "ai heart u'olss lah"

p/s : esok ai exam..wish me luck :)

Thursday, November 3, 2011

Datanglah..mari kepada daku..

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Prestasi saya dalam berblogging sangat teruk skarang ni. Macam-macam cerita yang ada tapi satu pun tak keluar kat sini. Haish..dah hilang kemahiran mengetuk2 keyboard.. Asal klik New Post mesti close balik..Hurm..apa2 pun saya masih berblog walking ke blog2 kegemaran saya. Saya masih update cerita2 di blog kengkawan.

p/s : banyak sangat cerita tertunggak sampai xtaw nk mula yang mana..haish


Tuesday, October 4, 2011

I Love Moo

Presenting my new Moo.
.
.
.
.
.
.


Moo for Nokia.
One for me..one for him.
Simple but I really love it.
*hope Si Dia juga suka*


External casing.
Tema masih lagi Moo plus my name.
Thanx so much Ju.
Cantik sangat.
RM12 untuk 3 benda ni berbaloi la kan.

with love, Ana.

Monday, October 3, 2011

My Happiness

Current mood : Super Happy


Sometimes I can't hate you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
Only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover all the stars above us 

with love, Ayang.

Saturday, September 24, 2011

..41..

Assalamualaikum.
Mood mengupdate semakin pudar disebabkan tugasan yang agak susah. Jadinya mood nak buat apa pun jadi down. Tapi malam ni saya nak cerita tentang nombor 41.

Bagi anda 41 tu banyak ke? Dalam sejarah saya hari ini, 41 merupakan satu nombor yang sangat banyak. Bilangan yang mengajar saya pelbagai erti. Bilangan yang mencoret seribu kenangan. 41 membuatkan saya semakin matang mencorak kehidupan. 


..24..09..11..

with love, Ana

Friday, September 23, 2011

22 September 2011

Assalamualaikum.
Tarikh yang dinyatakan merupakan tarikh yang padat dengan aktiviti kelas. Aktiviti pertama adalah aktiviti wajib iaitu BIG (bina insan guru). Sape yang berdarah cikgu tu taw la BIG ni apa. Program ni kami jalankan di Sekolah Kebangsaan Bintong. Nothing much to say.

..us di SK Bintong plus Pn Siti Hadijah..

Malamnya pula kami ada jamuan Aidilfitri bersama adik-adik pemulihan. Meriah sangat sebabnya adik-adik kami ni ada 39 orang.campur dengan abang dan kakak ni jadila 59 orang semuanya. Tapi ada 2 3 orang yang tak dapat hadir. 

..warga Pemulihan..

Next year adik-adik ni dah naik degree..dan kami pulak tahn terakhir di maktab ni. Haih..cepat je masa berlalu kan. Dan pastinya pengalaman mematangkan kita. Moga adik-adik ni dapat melalui zaman degree dengan jayanya. Jangan jadi macam senior ek..hehe :)

with love, Ana.

Sunday, September 18, 2011

Photo Of The Day

..my sweet little boy Ahmad Iman Bunyamin..

with love, Achik Ana.

Saturday, September 17, 2011

Clearence

Assalamualaikum.
Macam mana hari Sabtu anda? Hari saya bermula dengan baik sekali sebabnya saya dah berjaya membuat clearence baju-baju yang bertimbun dalam raga. Bangun tidur terus kutip baju-baju yang nak basuh, bukak cadar, sarung bantal semua. Then proses mendobi dijalankan.

..bakul yang sudah dikosong..

Settle mendobi terus mandi manda. Lepas mandi baru jemur baju-baju yang sangat banyak itu. Time nak jemur baju memang panas tapi hujan renyai-renyai. Jadi saya jemur baju bawah bumbung dulu. Lebih Kurang pukul 12 tgh baru saya jemur kat panas. Oleh sebab mood clearence tu ada, jadi saya jemur sekali bantal, toto, blanket di bawah terik matahari. Bantal kekabu kalau dijemur akan bertambah kembang. Baru sedap nak peluk. Hikhikhik.

..picture sehari sebelum..keadaan bilik lebih kurang ni la..

Lepas tu saya berassignment. Isnin nak hantar baru bertungkus lumus nak buat. Dah agak-agak petang saya angkat semua yang dijemur. Pastu proses melipat pulak. Dah hidup sendiri kena berdikari la kan. Semua kena buat sendiri. 

..katil yang dah siap berbaju..

Cadar ni saya beli di Penang. Lama dah..tahun 2008 kalau tak silap. Sekarang ni saya dah malas nak beli singgle bedsheet ni sebabnya bedsheet saya memang banyak. Ulang-ulang pakai pun masih tak bosan. 2 bantal yang berbalut kaler pink tu feveret saya. Mama yang belikan. Yang bawah sekali tu sangat tak feveret sebabnya keras nak mati. Saya yang beli. 

..2 beg siap di packing..

Nak ke mana pulak saya ni?hehe.. Tak jauh pun nak pergi. Saya nak bermastautin di rumah classmate malam ni. Mak ayah dia ke Seremban kalau tak silap saya. Jadinya dia minta 2 3 orang teman tidur rumah dia. So, tak jadi masalah untuk saya. I okay saja. Beg merah belang-belang dapat free beli 2 kotak susu HL. Owh ya, susu HL sangat sedap okkay. Yummy~ Have a good weekend all.

with love, Ana.

Quote Of The Day

Assalamualaikum.

sumber : laman Cik Chenta 

Allah is Great rite?

with love, Ana.

Wednesday, September 14, 2011

Masuk Opis

Assalamualaikum.
Saya and my partner dah start masuk opis pagi ni. Masuk opis apa? Sejak bila cikgu tukar profesion jadi ofis boy plak kan. I mean ofis girl. Bila bilik dah jadi macam ofis,faham2 la kan.. Assignment time!! Submit isnin ni. So ada lagi beberapa hari nak mula buat murnikan asemen. So, have a good day frens~



with love, Ana.

Sunday, September 11, 2011

My Babies

Assalamualaikum.
Sebenarnya saya tak terlalu sibuk tapi mood mengupdate tak muncul2. Tapi malam ni saya gagahkan diri jugak untuk menghupdate blog ni. Layan gambar je ek.


Anak-anak tengah layan tengok TV termasuklah si kecik Bunyamin itu. Yang berbaju warna peach. Yang terkangkang minum susu tu Iman. Yang muka tengah khusyuk tengok TV Aisyah dan yang ngadap tempat lain tu Aqil. 

Jarang nak tengok budak-budak ni duduk terbaring elok je bersama-sama. Selalunya, sorang ke timur, sorang ke barat, sorang ke selatan. Yang sorang si kecik tu redha jela di mana orang letak.hehehe. 


See..tak sempat berapa saat saya snap gambar, si kakak dah bangun berdiri depan skrin TV. Haihh..kalau budak tu budak la jugak. Memang tak boleh duduk diam satu tempat. Tapi xpe..budak yang aktif ni selalunya pandai. Achik Ana doakan semua anak-anak achik bijak pandai dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin~

I miss all of you.

With love, Achik Ana.

Thursday, September 8, 2011

:: Facial Time ::

Assalamualaikum.
Pernah tak anda semua buat facial? Mesti pernah kan..tapi pernah tak buat facial telur? Tempek tisu muka plus telur putih dekat muka. First time saya tengok orang buat time stay hostel maktab dulu. Roomate and the gang buat facial telur ni beramai2. Tengok macam menarik je tapi dok tangguh2 nak buat. Last2 dapat jugak saya try dan ternyata sangat best. Keluar semua bintik2 hitam, putih..semua yang tak diperlukan di muka la sennag cerita. Malam ni ada kesempatan saya buat lagi.hehe. Best~


Muka yang telah ditempek2..cekang jela time ni. Nak gelak pun cover-cover.haha. Ok la ye. Itu saja saya nak cerita. Masa untuk cuci muka. Nite semua.

With Love, Ana.

Monday, September 5, 2011

I'm a bikers!!

Assalamualaikum.
Well hello there. Hari ni biar saya pulak nak berceloteh di sini. Siapa saya?? Haa..sayala baby Achik Ana yang selalu dia cerita dalam blog ni. Hari ni saya nak bercerita sendiri. 

Sejak ayah dan mama menghadiahkan sebiji motor berwarna kuning kepada saya, saya memang menggelarkan diri sebagai geng BIKERS. Saya dok tengok ayah saya je ada geng bikers jadi saya nak join jugak lah. Baru anak lelaki.

Tapi sehebat manapun saya jadi bikers, faktor keselamatan jangan diabaikan. Kalau apa2 jadi masa naik motor kan susah. Kesian mama dan ayah. Nanti mereka sedih. Jadi saya ambil langkah2 keselamatan semasa menunggang motor.


Pakai topi keledar ye kawan-kawan. Untuk keselamatan tahap maksima. Oh..yang belakang tu sedara I la. Nak bawak pegi jalan-jalan.


"Hoii..apa dok tengah jalan ni!! Tepi2." Haihh..jangan dok main tepi2 jalan ye kawan-kawan. Sangat bahaya.


"Achik Ana, boleh tolong ikat x? Tali ni panjang sangatlaa" Ish..kenapa topi saya ni macam pelik je. Tak kesah la apa pun. Yang penting pakai topi keledar semasa menunggang motorsikal ye kawan-kawan. 
Takat itu dulu saya berceloteh. Jumpa lagi kawan-kawan.

Lots of love from,
Iman Bukhari

Friday, September 2, 2011

Abang & Adik

Assalamualaikum.
Sekarang ni mood merindu dengan budak buaih ni. Haihh la..terasa kemas rumah especially bilik ni bila budak berbaju biru ni takde. Rindu plak nak usik-usik dia. Iman dah balik ke rumahnya. Walaupun jarak rumah dia dan rumah ni hanya sekangkang kera, tapi bukannya setiap saat nak g sana kan. Haish~


Picture taken masa malam sebelum raya kalau tak silap. Adik tengah golek then saya panggil abang suruh baring tepi adik. Elok je dia baring and smile :) Abang dan adik nak balik Johor weekend ni. Family ayah tak tengok Adik lagi.

Tak jumpa da la dengan achik ana sebab Achik pun nak balik da ahad ni. Next cuti baru bley jumpa. Rindu budak tecik yang ramah tamah ni. ~sigh~

With Love, Ana.

Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri : Day 1

Assalamualaikum.
Salam 1 Syawal buat semua Muslimin dan Muslimat. Macam mana dengan 1 Syawal anda? Saya menghabiskan raya pertama bersama keluarga tersayang. Bahagia bila bersama keluarga.


Tok Abah dan Tok Mama bersama cucu-cucu yang ada di pagi 1 Syawal. Abang Iman Bukhari dan Adik Iman Bunyamin yang segak memakai baju melayu kuning. Abang comot sikit sebab berhingus plak pagi-pagi raya ni kan.


Seterusnya sesi bersalaman. Si kecik ni pun sibuk la celah-celah paksu. haish~


My Family. Tema tahun ini kuning :)


Lepas tu gerak balik kampung Mama. Singgah kubur dulu bersihkan kubur arwah tok dan tok sedara. Jalan-jalan dekat kampung sebelah petang. Lepas Asar gerak ke Hospital Taiping melawat ayah sedara saya yang sakit. Sampai rumah terus mandi-manda, rehat-rehatkan diri. 

Saya bahagia bila bersama keluarga. I love them.
:)

Salam Aidilfitri daripada Ana.

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri saya ucapkan buat semua Muslimin dan Muslimat.
Moga kita ditemukan dengan Ramadhan tahun depan.
:)


Cerita Khamis lepas..

Assalamualaikum.
Hari ini hari Ahad Isnin tapi saya nak bercerita tentang event Khamis lepas. Alhamdulillah dapat juga kami warga pemulihan berkumpul untuk majlis berbuka puasa. Rindu lama tak jumpa sepanjang praktikum. Majlis berlangsung di Hotel Seri Malaysia Kangar. 

Mula-mula suasana kurang happening sebabnya meja yang receptionist tu reserve untuk kami dah diberi kepada orang lain. Last2 kami terpaksa duduk di meja luar hall. Haih..xpela. Janji dapat melantak makan puas2. 


Ini gambar selepas dah membuncitkan memenuhkan perut dengan makanan. Kenyang gilos saya malam ni. Makan ada la dalam 4 round g amek makanan.hahaha. Semuanya senyum je kan dapat makan banyak.


Ok..ni meja sebelah. Kami dapat 3 meja. Tak berapa seronok la kan sebab duduk jauh2. Tapi xpela. Kami buat bagi seronok dengan menyembang macam hotel ni bapak kami yang punya.haha. Ada kami kesah orang nak kata apa.


Ini pulak meja kaum lelaki. Awal-awal kaum adam makan sopan je kan. Then pegi solat maghrib dekat surau hotel. Dan selepas itu depa ni makan MasyaAllah. Boleh refer kepada gambar yang menggambarkan makanan mereka ye. Rasanya depa ni makan cukup RM29 :)


Haa..dah nama pun warga Pemulihan..haruslah ada sesi fotografi.haha. Kami dengan slumber je terjah area swimming pool hotel ni dan buat 2 3 round sesi bergambar. Kan hotel ni bapak kami yang punya.hahahah

:)
Masa ni saya dah penat tangkap2 gambar. Saya relax2 je atas kerusi tepi swimming pool ni. Kan hotel bapak sendiri.muahaha. Owh, yang lelaki-lelaki yang lain tengah melantak makan lagi rasanya time kami dok bergambar ni. Cerita malam kami berakhir di Bazar Syawal di Dataran Sheikh Ahmad. Tapi tak shoping apa2 pun. Jalan-jalan je.

I have a wonderful life with them.
:)

With love, ana.

Sunday, August 21, 2011

To the end..

Assalamualaikum.
Masa memang pantas berlalu. Pejam celik dah nak masuk minggu ke-8 saya berpraktikum. Dan inilah minggu terakhir bagi guru-guru pelatih semester 6 untuk berpraktikum. Apa perasaan saya? Haaahhh..tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang pastinya, praktikum kali ini lebih baik dan lebih bermakna dalam kamus hidup saya sebagai guru pealtih.

Hari ini Ahad dan esok dah masuk Isnin. Esok juga adalah perhimpunan terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Sedih?? Mesti ada juga rasa itu tapi itu lumrah kehidupan kan. Haihh..rasa tenang sangat petang ni. Bahasa pun tenang je kan.hikhik


p/s : tak sabar nak balik beraya..sebabnya dah 2 bulan lebih tak menjenguk rumah..rinduu~

The New Of Me

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu.
Cerita saya weekend hanya di rumah. Lepak tgk lappy. Sambil-sambil tu saya try gajet-gajet untuk blog. Yang terbaru saya tukar header blog. Dah berkurun ada niat nak tukar tapi niat jela kann..hehe. Jadi hari ini saya makbulkan niat tu dan inilah hasilnya. Sebenarnya saya kurang berpuas hati sebab frame tu xberapa cantik. Tapi xpela..hold dulu pakai yang ni. Sampai seru saya buat yang baru. 


Background tu sama dengan background blog. Saja nak bagi sama sebab xnak carca marba sangat.hehe. That's all for today. Daa~

With love, ana.

Wednesday, August 17, 2011

The Final

Assalamualaikum.


I'm heading to The Final.
Wish me luck for tomorrow.

Wordless Wednesday


Monday, August 15, 2011

♥ missing him.. ♥

Assalamualaikum.
Counting for another 2 weeks.
~haihh~


My baby yang semakin membesar each day..
Really miss him..
Anak-anak pun rindu jugak..
Waaa..sedihnya da lama tak balik..

..homesick..

Thursday, August 11, 2011

Lagu itu satu terapi.

Assalamualaikum.
Macam mana puasa hari ini. Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah ini. Dan malam ini saya dapat bernafas dengan tenang lepas dah selesai pemantauan pensyarah. Tapi hanya untuk minggu ini. Next week ada lagi dua observe. Hurm..saya akui memang terlalu penat. Tapi pesan mama, "buat yang terbaik selagi termampu". 

Malam ni saya pasang slow music dalam blog ni. Sesuai dengan mood saya yang sangat tenang saat ini. Saya dah melepaskan rindu pada family. Dapatla sembang2 kejap dengan si kecik Iman dan dapat berbual dengan mama. Rindunya pada keluarga..hmm..


Hanya mereka dihatiku.

Monday, August 8, 2011

Anda kreatif?

Assalamualaikum.
Selamat hari Isnin..hehe. Macam mana dengan Isnin anda? Isnin saya dimulakan dengan relief kelas tahun 2 dan nak tahu aktiviti apa yang saya suruh mereka lakukan?
*
*
*
*
*

Buat kad Raya Aidilfitri. hehehehe. Saya pun tah tahu macam mana idea tu boleh datang. Memang idea on the spot lah kata orang. Singgah koperasi beli kertas lukisan (divide 2) the jalan masuk kelas dengan gembiranya. Bila bagi arahan suruh buat kad raya, budak semua respon raya lambat lagilaa cikgu.. Aduss~

Haihh..jadi cikgu memang kena kreatif dalam semua aspek. Bukan kata kreatif buat bahan bantu saja, tapi kena kreatif bercakap, cover keadaan dan sebagainya.hehe

Another "kreatif" dalam hidup saya sebagai cikgu adalah benda-benda di bawah ini. Haihh..saya sendiri tak tahu mana timbulnya kekreatifan ini.hahaha. Layan jela~

..mazing @ cari jalan keluar tapi untuk mazing saya adalah cari nombor tersembunyi..

..bola-bola api..

..boling..

..dadu handmade..

..akuarium comel..ikan pun macam apa je kan..hahaha..

A teacher is a person who take our hand and change our mind.
(taken from SK Seri Indra computer lab)
That's all. Kena tidur awal. Esok nak bangun sahur :)

with love, ana.