Showing posts with label Pratikum. Show all posts
Showing posts with label Pratikum. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Praktikum adalah lapangan untuk belajar..

Masih dalam mood praktikum. Ada lagi 3 minggu untuk kami habiskan sesi berpraktikum. Sejujurnya, saya terlalu letih dengan praktikum kali ini. Praktikum adalah lapangan untuk guru pelatih mempelajari sesuatu yang akan berlaku dalam dunia pendidikan yang sebenar. Tapi tak bermakna guru-guru praktikum boleh dibuli dan dipijak sesuka hati. Ya benar..kami dambakan pengalaman dan ilmu yang mereka ada namun itu bukan sebab untuk kami ditindas.

Counting weeks and days...

Kami yang tak pernah beraerobik sekarang dah cekap aerobik..sebabnya dah 3 kali kena handle aerobik..haihh la praktikum..

...

Majlis Pelancaran Bulan Matematik

Saya tersangat sibuk prepare untuk majlis pelancaran ni. Sampaikan cuti sabtu ahad pun tak terasa sebabnya pagi petang berada di sekolah. Weekend lepas juga ada perkhemahan unit uniform kontinjen negeri Perlis yang akan ke peringkat kebangsaan. Saya dan rakan praktikum diminta untuk mengendalikan senamrobik di awal pagi. Makanya, seawal jan 7 pg kami dah tercongok dekat sekolah.

Guru Besar tengah merasmikan majlis..tarik reben yang disediakan untuk bukak langsir. Pastu nampaklaa dua balang kat belakang langsir tu.

Then GB perlu titiskan pewarna ke dalam balang air sebagai simbolik untuk murid-murid anggarkan isipadu air tersebut.


AJK siaraya merangkap pembantu kami..kalau xdak depa ni xmeriah suasana praktikum kami :)

The person behind The Scene. Sejujurnya, saya bangga dapat cik siti cantik molek ni as a partner. Proud to be with her. Sangat bangga sebab kami berjaya mengharungi dugaan Praktikum Fasa III. Majlis diakhiri dengan montaj yang dibuat oleh saya sendiri. Ini juga satu benda yang sangat membanggakan. Xpernah2 dok buat montaj ni tp alhamdulillah semua berjalan lancar.

Proud to be my self :)

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday

Admin busy sebab dua hari berturut-turut kena observe.
*tapi xla sampai macam gambar di atas..tu teruk sangat ;)*

See ya!

Sunday, March 25, 2012

Operasi conteng dinding.

Assalamualaikum semua readers. 
Lamaaaaa sangat tak menulis disini. Nak kata sibuk giler2 xlaa..cuma xtahu mana nak mula. Last entry saya pun tentang Kem JPAM yang dah laaamaa berlalu.hehe. Jadi bila nak mula menulis hari ini, rasa kekok pulak.hehe. Macam baru nak berkenalan dengan blog pulak rasanya.hikhihhik.

Ok, berhenti merapu meraban. Hari ni saya nak tulis tentang perkara terbaru saya buat di Sek Keb Utan AJi. Oh ya..saya dah 7 minggu berpraktikum di sekolah ni. Jadi macam-macam aktiviti yang saya involve *haruslah join..praktikum kan*. 

Khamis malam jumaat yang lepas saya bersama atkah (partner praktikum) keluar cari barang-barang untuk operasi kami. Benda yang utama adalah water colour BUNCHO. Kalaer ni boleh conteng dinding..so WAJIB beli. Barang-barang lain kira aksesori tambahan jela. Gambar water colour xsempat nak capture sbb balik pun dah lewat malam tu.

*credit to google*

Hari berikutnya adalah Jumaat. Kami memulakan operasi bila budak2 semua dah balik. Lebih kurang pukul 12 tgh kami mula menconteng dinding. Seronok juga buat kerja2 macam ni. Happening je walaupun letih. Gambar-gambar hari Jumaat xde sebabnya terlampau khusyuk buat kerja.hikhik. So move ke hari seterusnya.

Sabtu jam 11 pagi kamu keluar rumah untuk ke sekolah. Kerja-kerja kami dimulakan dengan tayangan Adnan Sempit 2.hahaha *sempat lagi tuu*. Lepas tu print2 bahan dan liminate untuk tampal di dinding. Habis print dan liminate, perut berkeroncong pulak. Nasib baik dah bungkus nasi plus lauk siap2. Kami menjamu perut dulu sambil layan Adnan Sempit sampai habis. Then pergi solat zohor dekat surau.

Settle solat, barulah kami bersemangat untuk memulakan kerja menconteng. Untuk dinding dalam kelas, kami lukis cendawan, bunga2 sket dan 2 3 ekor bee+butterfly. Dinding luar kelas pula konsepnya budak2 sedang membaca buku. Ada kartun2 sket untuk buat budak2 suka tengok.

 Saya tengah tersenget2 warna kartun Tiger. Saya ni bukannya orang seni sangat. Asal boleh kaler bagi nampak rupa jadilaa..haha

Ni partner saya..dia la yang lukis semua pic. Kalau harap saya xnampak rupa la jawabnyaaa ;)

Dalam pukul 4 lebih budak2 tahun 5 dan 6 ni muncul. Depa ada latihan olahrasa. Sambil2 tunggu coach datang sila tolong cikgu.haha

Bersungguh-sungguh depa ni buat kerja. Bagus2. Cepat sikit kerja cikgu siap,hehe
Dan setelah bertungkus lumus dari pagi sampai pukul 7 malam..inilah hasil yang kami peroleh. 
Im proud with us!!

 Dinding luar kelas..ni belum siap sepenuhnya sebab nama kelas TUNAS HARAPAN belum dilekatkan.

Ni pulak hasil contengan dalam kelas. Gambar awak tu perlu diperbaiki lagi. Gambar awan tu wujud sebab ada cat hitam meleleh dari gambar bee kat atas tu..untuk menutup kecacatan, kami lukis gambar awan.heheheh

At the end of the day, kami sangat berpuas hati sebab apa yang dihajati telah terlaksana. Harapnya semua pihak menyukai usaha kami yang tak seberapa ini. *ayat xbley blah*.
Tq so much to my partnet sebab sentiasa berjuang bersama-sama saya dan tak lupa tq kepada pasukan olahraga yang tolong cikgu ye..tq!!

Adios, sayanara!!

Sunday, August 21, 2011

To the end..

Assalamualaikum.
Masa memang pantas berlalu. Pejam celik dah nak masuk minggu ke-8 saya berpraktikum. Dan inilah minggu terakhir bagi guru-guru pelatih semester 6 untuk berpraktikum. Apa perasaan saya? Haaahhh..tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dan yang pastinya, praktikum kali ini lebih baik dan lebih bermakna dalam kamus hidup saya sebagai guru pealtih.

Hari ini Ahad dan esok dah masuk Isnin. Esok juga adalah perhimpunan terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Seri Indra. Sedih?? Mesti ada juga rasa itu tapi itu lumrah kehidupan kan. Haihh..rasa tenang sangat petang ni. Bahasa pun tenang je kan.hikhik


p/s : tak sabar nak balik beraya..sebabnya dah 2 bulan lebih tak menjenguk rumah..rinduu~

Wednesday, August 17, 2011

The Final

Assalamualaikum.


I'm heading to The Final.
Wish me luck for tomorrow.

Wednesday, July 20, 2011

..waktu paling sukar dalam praktikum..

Assalamualaikum.
Hari ni mood saya dalam keadaan terawang-awang..
Kenapa? Haihhh..
Kepada cikgu pelatih, apa perasaan anda bila anda..

sedang mengajar begini..dan..


pensyarah duduk di belakang macam ni..


satu perasaan yang sangat sukar digambarkan..
lutut macam nak tercabut..
hati dan jantung berdegup 200 km/j..


OBSERVE during practikum adalah sangat menyiksakan..

Wednesday, February 2, 2011

Get ready...

:: name tag baru ::

Mula mempersiapkan diri untuk Praktikum I.
InsyaAllah Praktikum I akan dilaksanakan di SK Felda Chuping.
Sekolah pun dah pergi tengok dan jarak antara rumah dan sekolah adalah 27km.
Moga semuanya dipermudahkan oleh-Nya.
Amin~

Thursday, December 16, 2010

Pratikum I

Salam sayang semua. Ok saya akui yang saya sangat malas nak update blog sekarang ni. Mungkin sebab macam2 benda nak buat kat rumah ni.hehe Bizi la sangat kann. Rite now saya sangat happy enjoy my holiday yang berbaki 2 minggu.

Back to topic. Saya bukak fb tadi then baca status on of my classmate yang kata "awalnya kuar list sekolah pratikum". Oh man..maktab memang sengaja buat student dia terkenang2 kat maktab. Baru je reda panas keluar result dah keluar list praktikum. Ni first time saya akan berpratikum. Nak taw saya and my partner dapat sekolah mana? tengok gambar bawah ni. Saya dah highlight kan nama both of us. Kalau tak nampak klik untuk besarkan.


Dah tengok? Yess..memang saya dapat sekolah di Chuping. Rasa2nya jauh tapi tahla. Kena p tengok sekolah dulu then baru taw jauh ke x. Saya dah search tentang sekolah ni dan siap ada web sekolah lagi. So saya dah godek2 tentang sekolah ni. Sekolah kecik saya rasa sebab setiap tahun ada 1 kelas je. Untuk semester ni saya kena pratikum Major. So, pemulihan la kan.hehe

Sampai sini je nak berceloteh. Owh..saya ada hutang dengan miss zara satu tag.hehe. Nanti ana buat ye sayang. Do take care people =)

with love, tinta ana.