Assalamualaikum.
Macam mana hari Sabtu anda? Hari saya bermula dengan baik sekali sebabnya saya dah berjaya membuat clearence baju-baju yang bertimbun dalam raga. Bangun tidur terus kutip baju-baju yang nak basuh, bukak cadar, sarung bantal semua. Then proses mendobi dijalankan.
..bakul yang sudah dikosong..
Settle mendobi terus mandi manda. Lepas mandi baru jemur baju-baju yang sangat banyak itu. Time nak jemur baju memang panas tapi hujan renyai-renyai. Jadi saya jemur baju bawah bumbung dulu. Lebih Kurang pukul 12 tgh baru saya jemur kat panas. Oleh sebab mood clearence tu ada, jadi saya jemur sekali bantal, toto, blanket di bawah terik matahari. Bantal kekabu kalau dijemur akan bertambah kembang. Baru sedap nak peluk. Hikhikhik.
..picture sehari sebelum..keadaan bilik lebih kurang ni la..
Lepas tu saya berassignment. Isnin nak hantar baru bertungkus lumus nak buat. Dah agak-agak petang saya angkat semua yang dijemur. Pastu proses melipat pulak. Dah hidup sendiri kena berdikari la kan. Semua kena buat sendiri.
..katil yang dah siap berbaju..
Cadar ni saya beli di Penang. Lama dah..tahun 2008 kalau tak silap. Sekarang ni saya dah malas nak beli singgle bedsheet ni sebabnya bedsheet saya memang banyak. Ulang-ulang pakai pun masih tak bosan. 2 bantal yang berbalut kaler pink tu feveret saya. Mama yang belikan. Yang bawah sekali tu sangat tak feveret sebabnya keras nak mati. Saya yang beli.
..2 beg siap di packing..
Nak ke mana pulak saya ni?hehe.. Tak jauh pun nak pergi. Saya nak bermastautin di rumah classmate malam ni. Mak ayah dia ke Seremban kalau tak silap saya. Jadinya dia minta 2 3 orang teman tidur rumah dia. So, tak jadi masalah untuk saya. I okay saja. Beg merah belang-belang dapat free beli 2 kotak susu HL. Owh ya, susu HL sangat sedap okkay. Yummy~ Have a good weekend all.
with love, Ana.