Sunday, April 24, 2011

Happy 3rd My ♥

My sweetheart,
may we never let the things we can't have spoil our enjoyment of the things we do have. As we value our happiness, let us not forget it, for one of the greatest lessons in life is learning to be happy without the things we cannot or should not have. For the past 3 years, i'm the happiest person just because of you. May Allah bring us together forever eternity.


- 24.04.08 - 24.04.11 -

Tuesday, April 19, 2011

Macam-macam En Google ni..

Salam readers.
Saya ada terbaca satu entry di sini http://www.anastasyea.com yang mengatakan perkhidmatan blogger akan ditutup.
HAA!!
Mau tak terkezut den..blog kesayangan akan hilang begitu sahaja.
Tapi bila baca full entry baru saya faham.
Google akan hentikan blogger yang log in blog guna email selain gmail contohnya Yahoo.
So sape yang daftar blog atas nama gmail selamatlaaa..
Kalau nak tahu cara-cara nak selamatkan blog anda boleh tekan link full entry kat atas ye.

Have a happy day.
;)

Sunday, April 17, 2011

Anak Jiran aka Pengubat Rindu

Salam readers..
Budak inilah ubat nak hilangkan rindu saya pada baby saya yang jauh.
Nasib baikla ada anak jiran yang comelllll ini.
Korang tengok geram x?

..his name is Iskandar..
..belakang tu kakaknya yang sangat pot pet pot per..name : Isha..
..kakak sulung Iskandar name Sofea..cun walaupun baru darjah 3..


note 1 : hidup saya rasa sempurna dengan jiran-jiran yang baik hati ini.
note 2 : pagi tadi dapat mi goreng sorang sebungkus drpd jiran jugak ;)
note 3 : berbuat baiklah dengan jiran anda ;)

Friday, April 15, 2011

Selamat Tinggal Sayangku

 My chenta hati..

:: Alif :: Izrin Irfaz :: Atkah :: Kak Ina :: Ana :: Zaim :: Nabil ::
::Shanas :: Shazrina :: Aishah :: Hafizi :: Aiman :: Danial Rishaikal ::

Sayu rasa hati..

Thursday, April 14, 2011

Mereka Memang Aktif!!

Salam semua ;)
Hari ni saya nak share video chenta hati saya.
Video ni saya rekod lepas mereka habis sesi persekolahan.
Kiranya dah boleh balik tapi semua muncul balik depan pintu sebab nak tunggu cikgu balik.
Nak balik sama-sama dengan cikgu ;)
Videi ni juga adalah bahan bukti yang mereka-mereka sangat aktif.
Dah tengahari pun xreti nak duduk diam.
Mereka sedang berimaginasi sedang race kereta ye kawan2.
Layanla ye.
;)


p/s : esok hari terakhir..rasa sayu pulak nak tinggalkan anak-anak comel ini..haaiiihh..

Monday, April 11, 2011

Saya ada Mama..Saya ada Mak.

Salam readers..
Malam ni saya view gambar2 family pengasuh saya dulu.
Saya panggil dia Mak n Ayah.

..Mak dan Ayah bersama cucu mereka..

Saya tak ingat Mama hantar saya duduk dengan Mak sejak umur berapa.
Menurut cerita Mama dan Mak, awal2 saya stay dengan Mak, saya duduk je tepi pintu rumah Mak sampai Mama Abah mai jemput..haha..teruk kan.
Tapi dah lama2 ok la..
Nak plak ada kawan..Mak ada anak yang sebaya dengan saya.
Khairi namanya tapi saya panggil Tan (panggilan dalam family)
Tan ni memang bestfren la time tu.
Dia nak main basikal, saya main basikal.
Saya nak main masak2, dia join main masak2 ;)
Sweet tak kami berdua..haha

..rakan sepermainan..

Ada lagi benda yang saya ingat.
Mak Ndak saya pernah jalankan sesi fotografi untuk kami berdua.
Lokasi pilihan adalah rumah Mama Abah tapi saya tak taw gambar2 tu kat mana.
Rindunyaa nak tengok balik gambar2 tu.
Tapi kalau tengok balik segan pun ada..muahahahah ;)

Lagi satu benda yang saya ingat bila duduk dengan Mak, tepat jam 12 tengahari mesti Mak suruh tidur.
After lunch, ambil bantak letak kat ruang tamu then Mak tutup langsir pastu zzzz..
Best kan hidup zaman kanak-kanak.
Tak banyak benda kena fikir ;)

Bila dah besar ni tengok anak-anak sedara membesar teringat zaman dulu kala ;)

Tan, seronok ke main dengan Ana dulu??
;)

Sunday, April 10, 2011

Wordless Day

They bright my day.
;)

Saturday, April 9, 2011

..Aroma Therapy..

Kembali lagi ;)
Mood berblogging kini kembali.
Saya rasa nak update blog setiap masa tapi xboleh la kan.
Kerja-kerja lain belambak lagi..hehe

Seperti tajuk di atas, saya sebenarnya dah lama nak letak bunga dan titikan perfurm aroma therapy dalam bilik ni tapi dok tangguh2.
One day ada kedai ala2 Lovely Lace bukak area The Store Kangar.
So terus laju je masuk kedai tu then grab perfume yang menjadi idaman ;)
So,presenting my new item..
-
-
-
-
-
-
-
-
-

...bunga yang bertemakan chocolate plus yellow...

Saya letakkan bungan ni atas meja tepi katil saya together with Quran dan Yasin.
Biar tidur saya sentiasa dalam kedamaian..smile lagi ;)
Owh..lupa pulak nak cerita perfume pilihan saya.
So lagi sekali, presenting...
-
-
-
-
-
-
-
-

...Country Scent..English Rose...

Kalau nak taw perfume ni bau macam mana, korang masuk je mana2 kedai Lovely Lace.
Haaa..tu la bau dia.
Lembut sangat dan memang menenangkan.
Kalau saya pening kepala, just baring sebelah bunga ni dan kepala rasa lapang.
Saya dah cuba..anda bila lagi ;)

Sekian saja cerita wangi saya.
;)

Thursday, April 7, 2011

Update From LKTP

;)
Mulakan hari anda dengan senyuman.

:: CERITA SEKOLAH ::
Now saya di sekolah dan baru je lepas melayan murid-murid saya yang riuh rendah itu.
Bila bunyi loceng rehat, aman duniaku..hahaha
Sekarang saya dengan dilamun chenta dengan mereka-mereka.
Insan yang membuatkan saya tersenyum..ketawa..tersengeh sorang-sorang ;)
Mereka jugak tempat saya melepaskan rindu kepada baby-baby saya yang jauh di mata.
Mereka tempat saya bersembang-sembang.
Bersama mereka juga saya belajar erti insan bergelar "cikgu".
TAPI....
Mereka jugaklah yang membuatkan darah saya mencanak naik.
Mereka buat watak seorang wanita yang ayu (wink wink..perasan sebentar) bertukar jadi singa yang garang dan menakutkan.
Aduss..pening seketika~
Sangat indah dunia bersama mereka.
Rasa terlalu pantas masa berlalu.
Next week dah masuk minggu terakhir saya di sekolah ini.
Saya tempek gambar chenta hati saya di sini ye bukti saya sayangkan mereka.
wink..wink..wink
;)

..ni gambar sipi2 dulu..nanti saya update lagi tentang mereka..

:: CERITA HIDUPKU ::
Hidup saya semakin stabil dengan suasana praktikum.
Semakin happy dan enjoy dengan life di sekolah.
Kesimpulannya, life saya semakin teratur.
Laman saya pun semakin bersih dan kemas.
Saya tempek gambar rumah baru saya ni.
;)



:: CERITA CINTA ::
Detik tahun ke-3 semakin hampir.
Apa yang saya boleh rumuskan, i love him more and more each day.
;)

sekian saja cerita daripada saya

Sunday, April 3, 2011

U.P.D.A.T.E

Salam rindu buat semua..
Memang diakui blog ini sudah berpenunggu..haha..sebabnya tuan blog memang lama giler tak update.
Adoii..memang banyak sangat cerita nak distory mory dalam ni tapi kesuntukan masa siihh..
Tipu la kan kalo xdak masa langsung tapi nak luangkan masa mengadap New Post memang xdak plus malas.
So hari ni saya buat update secara laju sebab kesian tengok blog ni nampak usang je.
Langsir pun tukar baru ;)

..latest pic of me..
..tema hitam putih masa persaraan lecturer..
..sangat taik cicak pada hari tersebut..haha..

THE END