Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

♥ Ramadhan ♥

Assalamualaikum..
Terasa seperti Ramadhan baru saja berlalu meninggalkan kita. Masih baru ingatan menyarung baju baru di pagi 1 Syawal. Kini, Ramadhan menjenguk kembali. tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia ini. 

Saya juga tidak ketinggalan mempersiapkan diri untuk menjalani perintah Allah. Tambahan pula Ramadhan kali ini disambut bersama anak-anak didik yang pastinya akan memberi kelainan daripada Ramadhan yang lepas. 


Selamat menyambut Ramadhan.

with love, ana

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah..
Sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada-Mu ya Allah kerana mempertemukan aku dengan Ramadhan lagi..
Moga aku memperoleh sejuta rahmat dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.
Ya Allah..berikan aku kesempatan untuk bertaubat..
Berikan aku ruang untuk menikmati nikmat agama-Mu..
Sinarkan aku dengan cahaya Islam..
Salurkan kekuatan ke dalam tubuhku untuk menjalani ibadat kepada-Mu..
Amin..


..insyaAllah weekend ni pulang ke Taiping..
..dapatla jumpa budak botak ni..
..rindu sangat dengan keluarga di taiping..
..tunggu ana ye..
.. =) ..