Sunday, August 7, 2011

Week 6

Assalamualaikum.
Saya kembali lagi. Sepanjang minggu saya membizi. Al maklumlah..tengah praktikum kan. Lagi 3 minggu saya akan berpraktikum tp boleh kira 2 minggu jela. Sebabnya last week before raya budak2 exam. So cikgu pun relax aje laa ;)

..bila baju kurung dah berpasang2 tergantung macam ni maknanya minggu baru dah nak bermula..

p/s :si kecik Iman Bukhari dah pandai call saya ok..sangat rindu akan beliau..haish~

With love, ana.

Sunday, July 31, 2011

updated

Assalamualaikum.
Sejak ber-ASUS ni saya kena explore macam-macam benda baru. Sebab musababnya sebelum ni saya ber-Compaq dan isi dalam Compaq saya Window XP yg simple mimple. Bila ber-Asus, saya kena explore tentang Window 7. 

Bukan tu saja, bila saya install apa2 pun mesti naik update version sebab version saya semua jenis lama dia kata. So, its ok. Saya tengok2 dulu sebelum download and install. At last, saya berjaya mengupdate sebahagian gajet dalam lappy ;)

Apa2 pun install antivirus dulu. Kaspersky 2012 Internet Security menjadi pilihan.

Youtube downloader pun dah berjaya di install. Real Player Youtube Downloader menjadi pilihan.

Mozilla juga sudah di update.

Teknologi memudahkan kehidupan ;)

with love, ana

Friday, July 29, 2011

h.o.m.e.s.i.c.k

Assalamualaikum.
Tahap emosi saya kurang stabil sebab rindukan rumah..haihh. Kalau ikutkan plan nak balik weekend ni tapi banyak lagi kerja yang belum settle. Hurmm..tunggu raya jela balik Taiping. Layan gambar and video jela pengubat rindu..

 The 6th : Ahmad Iman Bunyamin

 Abang Iman yang ceria

 Sweet. Abang nak pakaikan adik seluar.

Abang n Adik..Putera hati saya.

p/s : kualiti gambar agak kureng sebab gambar mms.
p/s/s : Si Adik belum kena gomoi dengan Achik Ana ni..haishh

with love, ana

Thursday, July 28, 2011

♥ Isn't Love Beautiful? ♥

Indah kan?

with love, ana

Wednesday, July 27, 2011

♥ Ramadhan ♥

Assalamualaikum..
Terasa seperti Ramadhan baru saja berlalu meninggalkan kita. Masih baru ingatan menyarung baju baru di pagi 1 Syawal. Kini, Ramadhan menjenguk kembali. tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia ini. 

Saya juga tidak ketinggalan mempersiapkan diri untuk menjalani perintah Allah. Tambahan pula Ramadhan kali ini disambut bersama anak-anak didik yang pastinya akan memberi kelainan daripada Ramadhan yang lepas. 


Selamat menyambut Ramadhan.

with love, ana

Sunday, July 24, 2011

♥ The Three ♥

- 3 years and 3 month -

"The chains of love are never binding as when the links are made of gold."
Royall Tyler

with love, Ana

Wednesday, July 20, 2011

..waktu paling sukar dalam praktikum..

Assalamualaikum.
Hari ni mood saya dalam keadaan terawang-awang..
Kenapa? Haihhh..
Kepada cikgu pelatih, apa perasaan anda bila anda..

sedang mengajar begini..dan..


pensyarah duduk di belakang macam ni..


satu perasaan yang sangat sukar digambarkan..
lutut macam nak tercabut..
hati dan jantung berdegup 200 km/j..


OBSERVE during practikum adalah sangat menyiksakan..